Cantik dan manis memakai pakaian arwah ibunya, itu cara pelakon wanita, Kilafairy mengubat kerinduan terhadap ibunya iaitu Allahyarhamah Rohana Jalil.
Kilafairy Sedekah Kain Baju Ibu
Menerusi temu bual bersama Nona, Kilafairy atau nama sebenarnya Syakila Nisa Jahangir Khan yang hadir ke sebuah acara memilih untuk menyarung busana arwah ibunya iaitu rekaan pereka fesyen terkenal Shanell Harun.
@nona.my Setahun lebih pemergian bonda tercinta, Kilafairy bersyukur dirinya diberi kekuatan untuk teruskan kehidupan. Walaupun kenangan bersama arwah Rohana Jalil masih berbekas, Kilafairy akui masih perlu membiasakan diri malah menyarung persalinan yang pernah disarung ibu adalah cara dirinya melepaskan rindu. @kilafairyofficial #majalahnona#kilafairy♬ original sound – NONA
“Ini adalah baju arwah mama. Saya kata pada Shanell untuk pakai baju ini. Baju ini adalah baju yang terakhir yang dibuat untuk mama untuk sebuah majlis di Brunei sebelum dia meninggal.
“Shanell kata pada saya, ‘pakailah baju mama, jadi aku rasa macam dua-dua ada dekat situ’.”
Ads
Rujuk Pada Ustazah
Dalam pada itu, pelakon filem Karak tersebut turut merujuk kepada seorang ustazah berikutan arwah penyanyi era 1980-an tersebut memiliki pakaian yang banyak.
“Mama memang banyak baju, kalau boleh saya pun tak mahu simpan. Tapi saya dah bertanya pada ustazah, adakah arwah mama akan ‘disoal’ kalau saya masih simpan baju-bajunya.
Ads
“Ustazah kata tidak, sebab mama ada anak yang akan pakai. Saya pilih yang mana saya boleh pakai, yang lain-lain saya akan sedekah kepada kawan-kawan seperjuangan mama,” luahnya.
Bersedia Kembali Berlakon
Dalam perkembangan lain, aktres berusia 32 tahun itu kini sudah bersedia untuk kembali menerima tawaran lakonan selepas setahun melalui fasa berduka kerana pemergian arwah Rohana.
Ads
“Sekarang saya dah terbuka untuk mengikuti mana-mana tawaran lakonan. Kalau dulu ada yang beri tawaran semasa mama baru sahaja meninggal dan kebanyakan penggambaran iaitu 90% di dalam hospital. Jadi ianya agak sukar.
“Tapi sekarang saya rasa kalau perlu masuk ke set penggambaran di hospital, ianya akan lebih ‘memberi’ rasa.
“Mama selalu kata saya kena profesional dan jangan campur kerja dengan hal peribadi,” kongsinya lagi.
Imbas kembali, Allahyarham Dara Abdul Jalil atau Rohana Jalil telah meninggal dunia pada 20 Jun tahun lalu ketika berusia 68 tahun akibat kebocoran pada usus perut.
Walaupun perbezaan lebih 11 tahun ketika mengalami pertambahan berat badan, namun tidak mematahkan semangat untuk mendapatkan berat idaman.
Bagi wanita ini, apa yang penting terus berusaha dan kekal bersemangat dalam usaha menurunkan berat badan. Apa yang penting niat untuk mendapatkan tubuh yang sihat dan dijauhi segala penyakit.
Perkongsian dari Shida Razak yang memberitahu pengalamannya dalam Grup Diet Suku-Suku Separuh berjaya mengurangkan berat badannya hingga 28 kg berbanding sebelum itu dalam masa 8 bulan saja.
2010 ( 30 tahun) vs 2021(41 tahun). Berat 80kg vs 55kg Sis dtg lagi. Kali ni KC share tips dan jadual pemakanan KC k.
#DSSS
Tips utk kurus KC (kc for kakcik)
1. Betulkan niat. Niat nak jaga tubuh badan menjadi sihat dan minta dijauhi dari segala penyakit kerana menjaga tubuh badan yg dipinjamkan ini juga salah satu amanah Allah. Semoga Allah bg kita kesihatan yang baik dan ringankan lah beratku ya Allah untuk memudahkan segala urusan ibadah dan riadahku. Menjaga keluarga dan mencari rezeki dgn sihat dan kuat. Insyaallah semua akan berjalan lancar. Kurus dan sihat akan muncul sebagai ganjaran Insyaallah.
2.Selalu bahagia dan tolak stress ke tepi. Stress juga mengudang kesusahan untuk kurus dan sihat.
3. Ini amalan setiap pagi KC. Selalu minum smoothie setiap pagi sblm kc buat yoga atau senaman dan pekerjaan permulaan pagi.kc akan minum smoothie utk kesihatan liver..penjagaan liver/hati ni bukan luaran ja..dalaman kita juga iaitu rohaniah kita kene jaga juga..penyakit hati rohaniah harus di hindarkan..selalu happy tengok orang happy..jangan suka kecam2 dan cari salah/cela orang..baiki penyakit hati.pupuklah hati yang harmoni selalu..insyaallah akan lancarkan segala urusan kita.
4. Makan berhenti sebelum kenyang adalah calory counter sy.. jika anda makan tak kenyang2. Mulakan dgn pengiraan kalori pengambilan makanan harian. konsep pemakanan suku2 separuh menjadi pilihan. Suku nasik suku protin separuh sayuran dan buah.
5. Lebihkan minum air kosong setiap hari ikut keperluan tubuh.
6. Bila dah kurus..Untuk maintain berat ideal pula adalah maintainkan segala usaha kita dan pemakanan sihat kita waktu kita nak kurus dulu…jangan dah kurus mula kembali kepada life style lama kita….makanlah makanan yg anda gemar dan bertukar kepada gaya hidup sihat..diet itu bukan penyiksaan..diet yang betul dgn konsep fahaman yang betul adalah kenikmatan berpanjangan buat kesihatan tubuh badan.
Jadual pemakanan KC.
– KC makan 5-6 kali sehari. – 15%-20% senam ( yoga dan berjalan di taman/ treadmill).mengemas rumah juga adalah – Senaman KC juga. – 80% makan sihat – Air kosong 2 liter atau lebih bila dahaga. – Air ni minum ikut pada berat masing2.
Bangun subuh pukul 6 pagi kc akan minum segelas air bersama 1 sudu apple cider vinegar ( kc pilih jenama BRAGG)..tujuan..kita nak flush bacteria jahat selain ianya juga membantu dalam pemecahan protin yg kita ambil…boleh jugak dia amalkan 2 jam sblm tidur. Tapi tak semua sesuai dgn ACV..
KC amalkan dulu sebab doctor yang merawat gastric suruh amalkan..mmg berkesan secara natural merawat gastric..now..i am ok dah..takde gastric teruk macam dulu..namun bagi yang dah ada ulser teruk dalam perut..tak sesuai utk consume..tak semua sesuai..boleh gantikan dgn air kosong campur dengan habbatusauda dan sedikit madu..atau paling2 pun segelas air kosong saja.
ACV nilah paling banyak bantu kc menguruskan badan.dia kontrol paras gula dlm darah.nanti boleh tengok speech dr doctor pakar (Dr Noordin) dalam youtube berkenaan khasiat ACV ni…bagi anda tak suka ACV boleh je minum segelas air kosong bersama madu dan habatussauda..pun bagus..habis2 sangat takde..air kosong je pun boleh.
7.30 – breakfast ( selalunya kc akan minum smoothie buah& sayur+rolled oat. kalau kc sempat kc akan buat roti whole grain bakar letak salad2 dan telur/ nasik goreng sihat banyakkan sayur2an..goreng bersama olive oil dengan tumisan perlahan/ nasik lomak pun sodap..boleh makan..sambal kurangkan lebihkan timun. jaga portion nasik)
10.00am – snack 1 – ( kekacang atau biskut oat bersama secawan hot coklat /secawan green tea )
12.30 pm – lunch – Makan nasik ikut pinggan sihat malaysia
– Suku nasi – Suku protien – Separuh sayur dan buah – Menu2 berpantang antara pilihan kc
3.00pm – snack 2 – ( boleh rujuk gambar2 contoh dlm post ini utk idea snack)
5.30pm/6.30pm – dinner – Ubi kentang bakar besama dada ayam grill/salad telur bersama jagung dan salad/ubi keledek ungu atau ubi oren rebus makan bersama ikan bakar dan sayuran..ikut kegemaran anada..selalunya kc tak amik nasik untuk dinner..variasikan dengan bijirin lain..nak makan nasik pun boleh..apa beras pun takpe..janji suku dr pinggan hidangan.
