Kita disarankan untuk bangun lebih awal dan mulakan aktiviti dengan melakukan senaman ringan.
Hanya lakukan selama 20-30 minit ia sebenarnya dapat mencergaskan badan dan minda sebelum lakukan rutin harian lain.
Mempunyai rutin senaman yang baik terutamanya di waktu pagi mampu memberikan banyak kelebihan sama ada dari segi fizikal dan mental.
Regangan otot yang anda lakukan membuatkan tubuh lebih segar dan bersedia untuk mengharungi hari yang panjang.
Malah ia juga mampu membantu selera makan menjadi lebih baik. Berikut beberapa rutin senaman boleh anda lakukan selama 20 minit setiap pagi sama ada di rumah, gym atau pun pejabat.
JUMPING JACKS
-Berdiri tegak dalam posisi kaki dijarakkan sedikit. Tangan diluruskan dan diletakkan di sisi tubuh.
-Lompat dan pastikan kaki dibuka luas. Kedua-dua belah tangan diangkat ke atas kepala seakan menepuk tangan.
-Ulang semula sebanyak 20 kali.
Ads
WALL SIT
-Berdiri tegak dalam keadaan bersandar pada dinding
-Turunkan badan sehingga lutut membengkok (seakan duduk di atas kerusi). Kedua belah tangan diletakkan rapat di atas dada.
-Ulang semula sebanyak 20 kali
ABDOMINAL CRUNCH
-Baring dalam posisi kepala diangkat sedikit. Lutut diangkat dan dibengkokkan. Tangan diluruskan ke hadapan selari dengan paha.
-Angkat badan ke hadapan setinggi yang mampu dan lutut serta kaki tidak diubah posisi seperti asal.
-Ulang semula sebanyak 15 kali
Ads
SQUAT
-Berdiri tegak dan posisi tangan dirapatkan di sisi tubuh.
-Rendahkan badan (seakan posisi duduk di atas kerusi)
-Badan dibawa ke hadapan sedikit serta tangan diluruskan ke hadapan.
-Ulang semula sebanyak 10 kali.
HIGH KNEES RUNNING IN PLACE
-Berdiri tegak dalam keadaan kaki dipijak secara menjengket. Lutut dibengkokkan dan paha diangkat separas pinggang.
Ads
-Ulang semula dengan kaki yang berlawanan. Lakukan sebanyak 20 kali.
PUSH-UP ROTATION
-Meniarap dalam posisi tekan tubi.
-Pusingkan badan ke kiri dalam posisi tangan kiri diluruskan sambil menanggung beban tubuh. -Tangan kanan diluruskan ke atas
-Ulang semula dalam posisi berlawanan. Lakukan sebanyak 5 kali.
Terpesona melihat kecantikan semula jadi Bella Astillah, walau mempunyai dua anak tubuh badannya persis anak dara.
Berumur 29 tahun, isteri kepada Aliff Aziz ini cukup pandai menjaga penampilannya dan wajahnya.
Benarlah bagai dikata, orang berbadan kecil molek ni selalunya nampak muda dan persis anak dara, kan?
Tip Cantik Bella Astillah
Pemilik nama sebenar, Dayang Nabellah Awang Astillah ini aktif sebagai pelakon, penyanyi dan usahawan.
Bella Astillah dan Aliff Aziz berkahwin pada tahun 2016. Mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Ayden Adrean (5 tahun) dan Ara Adreanna (3 tahun).
Nak tahu apa rahsia cantik Sumandak Sabah ini? Ini perkongsian Bella Astillah untuk anda nak sihat dan kekalkan tubuh badan yang slim.
“Pertama sekali kita kena stress free atau kurangkan stres. Kena jaga diri kita sebab nak ‘pakai’ badan kita ni lama. So jangan stres-stres.
“Seterusnya, jaga pemakanan. Pilih makanan-makanan yang menyihatkan. Kalau nak cheat day pun sekali sekala saja.
“Rancang masa berkualiti kita bersama keluarga. Lakukan aktiviti riadah bersama-sama.
“Minum air kosong secukupnya. Kurangkan air yang bergula atau bersoda.”
Elakkan Diri Daripada Orang Yang Buat Kita Stress
Namun apa yang penting bagi Bella Astillah, untuk tenang dan bahagia kita berhak untuk mengelakkan diri daripada mereka yang boleh menjejaskan kesihatan mental.
