Belum pun selesai pemberian vaksin dos pertama dan kedua, kerajaan kini menimbangkan pula pemberian dos ketiga tidak lama lagi.

Bagaimanapun, untuk melaksanakan pemberian dos ketiga vaksin Covid-19 ini selepas liputan imunisasi populasi dewasa di seluruh negara melebihi 80 peratus.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keutamaan suntikan dos ‘penggalak’ itu akan diberikan kepada kumpulan berisiko tinggi terlebih dahulu.

Menurutnya, ia meliputi anggota barisan hadapan kesihatan, pesakit kurang daya tahan imun, warga emas dengan komorbiditi, serta individu yang tinggal atau bekerja di pusat jagaan jangka panjang.

Keutamaan Dos Ketiga Untuk Golongan Berisiko. Ini 5 Fakta Suntikan Penggalak Dr Malar, Perlu Hadam!

Katanya, suntikan dos ketiga tersebut dapat meningkatkan tahap imuniti dalam kalangan individu berisiko tinggi terhadap jangkitan Covid-19, yang mungkin menurun dalam tempoh tertentu selepas dos kedua.

IKLAN

Ketika ini, beberapa negara termasuk ASEAN sudah mula memberi suntikan dos ketiga vaksin Covid-19, antaranya Singapura, Indonesia dan Thailand, dengan keutamaan kepada golongan berisiko seperti petugas barisan hadapan serta kumpulan rentan.

Sementara itu, menurut Pegawai Perubatan Jabatan Kecemasan Hospital Columbia Asia Cheras, Selangor, Dr Malar Santhi Santherasegapan antara fakta tentang dos ketiga adalah;

1. Dos penggalak (dos ketiga) mungkin diperlukan untuk memanjangkan tempoh perlindungan. Ini kerana jika diamati tempoh pandemik ini nampaknya tidak akan berhenti dalam masa yang terdekat. Jadi, atas alasan itu kita mungkin memerlukan dos penggalak tersebut.

2. Tidak bermaksud pemberian dos penggalak itu terus-menerus akan memberhentikan jangkitan kali kedua ataupun mengesahkan 100 peratus seseorang itu langsung tidak dijangkiti termasuk varian mutasi seumur hidup mereka.

IKLAN

3. Dos penggalak bertujuan untuk memberi perlindungan yang lebih tinggi dan lebih panjang.

Keutamaan Dos Ketiga Untuk Golongan Berisiko. Ini 5 Fakta Suntikan Penggalak Dr Malar, Perlu Hadam!

4. Berkisar mengenai vaksin Covid-19, tiada tempoh jaminan perlindungan yang dapat diberikan kerana kita masih belum mempunyai sebarang data tepat.

Selain itu:  Tiada Sebarang Simptom, Ibu Tak Sedar Bayi 4 Bulan Positif Covid-19. Reda Anak Meninggal Dunia!

5. Secara saintifiknya (pemahaman biologi), apabila dos penggalak diberikan, perlindungan itu akan lebih tinggi dan lebih lama tempohnya supaya kita dapat redakan penularan wabak Covid-19 dengan lebih berkesan.

IKLAN

Sumber: Sinar Plus

Artikel Berkaitan:

Vaksin Covid-19 Berfungsi Melindungi. Tapi Rupanya Penerima Dos Lengkap Berisiko Jadi Pembawa Virus!

Bahaya Kuku Tangan Ada Garis Putih Melintang Ketara, Mungkin Petanda Dijangkiti Covid-19

Tunggu 10 Tahun Untuk Dapat Berat Ideal. Wanita Kongsi Cara Diet Lenyapkan 28 KG Dalam Masa 8 Bulan!

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI