Nampaknya penularan virus Covid-19 kembali mencecah angka lebih dua ribu sejak seminggu yang lalu.

Dan salah seorang rakan selebriti yang turut disahkan positif adalah pelakon Sweet Qismina.

Berita tersebut dikongsi Sweet atau nama sebenarnya, Farhana Qismina Supandi, 24, menerusi satu kenyataan media daripada syarikat pengurusannya, Warner Music Malaysia di laman Instagramnya semalam.

“Sweet berada di Kuala Kangsar, Perak untuk menjalani penggambaran filem Tariandi sejak 15 April lalu telah memberitahu berasa tidak sihat pada 16 April.

“Sweet mengambil ubat selama tiga hari berturut-turut tetapi keadaannya masih belum pulih dan sukar untuk bernafas.

“Menyedari keadaan itu, Sweet mengambil langkah untuk membuat ujian calitan RTK di Hospital Columbia Taiping dan keputusannya adalah positif,” ujar Warner dalam kenyataan tersebut.

IKLAN

 

Menurut kenyataan itu lagi, Sweet dihantar ke Hospital Kuala Kangsar untuk dikuarantin dan menjalani ujian saringan PCR sebelum mendapati keputusannya adalah positif.

“Sweet kemudiannya dihantar ke Pusat Kuarantin di Ipoh untuk dikuarantin. Keadaan semasa Sweet sekarang tidak mempunyai sebarang komplikasi, cuma hilang deria rasa dan bau,” jelasnya.

Sementara itu, pelakon Pink Smile itu turut memuat naik foto terbaharunya ketika berada di pusat kuarantin.

IKLAN

“Tuhanku, Tuhan manusia, hilangkanlah penyakit. Berikanlah kesembuhan kerana Kau adalah penyembuh.

“Tiada yang dapat menyembuhkan penyakit kecuali Kau dengan kesembuhan yang tidak menyisakan rasa nyeri,” tulis Sweet dengan memetik sepotong doa untuk dikongsikan pada kapsyen foto tersebut.

Kita doakan semoga Sweet Qismina akan cepat sembuh dan boleh meneruskan rutin harian seperti biasa.

IKLAN

Artikel Berkaitan:

Sapa Yang Derma Darah Lebih 50 Kali, Boleh Dapat Vaksin Covid-19 Lebih Awal

Bantuan Sehingga RM50 Ribu Untuk Yang Hilang Upaya, Mati Disebabkan Suntikan Vaksin Covid-19

“Macam Kena Suntik Di Sekolah” – Doktor Kongsi Pengalaman Lepas Terima Dos Pertama Vaksin Covid-19 Di India