Semakin menonjol rekaan Teh Firdaus dalam bidang fesyen, jelas kelihatan unik dan cantik busana yang dipakai oleh Dayang Anisha Rosnah Adam dalam Majlis Istiadat Perkahwinan Diraja baru-baru ini.
Pasti anda mahu kenali lebih dekat personaliti Teh Firdaus dan kenapa Dayang Anisha memilih mengenakan busana yang dihasilkan pereka fesyen ini.
Cantik Dan Kemas Rekaan Teh Firdaus
Penampilan pertama Dayang Anisha pada Majlis Khatam Al-Quran, 3 Januari lalu, yang anggun dengan persalinan kurung moden menggunakan kain songket tenunan Brunei rona putih, benar-benar memukau setiap mata yang memandang.
Begitu juga persalinan semasa Majlis Menerima Tanda Diraja dan Pertunangan Diraja pada 9 Januari, Dayang Anisha tampil memukau apabila mengenakan busana baju kurung pendek yang sarat dengan sulaman renda bertatahkan mutiara serba putih.
Kedua-dua busana berkenaan adalah hasil sentuhan pereka dari Malaysia, Teh Firdaus.
Ads
Pasti ramai yang tertanya-tanya, siapakah gerangan di sebalik nama Teh Firdaus ini?
Berikut trivia mengenai dirinya:
1) Merupakan graduan Rekaan Fesyen dari UiTM Seri Iskandar, Perak.
2) Mula membina nama dengan mengambil tempahan busana pengantin (bridal) dan baju yang ditempah khas oleh klien (custom made) dari sebuah studio kecil di Seri Kembangan, Selangor.
3) Jenama Teh Firdaus perlahan-lahan berkembang sehingga menjadi pilihan dalam kalangan selebriti dan kerabat diraja.
Ads
4) Firdaus, Pengarah Kreatif bagi jenama Teh Firdaus yang dipetik Harpers Bazaar Malaysia berkata, dia pertama kali bertemu dengan Dayang Anisha pada Jun tahun lalu apabila wanita tersebut memintanya untuk mereka pakaian untuknya.
5) Kagum dengan sentuhannya, Dayang Anisha ‘melamar’ Teh Firdaus untuk mereka busana sempena Majlis Istiadat Perkahwinan Diraja.
6) Menurut Teh Firdaus, busana Dayang Anisha semasa Majlis Menerima Tanda Diraja dan Pertunangan Diraja mengambil masa selama tiga bulan untuk disiapkan.
7) Signature rekaan Teh Firdaus adalah simple, effortless namun tetap mengekalkan ciri feminin yang elegan dan classy.
Ads
8) Antara selebriti yang mendapat sentuhan Teh Firdaus adalah Raysha Rizrose, Mira Filzah, Janna Nick dan Qalisha Ray.
9) Butik Teh Firdaus bukan sahaja menerima klien untuk busana pengantin dan custom made, tetapi turut menghasilkan busana sedia dipakai (ready to wear).
10) Butik Teh Firdaus terletak di Zeva Boulevard Retail Center, Taman Pinggiran Putra, Seri Kembangan, Selangor.
Teruja melihat hasilnya dalam setiap busana yang dihasilkan oleh Teh Firdaus. Hebat dan tumpang bangga dengan pencapaian pereka fesyen muda ini, layak dijadikan inspirasi dan moga terus terbang tinggi dalam bidangnya.
Semakin ramai wanita urut wajah guna Gua Sha semata-mata nak dapatkan wajah runcing. Malahan tular di laman TikTok, beberapa video berkongsi tentang cara nak urut wajah menggunakan batu jed ini.
Hasilnya persis wajah Bella Hadid yang digelar wanita paling cantik di dunia, dagu jadi runcing dan nampak sempurna.
Hah, kalau anda nak memiliki wajah runcing seperti Bella, boleh lah disiplin dan rajin amalkan teknik penjagaan wajah orang China turun-temurun dengan menggunakan Gua Sha.
Urut Wajah Guna Gua Sha, Teknik Ini Buat Dagu Runcing
Teknik urutan wajah menggunakan batu jed, atau dipanggil Gua Sha semakin mendapat tempat di kalangan wanita. Gua Sha merupakan teknik penjagaan wajah tradisional dari China menggunakan batu jed. Kesan urutan ini menjanjikan wajah runcing di samping kelancaran peredaran darah.
Ada banyak bonus teknik urutan Gua Sha, ini termasuk meningkatkan peredaran darah, memberi kelegaan dan menghilangkan tekanan. Kalau guna Gua Sha setiap hari, wajah anda bukan saja dapat kembali cantik terbentuk seperti masa remaja. Malah wajah akan lebih berseri dengan perjalangan darah yang lancar pada wajah.
Keburukan Guna Gua Sha
Gua Sha boleh mendatangkan kesan yang melibatkan gosokan kulit dengan batu. Ini boleh menyebabkan saluran darah terganggu (bila tekan kulit dengan cara mengurut yang salah), dan boleh menyebabkan lebam dan pendarahan kecil.
Namun menurut pakar, anda tidak boleh mengurut di seluruh wajah tanpa arah. Anda memerlukan beberapa metodologi. Untuk mendapatkan wajah yang runcing dan menarik, disarankan urut wajah menggunakan Gua Sha sebanyak tiga kali seminggu secara konsisten!
Kata pakar, sebaiknya lakukan rutin ini pada waktu pagi selepas cleansing, bila wajah kelihatan agak bengkak sejurus bangun tidur. Letak juga facial oil atau serum sebelum mula rutin Gua Sha. Pastikan anda prep wajah dahulu untuk hasil yang luar biasa. Gua Sha juga boleh dijadikan rutin malam sebelum tidur.
Nanti cari Gua Sha dulu dan jangan lupa amalkan setiap hari!
Kredit video: makeup.dora0
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pelakon jelita, Fasha Sandha, 39, berkongsi niatnya mahu hamil lagi untuk tahun hadapan walau pun badannya semakin slim selepas usahanya dalam menurunkan berat badan.
Bukan sia-siakan usaha selama ini tetapi Fasha, berkata, suaminya yang juga pelakon Aidil Aziz mahu seorang lagi cahaya mata lelaki. Jadi, apa salahnya mencuba nasib jika mampu.
Namun hasrat suaminya itu terpaksa ditangguhkan buat masa ini kerana dia sibuk menjalani penggambaran.
“Insya-Allah, saya merancang menambah seorang lagi cahaya mata, tahun depan. Suami minta tahun ini, tetapi komitmen tidak membenarkan saya untuk hamil.
“Suami sebenarnya nak sangat anak lelaki, supaya anak-anak jadi dua pasang.
“Saya sudah ada dua anak perempuan dan seorang anak lelaki, jadi eloklah jika kami menambah seorang lagi anak bayi lelaki,” katanya.
Sementara itu, Fasha menolak dakwaan semakin seksi selepas berjaya menurunkan berat badan sebanyak 18 kilogram (kg).
Fasha berkata, dia sekadar memakai semula pakaian lama sebelum berat badan naik dahulu.
“Mungkin karakter saya sebagai Datin Safia iaitu seorang yang ‘daring’. Masa saya bulat dahulu pun, saya masih sama, cuma orang tidak perasan.
“Orang nampak kelainan kerana baju lama saya sudah muat balik,” katanya lagi.
Mengambil masa lebih lapan bulan menurunkan berat badan sebanyak 18kg, Fasha berkata, dia hanya menjamah dua sudu nasi dan ikan sebagai sumber protein bersama produk makanan tambahan keluaran Inayah Beauty sepanjang proses mengurangkan berat badan.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Terdapat beberapa senaman kardio yang cepat membakar lemak dan berupaya bantu seseorang itu untuk menurunkan berat badan.
Selain jogging, menaiki basikal atau berenang, aktiviti lompat tali juga antara senaman paling baik diamalkan untuk menjaga kesihatan tubuh badan.
Menerusi posting di laman sosialFacebook Public Heatlh Malaysia memberitahu kebaikan yang diperoleh apabila melakukan senaman lompat tali ini.
Dengan melakukan senaman lompat tali ini, ia dapat menggerakkan banyak otot secara serentak dan menguatkan sendi-sendi tulang.
Selain melatih kekuatan otot, aktiviti ini juga merangsang koordinasi iaitu keseimbangan tubuh.
Paling menjimatkan kerana anda tidak perlu untuk menbayar yuran gimnasium yang mahal setiap bulan kerana boleh melakukannya sendiri di rumah atau di mana-mana sahaja.
Bukan itu sahaja, tali senaman skipping ini juga tidak mahal dan tahan lama. Malah boleh dibeli di mana-mana kedai peralatan sukan.
Jadi sangat rugi sekiranya anda tidak melakukan aktiviti mudah ini terutama bagi mereka yang bercita-cita untuk menurunkan berat badan.
Anda hanya perlukan 5 minit dan terdapat banyak kelebihan yang diperoleh daripada aktviti lompat tali ini. Ini antaranya jika rajin melakukan senaman ini setiap hari.