Pernah mengalami kenaikan berat badan sehingga mencecah 68KG, penyanyi Alyah mengakui dirinya juga turut berpengalaman melakukan prosedur bariatrik disebabkan faktor kesihatan.

Malah melalui prosedur yang dilakukan tahun lalu menyebabkan berlaku perubahan pada saiz fizikalnya kerana kelihatan lebih susut berbanding sebelumnya.

Tidak lokek berkongsi pengalaman itu di laman Instaramnya Alya berkata dia berdepan masalah kesihatan seperti gastrik yang teruk sehingga mengalami muntah-muntah.

Malah disebabkan itu juga dia turut dilabel mengandung gara-gara sukar untuk menjaga dietnya.

Artikel Lain: Lenyap 25KG Lepas 3 Bulan Buat Kaedah Bariatrik. Lelaki Gembira Masalah Dengkur & Micro Sleep Hilang!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Alyah Abu Hasan (@alyah81)

Perjalanan Alyah Mendapat Berat Ideal

Ramai yang tanya macam mana bole kurus???

IKLAN

Orang tahu alyah pernah besar dulu 68kg dan ada macam-macam penyakit yang paling teruk gastric sampai muntah-muntah.Kalau siapa yang follow alyah dari dulu pasti ada baca alyah masuk hospital Sebab gastric teruk….

Dan bila badan makin naik makin naik nak diet memang susah sbb gastric yang alyah alami.

Sampai ada yang kata alyah pregnant ke?Kalau betul tak Pa Alhamdulillah. Masaalahnya belum ada Rezeki lagi, terus bersangka baik pada Allah swt.

Cerita pasal kerja pulak ya…
Ada waktu alyah tolak nak p show Sbb tak boleh nyanyi dengan baik kejap-kejap semput kejap-kejap lelah….

IKLAN

Dan bila orang sibuk menegur size badan kita Alyah mula rasa down ya down sangat….Sebab kita tak pernah sebesar ini sebelum ini

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Alyah Abu Hasan (@alyah81)

Sampailah alyah decide untuk berjumpa dgn @dr.mustafamt & kak @rafeahariffin
Dari situ sedikit Demi sedikit semua berubah dan kembali seperti saya 12 tahun lepas. Alhamdulillah syukur kepada Allah swt bukan size yang alyah nak tekankan tapi sihat yang selalu diminta…

Mohon doakan kesihatan alyah k
Dan alyah selalu doakan untuk korang juga 

IKLAN

Alyah pernah melakukan bariatric operation 5 bulan lepas. Dan tiada rahsia untuk alyah sembunyikan…

Artikel Lain: Dah Tua Tapi Mampu Workout 5 Hari Seminggu. Rahsia Victoria Beckham Kekal Fit & Jelita!

Mengenang kembali macam mana Alyah pernah ulang alik pergi klinik dan hospital. Dan Allah swt bagi jalan untuk kembali cergas dalam beribadah, bekerja & beriadah. Sebesar besar syukur saya panjatkan pada ilahi 

Saya kongsi pengalaman ini untuk semua…

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Alyah Abu Hasan (@alyah81)

Artikel Lain: Masalah Gastrik Serius Punca Alyah Jalani Prosedur Bariatrik. Nak Sihat Bukan Untuk Cantik!