Puasa adalah cara diet terbaik boleh diamalkan untuk mereka yang mahu menurunkan berat cara sihat.
Dan baru seminggu saja berpuasa ada antara geng Diet Suku-Suku Separuh yang berjaya hilang beberapa kilogram berat badan.
Menurut Afzan Eis sebelum ini beratnya 74 kilogram dan selepas seminggu berpuasa, beratnya terkini adalah 67.8 kg.
Hilang sekitar 6.2 kg dengan berpuasa dan mengamalkan beberapa menu untuk berbuka dan sahur. Malah akan mengurangkan portion makanan mengikut yang disarankn DSS tetapi dalam bahan masakan akan kurangkan garam dan bahan perasa.
Selain itu, dia juga akan gantikan minyak jagung bagi menggantikan makanan atau sayuran bergoreng. Untuk hidangan berbuka, dia lebih banyakkan sayuran dan buahan dan sahur pula lebih kepada pengambilan oat dicampur dengan susu dan buahan campur.
Dan bagi memenuhi keperluan air dalam badan pula, dia akan minum air masak ketika berbuka dan sahur secukupnya serta tiada pengambilan gula langsung.
Tidak lupa turut mengamalkan senaman 20 minit hingga 30 minit sebelum tidur sepanjang di bulan Ramadan ini.
Dia turut berkongsi menu yang diamalkan selama seminggu.
Nampak lebih manis dan sopan penyanyi, Iera Milpan selepas memilih untuk berhijrah dalam penampilannya.
Siapa sangka, hanya kerana kata-kata daripada seorang ustazah ketika menyampaikan tazkirah ramadan mengenai aurat, mampu menjentik hati penyanyi ini untuk berhijab.
Menurut Iera tau nama sebenarnya, Syahirah Milpan, 22, penghijrahan itu dilakukannya pada awal Ramadan lalu.
“Saya dengar ceramah ustazah berkaitan aurat pada malam tarawih pertama sampai menitis air mata. Esoknya, 1 Ramadan saya terus nekad berhijab.
“Paling terkesan ustazah menyampaikan tazkirah mengenai aurat sambil memandang saya. Reaksi itu seperti ditujukan kepada saya yang sememangnya tidak bertudung.
“Ayat dia terus menusuk ke dalam hati. Sakit! Pada masa sama buat saya tercabar. Saya pakai tudung untuk ke bazar dan kekal sampai sekarang, Alhamdulillah,” katanya.
Mengulas perasaan selepas berhijab, pelantun lagu Retak Hatiku itu mengakui lebih tenang selain mengharapkan dirinya kekal istiqamah.
“Saya rasa tenang selepas berhijab. Kalau boleh mahu kekal begini.
“Setiap hari saya berdoa moga kekal istiqamah. Risau juga jika hati berbolak-balik nanti.
“Pada masa sama, saya tiada masalah menggayakan tudung mengikut gaya terkini. Tudung pun sudah beli banyak sebelum ini,” katanya.
Iera turut menzahirkan rasa syukur kerana ibunya menyokong perubahannya, begitu juga peminat di aplikasi TikTok.
“Risau sebenarnya tetapi mak selalu bagi semangat suruh pakai tudung. Mak minta saya berhijab ketika buat persembahan tetapi saya degil.
“Saya juga dapat banyak komen positif daripada pengikut dalam TikTok, mereka suka dan puji imej terbaharu ini.
“Kalau ada apa-apa teguran yang negatif, saya akan perbaiki dan berusaha jadi lebih baik,” katanya.
Begitulah bila sampai waktunya, semua orang mampu berubah ke arah yang lebih baik. Sokong dengan pilihan Iera Milpan dalam penampilannya, moga terus bahagia dengan keputusannya.