Gaya Hidup

Teknik Lipat Tudung Bawal, Simpan Kemas dan Tarik Nak Ambil Pun Masih Elok

Share

Ketahui teknik lipat tudung bawal dengan lebih mudah dan senang nak simpan, ini memudahkan anda menyimpan koleksi yang ada di rumah.

Nak tahu macam mana, jemput baca tip lipat tudung anti terburai oleh saudari Nur Afifah ini, kalau nak campak tudung itu pun tak terbuka lipatannya.

Teknik Lipat Tudung Bawal

Berikut merupakan cara lipat tudung anti-badai, bila baling pun tak terlerai!

1.Lipat tudung bawal ini menjadi 4 segi. Tapi lakukan secara dua kali lipatan 4 segi.

2.Lipat masuk secara separa di bahagian bawah untuk dijadikan sebagai ‘poket’.

3.Kemudian lipat secara dua kali kiri dan kanan sehingga jadi lipatan 4 segi panjang.

4.Seterusnya, lipat lagi dari kiri atau kanan sebanyak 3 kali untuk masukkan ke dalam ‘poket’ tadi.

5.Agak ‘tricky’ sedikit untuk tarik poket dan masukkan lebihan bahagian tudung tapi apa yang perlu dibuat adalah kemaskan lipatan selepas ditarik poket itu.

6. Dah siap dan boleh susun dalam rak. Tak terburai lipatan!

Cara 1:

-Lipat tudung bawal menjadi tiga bahagian secara melintang.
-Kemudian lipat menjadi tiga bahagian secara mendatar.
-Setiap bucu dilipat ke arah tengah tudung.
-Kemudian tudung tersebut digulung secara kemas.

Cara 2:

-Lipat tudung bawal menjadi tiga bahagian secara melintang.
-Kemudian lipat menjadi tiga bahagian secara mendatar.
-Kemudian tudung tersebut digulung secara kemas.
-Lipatan kepada tiga bahagian secara melintang dan mendatar berfungsi agar kita dapat mengelak dari ada kesan lipatan di bahagian tengah tudung tersebut.
-Pastikan tudung tersebut diletak di bahagian atas baju untuk mengelakkan kedutan yang banyak.
-Setibanya di penginapan anda, pastikan anda terus gantung tudung tersebut secara kemas dan rapi di dalam almari.

Senang nak tarik waktu tudung bawal dalam lemari pun. Semoga bermanfaat untuk wanita yang suka pakai tudung bawal.

 

 

Published by
Nadia