Rita Rudaini

Tular semula nama artis wanita, Rita Rudaini selepas dia berkongsi tentang  petua air rebusan yang diamalkan selama dia digelar ‘ratu anti vaksin’.

Ini berkait rapat dengan kes Covid-19 dikatakan melonjak tinggi di negara China dan situasi ini telah menimbulkan kebimbangan kepada seluruh dunia.

Susulan itu, rakyat Malaysia memohon kerajaan untuk menyekat kedatangan pelancong dari China dengan segera.

Disarankan Ambil Dos Penggalak

Terbaru, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pula menyaran untuk mendapatkan dos penggalak (booster) buat kali kedua.

Tidak berpuas hati dengan cadangan itu, pelakon Rita Rudaini menempelak KKM untuk tidak hanya bergantung kepada vaksin semata.

IKLAN

Masih Bebas Covid-19, Patutlah Rita Rudaini Setia Dengan Petua Air Rebusan Cengkih

“Yang ke berapa ini ya? Maaf sistur tak tahu. Dah mula balik kempen ‘air penawar’ Covid. Habislah sistur diseru malam dua tahun lepas, ratu anti vaksin.

“Zaman sistur berjuang dah tamat, sekarang sistur nak jadi penonton tengok mereka yang dah bertarung untuk tidak divaksin lagi. Selamat tahun baru,” tulisnya.

Masih Bebas Covid-19, Patutlah Rita Rudaini Setia Dengan Petua Air Rebusan Cengkih

IKLAN

Rita Rudaini Pilih Amalkan Suplemen

Masing-masing punya pilihan, bagi Rita sendiri, lebih baik lah mengamalkan suplemen  atau makanan yang boleh tingkatkan sistem imun untuk kekal sihat.

“Didik orang ramai untuk amalkan suplemen atau pemakanan yang tingkatkan sistem imun. Susah sangat ke? Tak habis dengan cucuk. Itu saja ka korang boleh fikir?”

“Cucuk satu tak jalan juga kemudian nombor dua, kata tak cukup juga. Dah booster pun tak cukup lagi? Ini semua kerja gila!”

IKLAN

Masih Bebas Covid-19, Patutlah Rita Rudaini Setia Dengan Petua Air Rebusan Cengkih

Pelakon wanita berumur 46 tahun ini menasihati orang ramai untuk mengamalkan air rebusan cengkih.

Rebus Air Cengkih

Menerusi laman Instagram dia memberikan sedikit pandanganya, “Rebus saja cengkih dan segala mak nenek macam saya ni. Dulu korang gelakkan saya, gelar miss cengkih. Saya baik hati lagi nak bagi petua. Miss cengkih ni alhamdulillah tak pernah lagi demam atau selesema ke covid ke, dalam masa 3 tahun ini. Zero vaksin, cuma guna vaksin ciptaan Allah je. Allah Maha Pelindung, Allah punya kuasa.”

Begitulah ceritanya, Rita Rudaini Mokhtar bersyukur setakat ini dia masih bebas daripada jangkitan Covid-19 tanpa suntikan vaksin.

Selain itu:  Ikan Siakap Kaya Sumber Protein & Kandungan Omega-3. Baik Untuk Kesihatan Jantung!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI