Sukan Olimpik 2020 semakin menghampiri penghujungnya. Dan sehingga hari ini Malaysia baru memungut 1 pingat iaitu gangsa melalui sukan badminton.

Tahukah kita semua, Jepun negara yang terkenal dengan inovasi dan teknologi telah menghasilkan pingat kali ini dengan menggunakan banan kitar semula, iaitu dari telefon lama.

Tular sebuah video baru-baru ini di TikTok apabila seorang wanita berkongsi bahan-bahan yang digunakan untuk membuat pingat tersebut mencuri tumpuan netizen.

Menerusi video tersebut, seorang wanita berkongsi fakta mengenai pembuatan pingat yang dihasilkan oleh jawatankuasa Tokyo.

 

@rina.fazilaPingat emas OLYMPIC dari bahan recycle? ##RinaJieJie ##olimpik ##olympictokyo2020 ##olimpiktokyo2020 ##recycle @##olympics @♬ Standing In The Eyes Of The World – Ella

Dia menjelaskan bahawa lebih 6 juta telefon bimbit digunakan untuk pembuatan pingat Olimpik sehingga mereka boleh menghasilkan 5,000 pingat.

Mereka juga mengambil masa dua tahun untuk menghasilkan pingat-pingat tersebut yang terdiri daripada pingat emas, perak dan gangsa.

IKLAN

Difahamkan penghasilan tersebut adalah kerana pihak penganjur ingin menjaga ekosistem mereka sebaik mungkin.

Malah, mereka juga ada memuat naik status di laman Twitter untuk mengingatkan para atlet untuk tidak menggigitnya.

Sementara itu dalam satu perkongsian wanita ini Zunita Ramli di laman twitter juga turut apa lagi yang menarik di sebalik teknologi Jepun sepanjang Sukan Olimpik ini.

IKLAN

Perlukan banyak sumber alam

Guna Green Technology

Katil pula diperbuat dari kotak

Juga sediakan trak lori untuk kemudahan solat

IKLAN

Boleh bergerak dari satu kawasan ke satu kawasan

Walaupun bantah tapi temasya tetap diteruskan

Sponsor ramai tarik diri

Artikel Berkaitan:

Selain Farah Ann, 5 Lagi Atlet Wanita Paling Hot & Curi Tumpuan Di Olimpik Tokyo 2020

Bangga Raih Tempat Keempat. Ini Rupanya Latihan Dilakukan Nur Dhabitah Sabri Sebelum Bertanding!

Patut Potong Gelang, Tapi Tahap Oksigen Menurun & Siti Sarah Dikejarkan Ke Hospital. Minta Doakan Kesembuhannya!