Terkejut melihat penampilan penyanyi bersuara lantang dan lunak ini ketika melihat posting terbarunya ini di media sosial.
Jika sebelum ini, Adibah Noor mengalami masalah kenaikan badan tetapi kali ini penampilannya memang jauh berbeza.
Ketika ditanya rahsia penyanyi lagu Terlalu Istimewa ini berjaya menguruskan badan hingga menjadi bualan ramai adalah disebabkan dia menjaga pemakanannya.
Dalam Harian Metro, Adibah Noor memberitahu jika dulu dia akan makan tiga bungkus nasi lemak, tetapi sekarang hanya 1 bungkus sahaja.
Bukan itu sahaja, dia juga turut memberitahu kini hanya mengehadkan untuk makan sebanyak enam suap saja setiap kali makan.
Selain itu, dia turut kurang mengambil makanan dan minuman kurang sihat selain menjauhkan minuman bergula.
“Saya jauhkan makanan berproses. Misalnya kalau saya nak makan burger, saya cari gerai yang buat burger sendiri. Bukan yang dari dalam plastik yang dah siap,” jelasnya ketika dihubungi Gempak.
Tambah Adibah lagi, dia mengamalkan makanan segar yang dimasak.
IKLAN
“Saya cari makanan yang dimasak fresh dan tak guna makanan yang diproses atau yang dalam tin. Saya juga hadkan pengambilan yang tinggi kalori,” katanya lagi berkongsi tip.
“Sudah tiba masanya saya jaga kesihatan sebab sudah tua. Lutut pun sudah sakit, jalan jadi mengah. Jadi saya terfikir sekarang masa terbaik untuk mulakannya,” tambahnya lagi.
Adibah berkata, kesedaran itu datang daripada diri sendiri dan bukannya disebabkan dia kini mengalami masalah kesihatan. Dia mengakui mula menjaga pemakanannya selepas habis program Gegar Vaganza.
Terakhir melihat penampilan Adibah Noor ketika menjadi salah seorang peserta Gegar Vaganza musim lalu dengan perubahan yang sebelumnya.
Jangkitan virus Covid-19 yang menyerang negara pada gelombang ketiga ini menyaksikan lebih ramai yang positif dan ada juga kehilangan insan tersayang.
Malah pihak hospital buat ini memberi keutamaan kepada pesakit Covid-19 berbanding pesakit lain terutama bagi penggunaan mesin ventilator kerana bilangan terhad.
Salah satunya perkongsian di laman twitter, @_NazriH lelaki ini memberitahu baru saja kehilangan ibu tercinta 19 Mei lalu yang telah berkorban memberi laluan kepada pesakit positif.
Menurutnya dek kerana kes yang terlau tinggi di Malaysia menyebabkan pihak hospital sudah mula memilih pesakit mana pelu diselamatkan terlebih dahulu.
Ikuti perkongsiannya yang sangat menyentuh hati sehingga di retweet lebih 30 ribu di laman twitter.
Mak aku disahkan meninggal pada 19 MEI 2021. Dan harini baru aku ada kekuatan untuk cerita
Korang tahu tak kat Malaysia sekarang pun dah start pilih pesakit mana yang mereka perlu selamatkan terlebih dahulu?
Disebabkan case covid terlampau banyak & kurang tenaga kerja,
Mak aku ada batu karang disebabkan schedule doctor semua penuh kena tunggu lebih kurang sebulan.
Lepas sebulan mak aku menahan sakit, bawak pergi Emergency doctor cakap batu karang tu dah cucuk hempedu mak aku, dah pecah keluar nanah dan kuman dah masuk ke paru-paru.
Pernafasan mak aku sangat kritikal disebabkan jangkitan kuman dalam darah & paru-paru
Doctor cakap tak boleh nak bagi machine pernafasan (ventilator) dekat mak aku macam pesakit COVID lain sebab machine tu sangat limited.
Mak aku pun tengah kritikal. Tapi disebabkan ward ICU semua dah penuh dengan pesakit COVID, machine dah tak cukup. And faktor umur mak aku yang dah berusia & faktor dalaman mak aku.
