Selain zumba, antara senaman lain paling popular di kalangan wanita adalah pilates. Pilates merupakan yoga versi moden yang diluaskan rutin senamannya oleh atlet bernama Joseph Pilates.

Fungsi utama senaman pilates ini adalah memfokuskan kepada proses rehabilitasi dan penguatan tubuh.

Pilates terdiri daripada pelbagai gerakan yang tertumpu pada bahagian perut, pinggul, pinggang dan peha. Kebanyakan rutin senaman pilates melibatkan gerakan ketahanan dan kekuatan otot serta fleksibiliti.

Selain bagus untuk regangan badan, pilates juga sangat membantu dari segi teknik pernafasan yang betul dan meningkatan ketajaman fikiran. Pilates juga melatih otot dari pinggang ke bawah untuk menstabilkan tubuh di samping mengurangkan sakit tulang belakang.

Tidak kira anda yang berusia 30 atau 50 tahun sekalipun, anda mampu melakukan rutin senaman pilates di gimnasium mahupun hanya dari rumah.

 

IKLAN

Bagaimana pun perlu mempelajari beberapa teknik pilates yang betul sebelum melakukan senaman berimpak rendah ini.

Terutamanya bagi mereka yang sudah berusia dan mempunyai sejarah berkaitan sakit belakang yang kronik.

4 Kelebihan Pilates Untuk Kesihatan Wanita

Melegakan Sakit Belakang

Dengan melakukan regangan otot teras, pilates dapat mengurangkan sakit di bahagian belakang badan. Selain itu, ia juga membuatkan otot menjadi lebih fleksibel dan kuat yang mampu mengawal stres dan memudahkan pergerakan tubuh badan.

Fokus & Minda Cerdas

Sama seperti yoga, pilates juga merangsang daya tahan yang baik untuk minda, tubuh badan dan pernafasan. Dikatakan rutin senaman ini banyak berkaitan pergerakan dan pernafasan yang dipercayai sangat berguna untuk meningkatkan ketajaman minda.

IKLAN

Turun Berat Badan

Percaya atau tidak, wanita yang mempunyai berat badan sekitar 68 kg dan baru melakukan pilates mampu membakar sehingga 251 kalori jika ia dilakukan selama sejam. Sementara bagi yang sudah berpengalaman pula berupaya membakar kalori sehingga 432. Senaman pilates boleh dilakukan dengan menggunakan peralatan senam seperti tikar yoga, bola dan gelung senaman.

Perbaiki Postur Badan

Teknik pilates yang betul dapat memperbaiki postur dan keseimbangan badan. Dengan melakukan rutin senaman pilates secara berkala, ia meregang bahagian bahu seterusnya memberikan postur badan yang baik.

Walau pilates dikategorikan sebagai senaman impak rendah, setiap satu sesi mampu membuatkan anda berpeluh.

IKLAN

Anggaran kalori yang dibakar dalam tempoh satu jam untuk sesi pilates adalah sekitar 250 kalori.  Nilai pembakaran kalori ini juga seumpama anda bermain bola tampar, berjalan atau berkebun selama satu jam.

Artikel Berkaitan:

Tiada Alasan, Ini 3 Waktu Terbaik Lakukan Senaman Sepanjang Bulan Puasa

Kelebihan Bersenam Di Bulan Ramadan

Tekanan Makan Banyak, Jadi Sebab Berat Tak Turun Walaupun Seharian Berpuasa