Inspirasi

Bahagia Suhaila Sulaiman Di sisi Faizal Hussein, Maintain Cantik Bergelar Ibu

Share

Sisi bahagia Suhaila Sulaiman di sisi Faizal Hussein, pasti ramai yang nak tahu perkembangan terkini pelakon wanita ini apabila melihat anak-anaknya semakin membesar.

Jika sebelum ini anda dapat ketahui perkembangan pelakon Gila-gila Remaja ini di media sosial, kali ini kita selongkar kisah hidup suri hati Faizal Hussein yang dahulunya turut pernah mewarnai dunia seni.

Bahagia Suhaila Sulaiman Di sisi Faizal Hussein

 

Fokus Keluarga Selepas Jadi Ibu

Suhaila Sulaiman yang juga seorang pelakon, lebih selesa memberi sepenuh tumpuan terhadap keluarga terutamanya selepas bergelar ibu.

Hasil perkongsian hidup, pasangan romantis ini dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Fazryn dan Fazrick yang kini dilihat semakin meningkat dewasa dan berjaya dalam bidang akademiknya.

Saling Melengkapi Dan Menghargai Pasangan

Disifatkan antara pasangan selebriti yang merendah diri dan saling melengkapi di antara satu sama lain, kemesraan Faizal Hussein dan isteri tersayang sentiasa dicemburui peminat. Walau sudah berbelas tahun menjadi suami isteri namun kedua-duanya seperti pasangan baru berkahwin.

Menyentuh soal perkahwinan, Faizal Hussein pernah berkongsi tip untuk kekal mewangi dalam hubungan suami isteri.

Kongsinya, “Jangan malu untuk tunjuk kasih sayang pada isteri dekat depan public atau di mana-mana.

“Banyak orang lelaki biasanya kontrol, nak nampak macam macho dan tak hairan pada isterinya.

“Tapi pada saya, kalau saya rasa nak cium isteri depan orang, saya buat je. Tak kisah pun.

“Kemudian hormat menghormati satu sama lain, maam saya tak akan meninggi suara dekat pasangan depan orang. Memang tak akan tinggi suara.”

Melihat raut wajah lembut dan peribadi menyenangkan Suhaila, pastinya kehidupan Faizal Hussein bertambah bahagia. Kagum dengan cara wanita ini menjaga keharmonian keluarga dan sentiasa menjadi tulang belakang suami tercinta.

Published by
Nadia