Diorang tak dapat bagi machine ventilator tu. Sebab katanya mak aku mmg dah tak ada harapan.
Doctor pun tak boleh nak lakukan procedure untuk buang nanah dalam hempedu mak aku. Disebabkan pernafasan mak aku tak berapa baik.
So diorang tunggu hari ke hari. Masuk kan antibiotik dengan harapan pernafasan mak aku menjadi baik supaya boleh teruskan dengan procedure tu.
Aku tengok mak aku guna oxygen yang hospital bagi, pam guna tangan sendiri secara manual bila terasa sesak nafas
Doctor cakap dia tidak dapat bantu mak aku lebih lagi sekiranya mak aku dah start nazak sebab diorang tahu trend penyakit ini dengan condition mak aku, mmg tak ada harapan.
Mak aku try fight lebih kurang 2 minggu guys. Aku cakap dengan mak aku.
“Mak kena kuat… tahan lah… sikit je lagi… pastu kita keluarkan nanah tu… Mak rindu cucu mak kan? Kalau nk jumpa, mak kena tahan sikit lagi. Mak kena kuat…”
Mak aku angguk kan kepala
Masa doctor bagi tahu dekat aku yang mak aku dah tiada harapan. Dia panggil aku jauh sikit daripada mak aku.
Lepas doctor dah explain everything dekat aku, speechless weh. aku pergi dekat mak aku yang tengah terbaring.
Aku tengok je mata mak aku masa tu.
Kau rasa aku boleh cakap apa dekat mak aku bila doctor kata
Baru je aku nak buka mulut. Air mata jatuh weh. Non stop. Tersedu aku kat situ.
Mak aku? sedikit pun tak nangis. Dia macam dah tahu. Mata dia berkelip tengok mata aku
Doctor tak boleh nak buat apa-apa. Diorang cakap diorang cuba untuk tidak ketepikan pesakit normal macam mak aku.
Again disebabkan faktor umur mak aku & condition mak aku. Dia kata peluang agak tipis even guna machine pun.
Umpama sekarang ada dua orang tengah lemas. Kau boleh selamatkan sorang je, so kau kena decide siapa yang kau boleh selamatkan.
So sekarang ini keadaan di hospital sekarang dah berada di tahap dimana diorang kena pilih pesakit mana yang nak diselamatkan dulu.
Based on my own view. Antara pesakit normal & covid. Sudah tentulah mereka utamakan pesakit covid
Kalau kes kematian banyak, report akan sampai ke KKM. Bila report kematian COVID naik mendadak, diorang akan kena soal sebab report itu semua orang tengok everyday. Orang akan Panic.
Kalau pesakit normal mcm mak aku siapa nak tengok? Yang lebih utama adalah pesakit covid. Hari-hari update akan keluar pasal covid.
Aku just nak bagi tahu yang COVID juga memberi kesan dekat pesakit-pesakit normal lain yang tengah kritikal yang juga masih memerlukan treatment.
Doctor pun tak cukup sekarang dekat hospital. Ramai dah kena transfer untuk jadi frontliner.
Untuk pesakit pesakit normal. Doctor yang nak treat diorang juga berkurang. Sehingga kena que panjang. Mak aku tak sempat nak buat treatment cepat sebab kuman dah merebak di seluruh badan.
Aku cerita kat sini aku nak bagi tahu keadaan Hospital di Malaysia sangat kritikal guys.
Bukan sahaja pesakit covid, pesakit normal seperti mak aku juga terkesan sebab COVID ini
Satu nasihat aku. Jangan tunggu jenis vaccine apa yg available. Jangan jadi anti vaccine. Apa yang ada, kita amek dulu.
Keadaan di hospital kita sangat kritikal guys. Tolong daftarkan mak ayah korang untuk ambil vaccine juga.
Aku sendiri tengok mak aku tak cukup nafas. Dan aku sendiri lihat bagaimana nafas itu terhenti. Sumpah perasaan sebak itu tak boleh nak imagine
Kat situ gak aku nangis and terus peluk mak aku yg tengah terbaring bila nafas dia terhenti. Kakak-kakak aku sampai tarik aku.
Apa pun aku bersyukur mak aku negative covid. 2 kali check result.
