Kes harian yang makin tinggi membuktikan virus Omicron ini ada di sekeliling kita tanpa disedari.

Terbaru, penyanyi, Tasha Manshar turut disahkan positif jangkitan Covid-19 dan kini sedang menjalani kuarantin di rumah.

Bukan dia saja, malah bayinya Mateen Rizqi yang berusia 3 bulan turut disahkan positif juga.

Namun begitu suaminya, penyanyi dan penyampai radio Zayan, Raqib Majid  dan anak sulung, Muammar Rafiqi, 3, didapati negatif dan tidak dijangkiti.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @tashamanshahar

Tasha menjelaskan, dia mengalami beberapa simpton seperti pening kepala, sakit tekak, hidung tersumbat dan batuk secara berperingkat, manakala anaknya hanya bergejala ringan.

“Walaupun keputusan (ujian saringan) Mateen positif tadi, saya bersyukur dia dalam keadaan yang sihat dan tak ada simpton teruk,” kataya menerusi perkongsian yang dilakukan di Instagram Story milinya.

Dalam pada itu, Tasha berkata, dia telah berusaha sebaik mungkin untuk menjaga bayinya daripada dijangkiti virus tersebut, namun akur dengan ketentuan-NYA

“Banyak tau effort mommy nak jaga Marteen supaya tak kena Covid. SOP paling ketat sekali sampai tidur pun mommy pakai mask. Tak apalah, pengalaman itu berharga. ALLAH nak hapus dosa-dosa mommy, naikkkan darjat mommy.

IKLAN

“Berhari-hari tak cium Marteen langsung. Bila dapat saja result, terus peluk cium Marteen dah alang-alang sama-sama positif kan. Keluarlah juga air mata mommy,” luahnya.

Tasha Manshahar & Bayi Disahkan Positif Covid-19, Lepas Alami Simptom Hidung Sumbat & Sakit Sendi

 

Dalam perkongsian sama, penyanyi lagu Bukan Aku berkata, biarpun hanya menjalani kuarantin di rumah, namun ia bukan sesuatu yang mudah buatnya apabila tidak dapat bersama suami dan anak sulung.

“Dengar macam kuarantin kat rumah dalam bilik, bukan ada apa pun. Tapi mental juga sebenatnya. Betullah orang kata, siapa yang pernah melaluinya sahaja yang faham.

IKLAN
Selain itu:  Jalani Pembedahan Buang Ketumbuhan. Doktor Beritahu Bahaya Ambil Produk Overclaim Kesihatan!

“Menghitung hari bila dapat bersama semula dengan anak dan suami, itu yang paling menyakitkan buat saya. Mereka ada, tapi tak boleh dekat. Boleh dengar suara saja dari dalam bilik.

”Bila Muammar menangis, saya tak dapat pujuk. Masa makan paling sedih sebab selalunya saya yang suap dia makan. Kadang-kadang makan dalam biik ni, sampai menitik  air mata rindu anak. Sekarang Muammar macam dah tak cari saya sangat, mungkin dah terbiasa. Lagi sedih tu,” katanya.

Tasha Manshahar & Bayi Disahkan Positif Covid-19, Lepas Alami Simptom Hidung Sumbat & Sakit Sendi

Tambah Tasha lagi, segala yang berlaku itu menjadi pengalaman dan perjuangan buat dirinya.

“Kita nak semua orang sihat. Jadi kita kena sabar. Bila muhasabah balik, ALLAH tak tipu, memang dalam setiap ujian itu, ALLAH datangkan sekali dengan hikmah.

IKLAN

”Banyak sebenarnya. Kita saja nak pilih untuk merungut atau bersyukur,” katanya yang mendirikan rumah tangga pada 8 September 2018 dan dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Muammar Rafiqi dan Mateen Rizqi.

Tasha Manshahar & Bayi Disahkan Positif Covid-19, Lepas Alami Simptom Hidung Sumbat & Sakit Sendi

Kredit Pic: Instagram Tasha Manshahar

Artikel Lain:

Pantang 100 Hari & Tolak Minum Ais. Rahsia Tasha Shila Kekal Langsing & Berseri Lepas Melahirkan!

Murah & Sedap, 5 Buahan Paling Baik Diambil Untuk Cantikkan Wajah Secara Semulajadi

Lepas Sebulan Hilang 5KG. Doktor Kongsi Tip Untuk Yang Pertama Kali Cuba Kaedah Diet Intermittent Fasting!

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI