Selain senaman kardio seperti berlari, berbasikal atau hiking, senaman burpees juga dikatakan lebih cepat untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan.
Senaman yang menggunakan hampir seluruh otot mempunyai banyak manfaat dan sangat berkesan untuk membakar lemak degil terutama di bahagian perut dan paha.
Nampak mudah tetapi senaman ini sebenarnya amat memenatkan jika dilakukan tanpa henti.
Ayuh kita lihat kebaikan senaman burpess yang sangat berbaloi melakukannya di rumah saja.
5 Kebaikan Senaman Burpees
Antara kebaikan senaman burpees adalah :
1. Dapat Melatih Banyak Otot Dalam Satu Senaman
Memang berbaloi dengan kepenatan yang anda hadapi bila anda lakukan burpees. Ini kerana ia adalah antara senaman yang terbaik untuk seluruh tubuh (total body workout).
Antara kawasan otot yang dapat dilatih dalam senaman burpees adalah bahu, lengan, abdomen, hamstring, gluteus dan quadriceps.
2. Dapat Membakar Kalori dan Lemak Secara Berkesan
Antara kelebihan senaman burpees ialah ia merupakan latihan kardio dan kekuatan dalam satu rutin.
Ini menjadikan senaman ini sesuai bagi membakar kalori dan lemak. Dalam satu minit, senaman burpess berupaya untuk membakar lemak kira-kira 15 kalori!
3. Baik Untuk Melatih Kekuatan Abdomen
Ramai yang inginkan bahagian perut yang lebih kempis dan abdomen yang lebih berotot. Ia bukan sahaja membantu meningkatkan rupa fizikal yang menarik semata-mata, malah kekuatan abdomen sebenarnya sangat penting bagi meningkatkan kestabilan badan dan mengurangkan risiko kecederaan.
Ads
Jika anda mencari senaman yang dapat fokus pada abdomen, anda bolehlah mencuba burpees!
4. Dapat Membaiki Postur dan Fleksibiliti Badan
Burpees bukan sahaja dapat melatih otot abdomen bagi meningkatkan kestabilan badan, malah ia juga baik bagi membaiki postur badan.
Pergerakannya yang menggunakan banyak otot pada satu masa juga dapat melatih badan untuk lebih fleksibel.
Bila anda lakukan burpees secara konsisten, anda pasti akan rasa badan lebih kuat dan fleksibel serta kesihatan anda lebih meningkat.
5. Baik Untuk Kesihatan Jantung
Senaman burpees merupakan antara senaman intensiti tinggi yang paling baik bagi meningkatkan kesihatan jantung.
Senaman ini memerlukan kadar oksigen yang tinggi berbanding senaman lain.
Ketika anda melakukan burpees, jantung anda akan berfungsi dengan lebih kuat bagi membekalkan tenaga pada pelbagai otot.
Para saintis juga sering menggunakan burpees bagi mengukur tahap kesihatan kardiovaskular seseorang.
Ads
CARA MELAKUKAN SENAMAN BURPEES
1. Berdiri dengan keadaan tangan di sisi.
2. Lakukan squat sehingga tangan mencecah lantai.
3. Gunakan tangan bagi menyokong badan. Lompatkan kedua-dua kaki ke belakang. Pastikan kaki anda landing dengan keadaan badan dalam posisi plank.
4. Lakukan 1 push up kemudian kembali pada posisi plank.
5. Lompatkan kaki semula ke hadapan menghampiri tangan. Posisi anda perlulah kembali pada keadaan squat.
6. Bangkit daripada lantai dan lompat ke udara. Posisi terakhir anda mestilah dalam keadaan berdiri tegak.
Ads
7. Ulangi pergerakan mengikut kemampuan fizikal masing-masing.
TIPS PENTING UNTUK BEGINNER
Seperti senaman lain, keberkesanan senaman burpees akan anda dapati jika anda lakukan dengan betul. Ini juga penting bagi mengelakkan kecederaan.
Antara tips penting bagi yang ingin mulakan senaman burpees ialah :
1. Jangan paksa diri. Mulakan dengan perlahan dan ulangan yang sedikit dahulu. Bila badan sudah biasa, barulah tambah lagi ulangan.
2. Untuk beginner, anda bolehlah mulakan dengan 8 ke 10 kali ulangan dalam 1 set. Berhenti sebentar untuk berehat jika mahu ulangi set.
3. Jangan lakukan pergerakan terlalu cepat. Disebabkan senaman ini memerlukan badan anda untuk turun lakukan push up, burpees dapat mengakibatkan tekanan pada pergelangan tangan dan bahu. Hati-hati dengan kelajuan senaman supaya otot tak cedera.
Sebelum ini pelakon Eina Azman memberitahu dirinya baru saja menjalani prosedur pembedahan biopsi di leher.
Tetapi kali ini sekali lagi mereka sekeluarga diuji apabila Eina mengesahkan dirinya, suami, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet dan dua pembantu rumah, positif COVID-19.
Bagaimanapun, Eina bersyukur dua anak mereka, Arianna Aubrey dan Karl Kareef serta kakaknya, Wenny Azman tidak dijangkiti virus berkenaan.
“Macam nak gugur jantung apabila dapat keputusan… Ini kerana saya selalu buat ujian saringan COVID-19.
“Malah, minggu lalu saya dan suami buat ujian calitan sebelum pembedahan. Ketika itu, keputusannya negatif. Saya tak tahu macam mana dalam tempoh seminggu, saya boleh terkena (jangkitan),” katanya yang bersyukur Aubrey dan Karl serta kakaknya, Wenny, disahkan bebas daripada COVID-19.
Eina memberitahu, dia mengalami gejala demam dan batuk manakala suami demam panas dengan paras oksigen kurang baik.
“Sekarang, saya sudah mula demam panas dan batuk. Keadaan suami kurang baik sebab demam terlalu panas dan tahap oksigen turun naik.
“Jadi, setiap dua hari, kami kena pergi hospital bagi menjalankan pemeriksaan dan melakukan x-ray,” katanya.
Lebih menyedihkan Eina memberitahu, dia dan suami meraikan ulang tahun ketujuh perkahwinan semalam.
“Ya Allah, memang hilang kata-kata. Namun, saya percaya ini semua ketentuan Allah. Kami terima dengan hati yang terbuka,” katanya yang berkahwin pada 31 Ogos 2014. Eina juga memohon orang ramai mendoakan agar dia dan keluarga segera sembuh.
“Doktor menyarankan saya segera ke hospital untuk mendapatkan rawatan berikutan paras oksigen menurun kepada 92 peratus, petang ini,” katanya kepada BH Online.
Walau bagaimanapun kedaaan penyanyi Bahtera Merdeka ini juga sudah semakin stabil selepas menerima rawatan kecemasan.
“Alhamdulillah, semalam selepas sampai sini (Hospital Ampang), saya terus diberi oksigen. Tadi, selepas pihak hospital mengambil bacaan oksigen, kadarnya meningkat kepada 96 peratus.
“Ini berkat doa kawan-kawan, peminat dan pengikut saya. Alhamdulillah, saya rasa lebih baik sekarang. Saya boleh ketawa seperti saya ketawa mengenai ambulans yang ‘terbang’ semalam,” katanya di laman Instagram.
Suka atau tidak, anda kena mula pakai retinol bila umur masuk 30-an. Okay, cuba belek wajah anda, ada tak garisan halus yang muncul sekitar dahi, pipi, hujung mata dan leher.
Haaa… jika ada, itu petanda pengeluaran elastin anda semakin perlahan dan menyebabkan kulit kelihatan berusia. Nak-nak kalau umur dah masuk 30-an ke atas, lagi lah ketara nampak perubahan kulit pada wajah.
Para dermatalogi pun bersetuju, jika anda nampak tanda-tanda perubahan kulit, ini masa yang sesuai untuk menerapkan retinol dalam rutin penjagaan wajah.
Pakai Retinol Masuk Umur Masuk 30-an, Barulah Kedut Akan Berkurang!
Perubahan kulit wajah ketika usia 30-an akan lebih ketara kerana ia hasil dari kerosakan ketika 20-an yakni dari sinaran matahari, kekurangan pendedahan tentang skin care dan pelbagai radikal bebas yang bahaya.
Lama-kelamaan kulit akan lebih memerlukan perhatian.
Jangan pula anda fikir sudah terlambat untuk menambah retinol dalam langkah skin care. Ada yang berpendapat lewat usia 20-an iaitu sekitar 25 hingga 30 tahun adalah langkah terbaik untuk menyapu retinol.
Ini kerana jika anda mula terlalu awal, kulit masih belum lagi kuat dan kepekatan produk boleh memberi kesan sampingan. Retinol boleh menyebabkan pertumbuhan jeragat pra-matang kerana mengaktifkan sel kulit dengan cepat.
Malah seawal 20-an, kita masih terbelenggu dengan kondisi kulit yang berjerawat, breakout tak tentu masa atau mengalami kombinasi kulit yang tidak seimbang.
Tapi percayalah, tunggu masuk umur 30, perlahan-lahan semua itu akan hilang dan anda kena tumpu pula pada cetusan garisan halus dan tompokan pigmentasi.
Apa perlu buat?
Jadi tidak ada masalah pun kalau baru start pakai retinol masa hari jadi umur 30 tahun! Sekurang-kurangnya anda sudah memudarkan kesan penenuaan beberapa tahun akan datang.
Cara nak pakai retinol untuk rutin malam:
Cuci wajah guna pembersih dengan bersih dan lap sehingga kering. Jangan scrub wajah sebelum dan semasa guna retinol. Guna retinol dalam dos saiz kacang, dan sapukan secara nipis ke seluruh wajah. Akhir sekali ‘kunci’ dengan pelembap pilihan anda.
Pakai Sunscreen!
Tak lupa juga dengan penggunaan krim pelindung matahari.
Retinol berupaya meningkatkan sensitiviti kulit terhadap cahaya ultra ungu yang boleh menyebabkan kulit mudah terbakar a.k.a kulit lagi cepat tua.
Jadi hati-hati, jangan hanya semata pakai retinol tapi tidak suncreen. Sebaiknya pilih sunscreen dengan minimum spektrum SPF 30 setiap hari.
Jadi kalau betul nak kulit sihat dan kurang kedut, anda kena rajin membersih muka, merawat dengan pelembap, memakai sunscreen pada sebelah pagi dan paling penting menambah retinol dalam rutin penjagaan kulit ketika waktu malam.
Selamat bercantik-cantik!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini tular satu kenyataan daripada pelakon dari Singapura, Hannah Delisha nak istiqamah bukan satu perkara yang mudah selepas tampil mengenakan hijab sejak tiga tahun lalu.
Tahun 2020, Hannah menjadi perhatian selepas memuat naik gambar dengan kapsyen ‘Bismillah’ simbolik kepada fasa baharu dalam hidupnya sebagai salah seorang artis wanita berhijab.
Tidak Mahu Menghakimi Artis Lain Bab Hijab
Menurut portal Harian Metro, pelakon berusia 27 tahun itu enggan menghakimi rakan artis lain yang pernah mengambil keputusan supaya tidak lagi berhijab.
Hannah berkata, tahap iman manusia disifatkan berubah-ubah dan dia pernah mengalami situasi dengan membandingkan penampilan sekiranya tidak berhijab seperti dahulu.
Bukan tempat saya untuk menghakimi mereka yang membuat keputusan tidak lagi bertudung kerana kita hanya manusia biasa yang mana iman turun dan naik.
“Sudah lumrah sebagai manusia, adakalanya iman kita turun dan berkurang yang mana saya pun pernah mengalaminya.
“Contohnya ketika penggambaran di luar, nampak orang pakai ‘dress’ dan rambut mengerbang, terkenang sebelum bertudung dulu. Rasa seperti seronoknya kerana tidak panas.
“Jadi apabila berdepan dengan momen sebegitu, saya pilih untuk tidak berfikir mengenainya. Ini keputusan yang telah dibuat dan harus diteruskan,” katanya.
Pelakon drama Cinta Sekali Lagi itu berkata, dia kini memahami maksud sebenar ‘semoga istiqamah’ ditinggalkan warganet sebelum ini pada posting selebriti yang nekad berhijrah.
“Sebelum berhijab dan nampak komen sebegitu, saya kurang memahami maksudnya. Apabila diri sendiri yang melaluinya, baru saya mendalami komen itu.
“Mudah diungkapkan namun bukan mudah untuk dilakukan. Jadi apabila saya sudah bertudung, baru saya memahami maksud komen itu. Istiqamah itu ternyata bukan mudah,” ujarnya lagi.
Sekadar info, pemilik nama Hannah Adlina Blackburne Birch itu mendirikan rumah tangga dengan Imam Shah yang juga aktor Singapura menerusi pendedahan pada 18 Februari 2021.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!