Kesibukan menjalankan tanggungjawab sebagai Menteri Kewangan tidak menjadikan alasan untuk Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz melakukan aktiviti senaman setiap pagi.
Jika dilihat di laman Instagramnya, beliau memang rajin melakukan aktiviti larian setiap hari sama ada secara individu atau bersama isteri tersayang.
Baru-baru ini beliau turut berkongsi tip untuk mereka yang gemar berlari. Menurutnya waktu terbaik untuk larian adalah waktu pagi dengan perut kosong.
Pesannya jangan makan apa-apa tetapi hanya minum air sekurang-kurangnya 500 ml sebelum berlari supaya tidak ‘dehydrated’.
Tip Sebelum Mulakan Larian
Selamat pagi, Malaysia! Hari ni saya nak share tips untuk mereka yang gemar berlari. Waktu terbaik untuk larian adalah pada waktu pagi, dengan perut kosong.
Ads
Jangan makan apa-apa tetapi minum air sekurang-kurangnya 500ml sebelum berlari supaya tak ‘dehydrated’.
Ini akan membantu membakar lemak untuk mendapatkan tenaga. Sejurus selepas habis berlari, penting untuk kita mengambil makanan atau minuman yang kaya dengan protein untuk membantu pemulihan otot. Saya gemarkan telur rebus atau protein shake.
Pagi ni saya mulakan larian lebih kurang pukul 6 pagi, selepas solat Subuh. I stopped to take a moment and appreciate the sunrise today, sampai lupa ambil gambar.
Ads
InsyaAllah, mentari yang menyinari hari ini akan membawa kekuatan baru buat diri dan jiwa kita semua.
Yakinlah dengan kekuatan diri sendiri dan kemampuan kita sebagai sebuah keluarga yang mampu menyokong antara satu sama lain. Jangan sekali-kali putus asa! Happy Sunday!
Biasanya sebaik melakukan aktiviti kecergasan, seseorang akan mengambil minuman bertenaga yang dikatakan mampu meningkatkan tenaga.
Walaupun ada kebaikan kerana mampu meningkatkan tenaga dan cecair daripada tubuh yang keluar akibat berpeluh lepas bersenam.
Namun terdapat juga pelbagai kesan yang boleh dialami seseorang yang kerap mengambil minuman jenis ini termasuklah;
1. Menyebabkan Dehidrasi
Minuman bertenaga sebahagian besarnya mengandungi kafein yang menjadi sumber utama penambah tenaga. Minuman ini boleh menyebabkan kesan diereutik yang meningkatkan jumlah garam dan air yang dilepaskan oleh tubuh melalui air kencing.
Kesan daripada kafein yang ada pada minuman ini boleh menyebabkan dehidrasi.
2. Meningkatkan Degupan Jantung
Selain memiliki kandungan dieuretik, kafein juga boleh meningkatkan degupan jantung. Sebuah kajian mendapati seseorang yang mengambil minuman bertenaga mengalami peningkatan aktiviti jantung dan tekanan darah yang lebih tinggi.
Terdapat juga kajian bahawa ia mampu meningkatkan ritma jantung pada golongan remaja terutamanya yang aktif bersenam.
3. Merosakkan Gigi
Minuman bertenaga mengandungi asid sitrat yang bersifat menghakis pada gigi. Perkara ini boleh menyebabkan kerosakan pada lapisan gigi terutamanya ketika mengambil minuman itu secara kerap.
Tidak hanya itu, gigi boleh menjadi sensitif dan menipis sehingga nampak kuning dan kotor.
4. Tidak Memberi Tenaga Tambahan
Meskipun sering disebut sebagai minuman bertenaga, faktanya minuman ini tidak memberi sebarang tambahan tenaga.
Sebaliknya tambahan tenaga daripada minuman ini berasal daripada kadar gula yang boleh memberi kesan buruk seperti masalah diabetes.