Sekurang-kurangnya aku dapat jadi imam solat kan mak aku. Dapat teman mak aku naik van, mandikan, sampai lah kali terakhir aku masuk kan mak aku sendiri dalam liang lahad & dapat lihat wajah mak aku tersenyum.
Tanpa kita sedar rupanya tabiat pemakanan dan hormon antara faktor penting terhadap timbunan lemak dalam badan sehingga mempengaruhi berat badan.
Oleh sebab itu setelah usia mencapai 40 tahun bukan mudah untuk menurunkan berat badan. Salah satu puncanya ialah perubahan beraktiviti.
Namun kalau ada usaha pasti segala yang diimpikan akan tercapai. Ada tiga cara utama yang perlu dilakukan bagi menjaga berat badan ideal iaitu bersenam, menjaga pemakanan dan amalan gaya hidup sihat.
Cara Mudah Jaga Berat Badan Usia 40-an
1. Lakukan senaman 30-60 minit sehari
Jumlah ini tidak perlu dilakukan sekaligus. Anda boleh melakukan 2-3 kali sehari sehingga berpeluh. Jika anda pergi bercuti sekalipun pastikan anda menjaga jadualnya secara teratur.
2. Dengar muzik kegemaran
Muzik yang rancak dan ceria terbukti dapat membangkitkan semangat untuk bergerak dan bersenam. Cubalah! Cari muzik yang anda sukai untuk anda bersenam.
3. Serta kumpulan senaman
Selalunya melakukan senaman secara bersendirian banyak halangannya. Disarankan sertailah kumpulan kecergasan seperti aerobik atau zumba di kawasan kejiranan anda. Tentu lebih mudah. Atau, ajak rakan-rakan anda untuk membentuk kumpulan kecergasan sendiri.
4. Minum air secukupnya
Air mencepatkan metabolisme badan selain dapat membantu membersihkan racun dalam badan. Minumlah air putih secukupnya setiap hari.
5. Ambil makanan berserat tinggi
Makanan jenis ini menjadikan anda merasa kenyang dalam jangka masa panjang. Antara contoh makanannya ialah kekacang, beras merah, kelapa dan buah pear.
6. Elak berbelanja ketika lapar
Sedang anda mencari barang keperluan untuk program diet di pasaraya, tiba-tiba perut anda berkeroncong. Lantas dengan lajunya anda mencapai snek atau makanan kudapan yang manis masuk ke dalam troli. Jangan dibiasakan tabiat ini, pastikan anda dalam keadaan kenyang sebelum keluar membeli.
Tidurlah 7-8 jam untuk kebaikan otot-otot badan setelah bersenam. Mereka yang kurang bersenam biasanya akan mengambil kudapan secara berlebihan. Apabila anda mengalami kesukaran tidur, lakukan senaman pernafasan yang mudah.
Nak kurus tetapi tak tahu apa menu sihat yang membantu untuk turunkan berat? Hah, jom cuba idea daripada Nabilah Huda ini.
Okay, jom tengok macam mana nak sediakan menu simple untuk diet!
Apa yang anda perlukan:
1. Dada ayam
2. Timun jepun
3. Sos lada hitam
4. Sos salad dressing
Dan apa yang anda perlu buat adalah:
1. Ambil dada ayam dan cuci hingga bersih.
2. Potong kecil isi ayam
3. Gaulkan ayam dengan sos lada hitam untuk penyedap rasa
4. Masukkan ke dalam air fryer
5. Letakkan di suhu 180 darjah & bakar selama 20 minit
6. Sementara tunggu ayam siap, potongkan timun jepun kecil-kecil
7. Masukkan timun dan ayam yang siap dibakar ke dalam bekas hidangan
8. Tuangkan sos salad dressing dan siap untuk dimakan!
Mudah, bukan? Anda boleh cuba cara ini kalau rasa nak ringankan badan dalam masa cepat dan berkesan. Kalau konsisten, boleh hilang 15kg dalam masa 3 bulan. Best!
Rupanya urutan hilangkan garis halus sekitar leher ini bagus diamalkan setiap hari waktu pagi dan sebelum tidur. Bonus, dapat hilangkan dagu berlapis juga.