“Kita berhak merehatkan diri dari apa-apa yang membuat sakit. Kita berhak menghindari diri dari orang-orang yang membuat mental down. Itu adalah kebahagiaan dan ketenangan kita.”
Jadi, kalau anda rasa nak kekal tubuh badan yang cantik, boleh lah amalkan tip daripada Bella Astillah ini. Ada anak pun, tidak langsung menjadi halangan untuk jaga badan. Bukan untuk orang lain tetapi lebih kepada diri sendiri.
Wajah Jadi Tua Sebab Jeragat, Jangan Skip Pakai Moisturizer. Ini 6 Pilihan Pelembap Berkesan! Dalam rutin penjagaan wajah, selain pencuci, moisturizer juga dianggap penting dalam memastikan sentiasa kekal lembap dan tidak kering.
Namun begitu ramai yang mengabaikan pemakaiannya kerana merasakan mencuci wajah sahaja sudah mencukupi.
Tetapi sebenarnya pengabaian memakai pelembap ini setiap kali lepas mencuci wajah boleh menyebabkan punca wanita itu senang memiliki kulit berjeragat.
Malah jeragat juga boleh terjadi akibat kulit yang tidak dilindungi dari sinar UV.
Jadi pemakaian moisturizer bersesuaian sangat penting bagi mengelak berlakukan masalah jeragat ini.
Jangan Skip Pakai Moisturizer
Disenaraikan antara 6 pelembap terbaik untuk penjagaan wajah.
1. Garnier Sakura White Pinkish Radiance Moisturizing Cream SPF30
Krim dari jenama Garnier Sakura White Pinkish Radiance ini diperkaya dengan ekstrak bunga Sakura yang diimport khas daripada Jepun serta mengandungi Vitamin B3 dan Vitamin C. Ianya menyerap masuk ke lapisan kulit paling dalam untuk memberi pencerahan kulit satu tona lebih sekata, bintik hitam mula tampak berkurangan dan tiada lagi masalah liang pori tersumbat.
Diformulasi sesuai untuk kulit yang sensitif ‘melampau’, gunakan krim pelembap ini secara konsisten untuk mendapatkan hasil dalam masa hanya 4 minggu sahaja. Juga mampu mengurangkan kadar pertumbuhan jerawat dan kulit menjadi lebih lembut serta kurang berminyak.
Tekstur yang ringan krim ini dapat menenangkan kulit terutamanya jenis bermasalah seperti sensitif dan kering.
2. The Body Shop Vitamin E Intense Moisture Cream
Pelembap atau moisturizer adalah kunci utama dalam rejimen penjagaan wajah, ini kerana pelembap merupakan asas atau penghadang buat kulit anda dari pencemaran berbahaya. Oleh itu, memang sangat penting buat anda yang memiliki kulit kering untuk memakai pelembap 2 kali sehari.
Diformulasi dengan Vitamin E, pelembap ini non-greasy dan melindungi kulit anda daripada radikal bebas. Mengandungi Biofermented Hyaluronic Acid, minyak zaitun dan Shea Butter, kulit wajah anda akan tampak lebih segar serta tampil lebih berseri hari demi hari.
Sesuai untuk semua jenis kulit terutamanya buat anda yang alami masalah kering melampau. Pelembap ini tidak mengandungi sebarang pewangi tiruan atau pengawet tambahan. Malahan, ianya mampu membaikpulih kerosakan pada kulit wajah anda.
Terbaik untuk digunakan tidak kira bila-bila masa dan sesuai untuk cuaca di Malaysia yang tidak menentu. Jika anda selalu berada di dalam bilik berpenghawa dingin, gunakan pelembap yang berasaskan bahan dasar air (water-based) ini. Diperkaya dengan esktrak Cranberry, minyak Olive dan Jeju Marine Algae, pelembap ini menghalang kulit wajah anda dari radikal bebas.
Mengandungi 2 jenis asid, Power Nano Hyaluronic dan Hyaluronic, krim pelembap ini kurang bersesuaian dengan kulit kering dan sensitif. Ini kerana dikhuatiri akan bertindak balas menjadi tegang, gatal, bertambah kering dan ‘flakey’.
4. Olay Regenerist Micro-Sculpting Night Cream
Olay Regenerist Micro-Sculpting Night Cream ini memiliki formula tidak melekit dengan hydra-firming complex + amino-peptide complex yang dapat membantu mengekalkan kulit muka agar kelihatan lebih awet muda. Produk ini juga tidak mengandungi pewangi tambahan dan selamat untuk digunakan setiap malam. Selamat tinggal garis halus!