5. Penyebab Sakit Kepala & Perubahan Mood
Kandungan guarana dalam minuman bertenaga boleh mengganggu sistem saraf dan ini menyebabkan kehadiran sakit kepala, insomnia, badan rasa tidak selesa dan perubahan mood. Ketika ia diambil bersama ubat-ubatan tertentu, ia boleh memberi kesan lebih berbahaya kepada tubuh.
Cantik itu pilihan kita, nak jaga penampilan atau biar nampak biasa asal mudah bergerak. Namun ramai yang beranggapan nak nampak cun dan menarik perlukan duit yang banyak.
Hakikatnya, ia bukanlah bergantung pada berapa banyaknya duit yang ada semata-sama, kerana ramai juga yang tetap nampak tak ‘cantik’ walaupun ada duit berkepuk-kepuk.
Cantik Itu Pilihan, Duduk Rumah Pun Boleh Wangi Dan Kemas!
Sebaliknya untuk nampak cantik ia merupakan satu pilihan dalam menghargai diri. Diri kita sendiri yang menentukan untuk tampil cantik,bersih, kemas dan wangi walaupun di dalam rumah sendiri.
Setuju sangat dengan perkongsian daripada Yatie Kamarzaman,38 yang juga merupakan kakak kepada Usahawan terkenal Dato Sri Aliff Syukri ini.
Orangnya kecil molek, langsing, cantik dan pandai bergaya tetapi siapa sangka sudah mempunyai dua orang anak perempuan yang kian meningkat remaja iaitu Noor Uzma Raisah,13 dan Noor Aleya Baheerah,10.
Menerusi akaun Instagram, Pengarah Kreatif Sendayu Tinggi ini berkongsi pendapat pentingnya diri bersiap kemas dan bersih seawal pagi bagi menaikkan semangat sepanjang hari.
Bagi Kak Yatie bila kita mulakan hari tu dengan bersih, wangi dan cantik-cantik bantu untuk boost up my day. Walaupun kat rumah sebab tak nak rasa selekeh bila tengok diri sendiri kat cermin. Memang rasa malas terus.
Cantik Ialah Pilihan
Bukan itu sahaja, bagi wanita ini juga cantik merupakan satu pilihan untuk menghargi diri sendiri dan tak semestinya perlu duit yang banyak. Apabila bersih dan kemas sekaligus akan terserlah kecantikan yang tersendiri.
Orang cakap, benda boleh cantik sebab ada duit. Bagi Kak Yatie nak cantik tu ialah PILIHAN. Masalahnya ramai di dunia ni yang tak cantik walaupun ada duit kepuk-kepuk.
Pilihan untuk menghargai diri tu pada kita sendiri. Dari situ saja dah nampak cantik sangat. Sebab cantik tu subjektif. Bagi Kak Yatie, baik lelaki atau perempuan tu kalau bersih dan kemas, auto nampak cantik tau. Ada aura yang luar biasa bila tengok.
Sikap tidak berputus asa dan mencuba sehabis baik menjadikan impiannya untuk mendapat berat badan ideal tercapai.
Biarpun pada mulanya seakan mustahil, tetapi kesungguhan dengan mengamalkan diet disarankan akhirnya berjaya menjadikan gadis ini Ku Nur Zawani mencapai berat idaman.
Melakukan Diet Suku-Suku Separuh (DSSS) perjalanan dietnya bermula sepanjang awal tahun 2019 hingga berjaya menghilangkan lebih separuh dari berat badan asal.
Jika sebelum ini beratnya 124 kg dengan ketinggian 165 cm dan Februari tahun lalu beratnya sekitar 78 kg.
Menurut gadis berusia awal 20 an ini perjalanan masih jauh dan mahu berusaha untuk menghilangkan 20 kg lagi bagi mendapat berat 62 kg.
Buat masa ini berat terkini dirinya yang masih menuntut di tahun akhir Universiti islam Antarabangsa (UIAM) adalah sekitar 68 kg -71 kg. Malah Nur Zawani juga gembira kerana kini dia boleh memakai baju saiz L/XL berbanding 5 XL dulu.
