Umum sudah mengetahui penyanyı cantik Elyana dilihat sangat kuat melawan penyakit kanser limfoma yang dihidapinya sejak 11 tahun lalu.
Dan terbaru dia memuat naik perkembangan terkini dirinya yang sedang menjalani rawatan di sebuah hospital.
Menerusi ruangan Insta Story, pelantun lagu Tak Tercapai Akalmu berkenaan berkongsi bahawa dia mungkin perlu menjalani rawatan radioterapi selama 10 hari.
Biarpun berada dalam keadaan lemah, pemilik nama Erneelya Elyana Emrizal masih dilihat positif dengan keadaan yang menimpa dirinya.
Melalui beberapa siri Insta Story, Elyana bercerita tentang proses memasukkan darah dan susu ke dalam badannya sepanjang di hospital.
Menurut bintang drama Misi Dania Cun itu, badannya perlu dimasukkan 2 pek darah serta susu memandangkan berat badannya hanya seberat 35 kilogram.
Ads
“Assalamualaikum semua. Sekarang saya tengah masukkan darah. Ini baru first bag darah dan saya kena masukkan dua bag. Satu bag sekitar tiga jam. Kemudian, akan disambung dengan susu kerana saya tak cukup berat. Berat saya kini sekitar 35 kilogram.
“Selepas treatement ini, kemungkinan besar saya kena buat radioterapi sebab doktor tahu saya tak nak ‘chemo’. Rawatan tersebut akan dibuat pada bahagian dada,” katanya.
Ads
Di samping itu, dalam video lain Elyana berharap orang ramai dapat mendoakan kesembuhan dirinya dan semoga segala urusan berjalan lancar.
“Hopefully semua berjalan lancar. Saya harap anda dapat doakan kelancaran dan kesihatan saya. Semoga cepat sembuh,” tutur penyanyi berusia 34 tahun itu.
Dia juga turut berterima kasih kepada suami, anak dan seluruh ahli keluarga serta rakan-rakannya yang sentiasa memberi semagat dan mendoakan kesihatan dirinya.
Ads
Selain di ruangan komen ramai yang mendoakan kesejahteraan dirinya dan terus kuat melawan penyakit yang dideritanya itu sejak sekian lama. Sebelum itu juga rupanya sel kanser sudah merebak ke bahagian rahim, hati dan pangkal paha.
Tempe antara sajian popular di kalangan penggemarnya. Makanan yang diperbuat dari kacang soya ini mempunyai khasiat tersendiri. Ada yang kata jika makan tempe boleh kekal awet muda.
Tempe ini juga boleh dimakan begitu saja setelah digoreng ataupun dimasak dengan pelbagai bahan lain.
Jadi jangan lupa untuk jadikan tempe sebagai snek ringan anda kerana mempunyai khasiat tersembunyi yang kita tidak tahu.
Berikut adalah fakta ringkas tentang tempe;
1. Protein yang terdapat dalam tempe sangat tinggi dan ia mudah dicerna baik untuk mengatasi diarrea (Elak keracunan).
2. Mengandungi zat besi, flafoid yang bersifat antioksidan mampu menurunkan tekanan darah yang mana elok untuk mereka yang menghidapi darah tinggi.
3. Mengandungi superoksida desmutase yang dapat mengendalikan radikal bebas, baik bagi penderita sakit jantung.
4. Penderita anemia (masalah berat badan). Anemia dikesan apabila kadar hemoglobin rendah kerana kurang zat besi (Fe), tembaga (Cu), zink (Zn), protein, asam folat dan vitamin B12, di mana unsur-unsur tersebut terkandung dalam tempe.
5. Anti infeksi. Hasil soal selidik menunjukkan bahawa tempe mengandungi agen anti bakteria yang dihasilkan oleh karang tempe (R. Oligosporus) merupakan antibiotik yang mengurangkan risiko jangkitan kuman.
6. Daya hipokolesterol. Kandungan asid lemak padat pada tempe bersifat dapat menurunkan kadar kolesterol. Jika anda tidak gemar memakan oat, boleh cuba cara ini!
7. Memiliki sifat anti oksidan, mencegah kanser.
8. Mencegah masalah gizi berlebihan (akibat kekurangan dan kelebihan gizi) beserta berbagai penyakit yang berkaitan, baik jangkitan ataupun degeneratif.
9. Mencegah timbulnya hypertension (simptom cepat marah).
10. Kandungan kalsiumnya yang tinggi, tempe dapat mencegah osteoporosis. Dalam erti kata lain, tempe bagus untuk tulang. Jika anda kurang gemar meminum susu, amalkan pengambilan tempe di dalam menu diet anda.