5. SAFI Perfect White Illuminating Day Cream
Bila nak cari produk, pasti ada di antara kita lihat sama ada produk tersebut lakukan ujian klinikal atau tidak. Bukan apa, lebih rasa terjamin. Jadi, produk ini terbukti dari ujian klinikal berkesan untuk mengurangkan dark spot, tona tidak sekata dan mencerahkan kulit anda.
Antara bahan yang menjadikan kulit lebih cerah adalah Nano Biowhite serta Kakadu Plum yang kaya dengan vitamin C sehingga 100x dari buah oren. Pastinya kulit anda akan nampak lebih berseri jika menggunakannya secara berterusan. Bila ada B3 (Niacinamide), kulit juga makin cerah sekaligus masalah jeragat anda juga makin pudar.
6. Wardah C-Defence Mousse Moisturizer
Jimat dan berkesan kerana dapat berfungsi sebagai pelembap dan primer untuk wajah anda. Bila malas nak bersiap, gunakannya je Wardah C Defence Mousse yang mempunyai spf, cukup untuk melindungi kulit anda.
Liang pori yang jelas kelihatan juga boleh dikurangkan tau, kulit juga makin lembap dan segar. Hi Grade vitamin C berfungsi mencerah kulit anda agar lebih kelihatan bersih, sihat dan mengurangkan jeragat pada wajah. Harga pun tak mahal, banyak fungsi dan kebaikan.
Dek kerana Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP) untuk tempóh dua minggu, membeli belah secara online menjadi pilihan terbaik.
Ini kerana kita tidak perlu rumah yang mana boleh mengurangi risiko jangkitan virus covid-19 ini.
Namun begitu, jika mahu membeli secara online terutama ubat perlu melihat dua faktor utama untuk elak jadi manga penipuan.
Perkara ini diterangkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia yang memberi panduan kepada pengguna yang mahu beli ubat secara online ini.
Gambar sekadar hiasan.
NAK BELI UBAT ONLINE?
Berhati-hati dengan ubat yang dijual melalui internet@media sosial. Ubat tidak berdaftar berisiko dan boleh menjejaskan kesihatan anda dan keluarga.
Tidak semua promosi dan tuntutan iklan ubat adalah benar dan boleh dipercayai. Jangan jadi mangsa penipuan oleh penjual-penjual yang tidak bertanggungjawab.
Pastikan 2 perkara sebelum membelikan ubat :
1. Pastikan ubat yang dijual adalah BERDAFTAR dengan KKM (mempunyai no. MAL dan pelekat keselamatan hologram).
2. Iklan ubat mendapat kelulusan daripada Lembaga Iklan Ubat (mempunyai no. KKLIU)
JADILAH PENGUNA YANG BIJAK!
Berikut adalah tip pembelian ubat dalam talian yang KKM ingin kongsikan dengan anda:
1. Dapatkan nasihat daripada ahli farmasi anda sebelum membeli sebarang produk kesihatan dan jika mempunyai penyakit kronik sila dapatkan rawatan dengan pengamal perubatan berdaftar
2. Hanya boleh membeli ubat berdaftar dengan KKM (No. MAL diakhiri dengan X, T atau N sahaja) dan mempunyai pelekat keselamatan hologram. Semak pendaftaran ubat di https://www.npra.gov.my/index.php/en/consumers/information/products-search.html atau menggunakan aplikasi “NPRA Product Status” yang boleh didapati dari Google Play, Apple AppStore dan Huawei AppGallery.
3. Jangan beli ubat yang memerlukan preskripsi dan ubat terkawal secara online (No. MAL diakhiri dengan huruf A).
4. Elakkan membeli ubat daripada laman sosial dan penjual daripada luar negara
5. Pastikan iklan ubat mempunyai nombor kelulusan (Contoh: KKLIU 1234/2020)
6. Jangan terpedaya dengan iklan yang mengandungi janji-janji manis terutamanya melibatkan penyakit-penyakit kronik dan peningkatan seksual serta mengandungi kenyataan superlatif seperti ‘TERBAIK’, ‘BERKESAN’, ‘DIJAMIN SELAMAT’, ‘MUJARAB’ dan lain-lain.