3 senaman ini akan lebih padu untuk kecilkan lengan dengan lebih mudah dan berkesan. Tak perlu masuk gym pun, anda boleh buat di rumah sambil tengok Tv.
Sebenarnya rahsia utama nak kecilkan mana-mana bahagian tubuh macam lengan terletak pada 80% pemakanan harian kita. 20% lagi dibantu oleh latihan di bahagian tersebut.
Kemudian boleh fokus senaman ringkas seperti yang dikongsi oleh Kak Syu ini, simple tetapi semua wanita boleh buat setiap hari dengan konsisten.
Apa yang kita makan akan beri efek yang pada senaman yang kita lakukan. Penting untuk ambil makanan yang betul terutama PROTEIN, yang mana sangat membantu dalam proses nak turunkan lemak-lemak di bahagian badan kita:
1. Protein yang cukup dan betul membantu kita pulih dari kecederaan tisu ketika bersenam serta membina dan mengekalkan tisu-tisu otot. Bila otot kita terbina dengan baik pembakaran kalori akan berlaku lebih baik.
2. Protein membantu menghasilkan kolagen yang membantu kulit kita kekal anjal, kuat dan tidak gelebeh. Kolagen terdiri daripada 30% jumlah protein tubuh. Kurang protein pun boleh buat rambut gugur dan kuku rapuh.
3. Protein membantu beri kecergasan dan tenaga. Orang yang turun berat tanpa protein yang cukup akan kelihatan kurus tapi nampak macam sakit dan kendur.
Antara sumber protein lengkap mudah didapati; daging, ayam, ikan, cuma kena hati-hati dengan cara kita masak, silap-silap nanti tak jadi bertambah lemak tak kurus.
Jadi buat anda yang mahu kuruskan lengan yang semakin berisi, boleh cuba senaman yang wanita ini kongsikan dan cuba jaga makan.