Tonyoh tomato gula tiap pagi dan malam, nak cantik kena lah rajin! Ini salah satu tip cantik yang sangat berkesan untuk anda yang ada masalah kulit.
Kebaikan menggunakan tomato gula ini boleh cerahkan kulit dan kecilkan liang pori yang terbuka.
Malah anda yang ada masalah kulit terbakar disebabkan berjemur tengah panas pun boleh amal tip ini. Sangat membantu sembuhkan kulit yang bermasalah. Dia macam skrub lah, dapat hilangkan sel kulit mati juga.
Tonyoh Tomato Gula
Bahannya cuma perlukan sebiji tomato dan gula.
Mula-mula basuh muka dengan air suam. Kemudian anda belah tomato tu kepada dua bahagian, jadi boleh guna 1 pagi, 1 malam.
Ambil tomato tu tekap permukaan kat gula, pastu gosok dan sental muka anda. Haa.. jangan sental kuat sangat, ikut tahap tahan sakit anda sendiri. Konsep dia, sendiri tonyoh dan sendiri rasa. Jangan sampai luka pula.
Anda boleh biarkan 5 minit, lepas itu bilas dengan air. Selepas itu keringkan dengan tuala besih.
Siap! Senang sangat, bukan? Kalau setakat guna bahan alami macam ini, anda boleh buat selalu. Tak payah keluar duit beli produk mahal-mahal yang belum tentu selamat.
Selamat bercantik-cantik, semua.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Baru-baru ini industri perfileman tanah air dikejutkan dengan kehilangan pelakon, Ridzuan Hashim yang baru sahaja meninggal dunia akibat penyakit jantung.
Malah baru-baru ini video sambutan Hari Raya Aidilfitri keluarga pelakon dan pengacara Didie Alias, 51, kembali mendapat perhatian netizen.
Apa yang lebih mengejutkan, sambutan itu turut disertai oleh Allahyarham yang diadakan di sebuah vila ditempah khas di Melaka dan turut disertai oleh anak-anak mereka selain ahli keluarga lain.
Ridzuan juga dilihat seakan-akan memberikan senyuman tawar ketika bergurau senda bersama anaknya yang seolah-olah bukan kebiasaan sifat dirinya.
Malah ketika bergambar kenangan bersama seluruh ahli keluarga, arwah dilihat memencilkan diri dengan berdiri di tepi tangga dan kelihatan tidak bersemangat ketika membuat ucapan hari raya.
Namun begitu, berita sedih diterima pada Khamis apabila, anak saudara Allahyarham iaitu pelakon Iman Zulkarnain mengesahkan Ridzuan meninggal dunia sekitar pukul 11 pagi.
Memetik laporan Berita Harian, Didie memaklumkan arwah ada berdepan dengan penyakit jantung sejak tiga tahun lalu, namun tidak berkongsi dengan orang ramai.
“Saya tahu arwah ada penyakit jantung sebab pernah terkena serangan ketika bermain bola sepak, kemudiannya sesak nafas dan terus dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL), tiga tahun lalu.
“Tiga saluran jantung dimaklumkan tersekat dan kemudiannya, arwah dihantar ke Institut Jantung Negara (IJN).
“Dan satu saluran diubati dan hanya tinggal dua yang tersumbat. Jadi, bila begitu kami risau mahu biarkan arwah tinggal berseorangan sebab semua anak-anak tinggal dengan saya.
“Saya berbincang dengan anak-anak dan sejak tahun lalu, anak kami, Muhammad Dhanial tinggal bersamanya,” katanya lagi.
Didie berkata, mereka sekeluarga sangat bersyukur diberi kesempatan untuk menjaga dan menyambut Aidilfitri bersama.
“Selepas lebih 20 tahun, kami bertemu semula dan banyak meluangkan masa sejak tahun lalu. Saya syukur Allah kurniakan peluang untuk kami berkumpul satu keluarga sebelum arwah pergi.
“Malah, arwah juga ada beraya dengan kami. Arwah ikut kami beraya di rumah ibu bapa mentua saya di Melaka.
“Syukur kami dapat meluangkan masa bersama sejak kami berbaik semula dalam tempoh dua tiga tahun ini.
“Terima kasih Allah kerana kumpulkan kami. Arwah pun tak kahwin lain, jadi kami jadi seperti satu keluarga yang gembira dan tak kisah dengan kisah lalu,” katanya.
