Arahan Work From Home (WFH) disebabkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 ini, menyebabkan ramai yang perlu menggunakan telefon atau pelbagai gajet untuk berhubung.

Bukan itu sahaja, malah gajet ini jugalah yang menjadi penghubung kepada kita untuk mengetahui perkembangan terbaru isu semasa dan juga bertanya khabar ahli keluarga masing-masing.

Selepas beberapa hari anda pastinya berasa lenguh di bahagian tangan terutamanya di ibu jari. Skrol tanpa henti melayari laman media sosial dan pelbagai content boleh menyebabkan tangan berasa lenguh.

Jadi ada beberapa senaman jari dan tangan boleh dilakukan bagi mengurangkan rasa lenguh dan sakit tersebut.

Kredit: Pexel.com

Senaman Hilangkan Lenguh Tangan

1. Pertama sekali genggam tangan anda dengan memasukkan ibu jari ke dalam.Tahan selama 30 hingga 60 saat kemudia buka tangan perlahan-lahan seluas yang mungkin. Ulang beberapa kali.

2. Letakkan tapak tangan anda di atas permukaan rata. Perlahan-lahan rapatkan tapak tangan menjadi serata yang mungkin. Tahan selama 30 saat dan ulang selama dua atau tiga kali.

IKLAN

3. Ini senaman untuk berikan kelegaan pergerakan jari. Buka tapak tangan dan bengkokan jari ke dalam seperti melakukan cakar. Tahan selama 30 saat kemudian lepas. Ulang sebanyak dua atau tiga kali.

4. Dapatkan stress ball atau anda boleh guna sebarang objek lembut contohnya plush toy. Ini senaman unutk menguatkan otot jari dan ibu jari. Tekan dengan perlahan-lahan di antara celah jari dan tahan selama 30 ke 60 saat.

IKLAN

5. Sekali lagi rapatkan tapak tangan di atas permukaan. Kemudian perlahan-lahan angkat satu demi satu jari ke atas. Ulang sebanyak 10 kali untuk setiap tangan.

IKLAN

6. Senaman tangan dan jari ini pula memerlukan anda seutas getah pengikat. Letakkan tangan di atas meja kemudian letak gelung getah meliliti tangan. Perlahan-lahan buka ibu jari ke luar. Lakukan sebanyak beberapa kali.

Kredit: WebMD

Artikel Berkaitan:

Lompat Tali Senaman Paling Mudah & Jimat, Rugi Tak Buat Terutama Bagi Yang Bercita-Cita Nak Kurus

Selain Rajin Buat Senaman Kardio, Gadis Ini Kongsi Tip Berjaya Kurus & Langsing Tanpa Tinggalkan Nasi