Mempunyai berat badan berlebihan sehingga mencecah lebih 90 KG menyebabkan dirinya cepat mengah dan sukar untuk melakukan urusan ibadah.
Dia mengakui proses mengandung untuk mendapatkan anak selepas 9 tahun berkahwin menyebabkan dia kemudiannya mengalami masalah berat badan mendadak.
Bukan itu sahaja pelbagai lagi penyakit lain datang menyerang seperti kencing manis dan darah tinggi serta menanggung sakit belakang yang keterlaluan.
Tidak mahu berterusan menanggung sakit begitu, akhirnya wanita ini Fauziah Ahmad, 43 tahun, mengambil keputusan untuk melakukan prosedur pembedahan bariatrik pada tahun 2018 di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Gambar sebelum
Doktor Saran Lakukan Bariatrik
“Sebelum ini saya memang mengalami masalah gerd akibat pertambahan berat badan yang berlebihan. Apabila bertemu doktor, dia menyarankan untuk saya melakukan prosedur ini.
“Tujuannya bukan untuk cantik dan kurus semata-mata, tetapi lebih kepada mahu mengubah gaya hidup sihat.
“Alhamdulillah sepanjang proses melakukan kaedah ini tidak mengalami sebarang risiko membahayakan. Cuma ada alami masalah darah beku di kaki, sedikit pendarahan dan ada bahagian stapler yang terbuka.
“Tetapi risikonya sangat rendah dan semua ini doktor yang beritahu selepas pembedahan. Alhamdulillah saya tidak alami kesan teruk selepas lakukan pembedahan berkenaan. Inilah yang doktor akan beritahu kepada semua pesakit yang melakukan prosedur bariatrik ini,” ujarnya yang berjaya mengurangkan berat sebelum iaitu 98Kg kepada 70KG.
Gambar sebelum.
Tiada Lagi Alami Masalah Kesihatan
Menurutnya lagi, kos bagi prosedur yang dilakukan lebih RM30 ribu tetapi berbaloi kerana tidak lagi mengalami masalah kesihatan dan berpeluang untuk mengamalkan gaya hidup sihat selepas itu.
Tambah Fauziah, doktor hanya membuang 75 peratus kantung perut dan proses dilakukan tidak mengambil masa lama.
Dia juga sangat gembira dengan perubahan yang berlaku selepas pembedahan kerana mengakui tidak lagi mengalami masalah kencing manis, darah tinggi dan sakit belakang juga turut hilang.
Ads
“Namun begitu, untuk kekal dengan berat yang ada kita juga perlu menjaga diet dengan setiasa mengamalkan pengambilan diet seimbang.
“Jika sebelum ini tidak suka bersenam, tetapi lepas mendapat berat ideal, saya rajin mengamalkan senaman ringan untuk membantu badan jadi lebih fit dan bertenaga.
“Bagi mereka yang ada masalah berat badan berlebihan, boleh cuba kaedah ini untuk menyelesaikan masalah kesihatan yang akan menganggu kehidupan kita sebelum itu.
Ads
“Tetapi perlu ingat bariatrik bukan jalan pintas untuk kurus. Untuk kekalkan apa yang kita sudah buat, usaha perlu ada juga contoh dengan menukar cara hidup dan pemakanan.
Keluarga yang banyak beri sokongan.
“Selain itu, senaman juga perlu dilakukan untuk kekal sihat dan terus fit. Buatlah senaman yang kita mampu buat asalkan boleh keluarkan peluh dan tidak membahayakan diri.
“Paling penting kena juga jaga pemakanan dengan diet lebih seimbang,” tambahnya yang menolak tanggapan orang bahawa prosedur bariatrik dilakukan bukanlah kurus sebab potong perut tetapi lebih kepada mengamalkan gaya hidup sihat.
Sesekali kena curi buat senaman muka juga untuk kesan jangkan panjang. Bukan hanya boleh buat awet muda tetapi garis halus di wajah juga akan hilang.
Ya, boleh pakai set penjagaan wajah untuk bantu hilangkan garisan di wajah tetapi urutan juga cukup bagus, tau!
Tapi sebenarnya ada satu cara lagi untuk membantu wajah nampak lebih muda yang disarankan oleh pakar yoga wajah.
Senaman Muka Dan Rajin Buat Yoga
Tak perlu keluar duit dan boleh buat sendiri di rumah. Yang perlu anda lakukan adalah ikut 6 jenis senaman ini yang disarankan oleh pakar yoga wajah bernama Danielle Collins.
Senaman ini menurut Collins akan melibatkan hipodermis atau bahagian paling bawah kulit, dermis atau bahagian tengah kulit dan epidermis lapisan kulit bahagian paling atas.
Dengan penglibatan semua bahagian kulit, senaman ini akan meningkatkan pengaliran darah, memastikan lebih oksigen dan khasiat diperoleh oleh sel kulit. Hasilnya kulit lebih cerah, berseri dan kurang toksin.
Senaman wajah anti penuaan ini juga teknik yang direka untuk menstimulasi kolagen dan elastin pada bahagian tengah kulit agar kulit lebih lembut dan tegang.