Walau apa pun, ayuh kita lihat perjalanan dietnya yang dikongsi setahun lalu untuk dijadikan inspirasi buat wanita di luar sana.
Hilang 46 KG Dalam Masa Setahun Guna DSSS
Assalamualaikum, first time post pasal diri di facebook. Minta maaf kalau tak memenuhi syarat yang diletakkan admin, tapi saya berkongsi agar dapat jadikan pembakar semangat buat sahabat yang lain dan juga buat diri untuk teruskan perjuangan.
Dan mungkin ada terjumpa di posting saya di tempat sebelah. Tapi perjalanan saya mengamalkan dssp cuma carbohidrat saya tukar kepada roti wholemeal (purple/hijau) atau saya ambik ubi keledek/sweet potato macam dalam running man tu
Doakan saya supaya berjaya capai bmi yang normal yaa demi capai cita-cita impian saya
Hasil dari saya diet calori, eat clean dan suku-suku separuh.
Berat asal : 124kg
Berat 2019(tiada gambar) :88kg
Berat sebelum pkp(feb 2020) : 88kg (naik turun sebab leka serta sibuk study dan main-main tak jaga pemakanan sgt)
Berat sekarang :78kg
Berat target : 62kg
Tinggi saya :165cm
Lebih kurang 20kg lagi. Jauh perjalanan semoga saya istiqamah, terima kasih
Minta maaf tak dapat reply semua. Terima kasih atas kata-kata semangat dan doa. Minta maaf juga baru perasan admin approve. Buat yang tanya saya kongsi cara saya. Lain badan lain penerimaan dan kadar metabolisme yang berbeza. Jenis badan saya inverted triangle shape (segi tiga terbalik)
Contoh cara pemakanan saya.
*kalau dirumah*
Pagi :air kosong + buah (slalunya apple hijau)
Tengahari : roti wholemeal 1@2 keping, apa jenis masakan sayur, protein (ayam/ikan rebus) / goreng ( goreng bagi saya lagi bagus dari sambal atau rendang sb minyak boleh lap pakai tisu, tapi skrg boleh guna airfryer)
Jagung sebagai carbo saya.
Petang merangkap malam: bergantung jugak sama ada saya makan sup sayur tadi atau buah + yogurt
** Air saya ambil 4.6liter (1liter untuk 25kg brt bdn) ini paling penting sb mmg kenyang
** wajib ada buah untuk emergency time (saya tak ambik sgt kekacang, elakkan jerawat)
Kalau di hostel:
Pagi : minum teh hijau + air kosong + jacob yg ada grain/ roti wholemeal/ instant oat
Tengah hari : buah/roti (sb xsempat kejar nk masuk kelas)
Kacang kuda (ada buah sebenanarnya tapi tak ada gmbar).
-Saya betul-betul lebihkan buah dan sayur. Protein pun dalam kadar yg diperlukan badan. Air kunci utama. Carbo jujur saya elakkan nasi. Tapi saya tak tinggal roti wholemeal. Kalau jemu saya ambik ubi keledek atau rolled oat. Mmg konsep suku² separuh
-Kadang-kadang saya suka rebus air halia dan serai.
-Sebelum exercise kalau rajin saya sapu losyen mustajab. Sebab saya rasa lemak saya kategori lemak paling degil didunia. Lambat sangat2 nak kecut
Air susu omega blend dengan apple hijau.
– Ya saya ada exercise. Awal-awal dulu saya suka zumba. Lepastu stop, saya berjinak dgn joging sikit-sikit ja. Pkp ni baru nak kenal workout. Selebihnya saya banyak aktiviti fizikal macam bergerak ke kelas.
** Semangat saya ada naik turun. Hampir give up, tapi saya cuba letak target dan azam nak capai ssuatu. InshaaAllah nak tak nak kena cuba juga usaha. Cuma perjalanan saya lambat sikit berbanding yang lain.
Terima kasih admin. Terima kasih semua ahli. Doakan saya ya