Bagaimanapun, Didie berkata, anaknya, Muhammad Dhanial mungkin agak ralat kerana arwah tidak dapat menghadiri majlis pernikahannya pada 20 Mei ini.
“Mungkin anak saya ralat sebab satu saja, dia nak nikah pada 20 Mei ini di Tawau, Sabah. Baju semua sudah siap dibeli untuk arwah pakai. Sudahlah itulah satu-satunya anak lelaki arwah, jadi tak tahu bagaimana dia nak hadap.
“Muhammad Dhanial rapat dengan arwah. Dia juga yang terakhir bersama arwah dan sempat makan sarapan bersama, pagi tadi,” katanya.
Tambah Didie, arwah seorang bapa yang penyayang dan rapat dengan anak-anaknya.
“Sebenarnya, arwah seorang yang penyayang dengan anak-anak. Kalau nak tahu kami panggil arwah ‘baby’ sebab sensitif orangnya,” katanya.
Sebagai rekod, Didie dan Ridzuan mendirikan rumah tangga pada 1991 dan bercerai 2002. Mereka dikurniakan lima cahaya mata.
Allahyarham Ridzuan dikebumikan di Tanah Perkuburan Dusun Tua, Hulu Langat, Selangor.
Menerusi perkongsian Dr. Ahmed Bin Kamarulzaman di laman Medical Mythbusters Malaysia, ini tanda-tanda anda mempunyai masalah jantung.
1. Sakit dada
Kalau anda terasa sakit dada & sangat tidak sihat, segera lah telefon 999 untuk mendapatkan bantuan kecemasan.
2. Berasa tidak sihat
Kadang seseorang pesakit jantung boleh merasa tidak sihat. Yang lebih teruk adalah apabila mempunyai sakit dada yang teruk walaupun tidak berbuat apa-apa aktiviti, ataupun ketika sedang berehat.
3. Sakit perut
Disebabkan posisi anatomi jantung dan esophagus (laluan makanan dari mulut ke perut) adalah berdekatan antara satu sama lain, seringkali juga berlaku sakit jantung dengan tanda-tanda sakit perut. Jikalau ada, adalah disarankan untuk berjumpa doktor bagi membezakan antara ‘heartburn’ dengan sakit jantung.
4. Berpeluh
Disamping sakit dada, anda juga boleh berpeluh walaupun tidak melakukan apa aktiviti berat. Segeralah dapatkan bantuan professional kesihatan bagi menangani masalah ini.
5. Sakit kaki
Jikalau anda mengalami masalah seringkali ‘cramp’ (kejang) kaki ketika berjalan, adalah amat disarankan untuk berjumpa doktor. Anda berkemungkinan mengalami masalah ‘Peripheral Vascular Disease’ (penyakit saluran darah). Ianya adalah sangat biasa dikalangan perokok & pesakit kencing manis.
6. Sakit lengan
Sakit dada beserta yang dirasakan juga boleh bergerak ke lengan. Rasanya seperti kesakitan itu merayap ke sana. Dan untuk pesakit jantung, jikalau dengan memakan ubat jantung (GTN) pun tak hilang kesakitan itu, bersegera lah berjumpa dengan professional kesihatan.
7. Sakit rahang & belakang
Terdapat kemungkinan untuk sakit dada beserta dengan sakit rahang dan belakang. Ada juga kajian yang menunjukkan wanita lebih kerap mengalami sakit jantung yang ‘tidak tipikal’ berbanding lelaki.
8. Rasa tercekik
Sakit jantung = angina pectoris. Perkataan angina itu sendiri bermaksud cekik. Jikalau anda mempunyai sakit dada (terutamanya yang baru di diagnos pesakit jantung), dan terasa seperti ditekan/dicekik, jangan tunggu lagi. Terus berjumpa doktor.
9. Kaki sembap/bengkak
Kaki yang sembap/bengkak adalah salah satu tanda kegagalan jantung. Walau bagaimanapun, terdapat pelbagai penyakit selain jantung yang boleh menyebabkan kaki sembap/bengkak. Jika ada, sila berjumpa dengan doktor anda.
10. Degupan jantung yang berubah-ubah
Walaupun hanya lebih kurang 3% sahaja pesakit jantung mempunyai masalah Atrial Fibrillation, namun ianya merupakan petanda yang tak boleh dibiarkan.
Namun, jika anda merasakan jantung berdebar dengan sangat laju tanpa sebab yang kukuh, segera lah berjumpa doktor.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!