Senaman ini disarankan dilakukan 20 minit, enam kali seminggu. Mudah tapi kesannya cepat.
Selepas dua minggu kata Collins wajah akan dilihat kurang garis halus, kurang stres dan orang sekeliling akan melihat wajah anda lebih sihat dan berseri.
1. The V
Kebaikan: Mengurangkan eye bag, mengurangkan sembap/bengkak bahagian mata, drooping eyelids, mengurangkan kedutan sisi mata
2. The Smile Smoother
Kebaikan: Menghilangkan garis pipi & Kulit kendur
3. Smooth The Brow
Kebaikan: Menghilangkan garisan mendatar di dahi
4. The Flirty Eyes
Kebaikan: Mengurangkan engkungan dalam mata & Lengkungan alis mata
5. The Girrafe
Kebaikan: Mengurangkan garisan & kulit kendur di bahagian leher
6. Acupressure point
Akhiri senaman ini dengan melakukan acupressure point dengan meletakkan hujung jari telunjuk pada bahagian tengah antara alis. Beri sedikit tekanan dan lakukan gerakan membulat mengikut pusingan jam dan lawan jam. Kemudian picit bahagian tepi wajah dari bawah dagu hingga ke rahang menggunakan hujung jari.
Melihat pada penampilannya yang sentiasa bergerak aktif dan lincah bagaikan tidak menduga rupanya sedang menghidap kesakitan.
Pelakon Singapura yang popular di Malaysia, Datuk Aaron Aziz mendedahkan dirinya kini sedang berjuang melawan kesakitan tumor yang dikatakan semakin membesar.
Menerusi satu video di laman Instagram, pelakon berusia 45 tahun itu memaklumkan dia perlu menjalani pembedahan dan berehat selama dua bulan namun terikat dengan jadual kerja yang padat.
Dalam entri tersebut, Aaron turut memuat naik gambarnya dimasukkan ke dalam mesin MRI serta memaklumkan tumornya itu semakin membesar.
“90 minit berada dalam benda ni (MRI), doktor kata saya perlukan pembedahan dan cuti sakit selama dua bulan, tapi tak boleh sebab banyak projek yang sedang berjalan sekarang ni.
“Jadi buat masa ni saya hanya guna ubat untuk hilangkan sakit. Bekerja dalam kesakitan, hanya Allah tahu apa yang saya rasa,”
Perkongsian Aaron itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mendaoakan agar pelakon itu diberikan kesembuhan dan dipermudahkan urusan.
elvinamohamad Get well soon abang. Semoga dipermudahkan..
Pada penghujung kapsyen pula, dia turut meletakkan #cervicalspondylosis iaitu penyakit pada bahagian tulang leher dan #schwannoma iaitu sejenis tumor saraf yang terbentuk di dalam sistem saraf.
Terdahulu, media pernah melaporkan Aaron mengalami masalah saraf tersepit pada bahagian leher sejak sembilan tahun lalu sehingga terpaksa keluar masuk hospital namun tetap bekerja keras demi keluarga.
Kita doakan semoga segala urusan Aaron Aziz dipermudahkan dan kembali sihat seperti sebelumnya.
Percaya atau tidak, kalau anda rajin tonyoh kacang soya dan yogurt, hasilnya rambut anda akan jadi lebih sihat dan senang diurus. Tiada lagi masalah rambut bercabang!
Petua ini dikongsikan Puan Norafiza Mahmud atau lebih dikenali sebagai Cik Oya secara ringkas untuk selesaikan masalah rambut kering dan bercabang. Lembut, senang di urus dan suami pun suka.
Langkah 1
Mula-mula anda cuci rambut dahulu bersama lemon sebiji. Ini untuk membuang minyak serta kotoran di kulit kepala.
Langkah 2
Kemudian tonyoh kulit kepada menggunakan halia kisar. Ini untuk rambut gugur atau hendak melebatkan. Kulit kepala juga akan sihat dan segar.
Mask Kacang Soya Campur Yogurt
Haa… anda boleh lakukan rawatan mask rambut ini untuk lembutkan rambut dan senang diurus. Sediakan bahan-bahannya dulu.
Kacang soya Minyak zaitun Yogurt Castor oil
Guna kacang soya dalam segenggam dan rendam. Kemudian blander kering sehingga halus.
Halus begini.
1½ sudu olive oil.
4 sudu yogurt Asli untuk rambut. Kalau rambut anda pendek, cukup pakai 2 sudu.
Castor oil. 2 sudu Besar Castor oil.
Sudah siap untuk digunakan selepas itu anda boleh membilas rambut dengan lemon.
Biarkan dalam 15 Minit. Sambil tu basuh lah bilik air biar berkilat.
Ini tambahan penjagaan rambut yang Cik Oya guna.
Untuk langkah kedua dan ketiga, anda boleh selangkan sehari. Anda boleh lakukan sebulan 2 kali. Hendak cantik perlu rajin serajin rajinnya. Mesti cantik, mesti rajin.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!