Baru seminggu melahirkan anak keduanya, tetapi penyanyi kesayangan ramai, Datuk Seri Siti Nurhaliza kelihatan tampil berseri-seri semasa majlis aqiqah, maulud dan tahnik anak keduanya semalam.

Selepas genap tujuh hari pada hari Isnin melahirkan, Siti dan suami Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa sepakat memilih untuk menamakan putera kesayangan dengan nama Muhammad Afwa.

Siti memberitahu, Muhammad Afwa dipilih kerana nama itu membawa makna keampunan atau kemaafan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

“Hari ini, 26 April 2021 bersamaan 14 Ramadan 1442H,anakanda saya genap berusia 7 hari.

“Muhammad Afwa lahir pada bulan Ramadan, bulan keampunan dan di dalam doa malam Lailatul Qadar juga ada menyebut afwa.

“Afwa melengkapkan afiyah dan terdapat di dalam doa yang saya dan suami pilih iaitu doa yang saya muat naik di atas,”katanya di laman Instagramnya.

IKLAN

Sebaik foto rasmi bayinya dimuat naik, ramai memuji kecomelan bayi lelaki ini yang iras seperti ibunya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

elizadsharifuddin Masyaallah Subhanaallah , comellnyeee adik aafiah ni . Dua dah tokti . Syukur Alhamdullillah

khairulizzannn Afwa anak ibuuu. Comelnyeee

shahadibah_._ Masyaallah tabarakallah comel

IKLAN

ainaadilah27 Ya Allah, comelnya muhammad afwa. Nama pun comel anak soleh ni 

tfnbrownie.wana MashaaAllah Alhamdulillah… Comelll sangat… Indah sangat ciptaan Allah… Semoga membesar dgn baik yaa sayanggg

Siti telah melahirkan bayi lelaki seberat 3.84 kilogram (kg) melalui pembedahan di sebuah pusat perubatan di Selangor pada 19 April lalu.

Sebelum ini, Siti dan suami telah dikurniakan anak sulung, Siti Aafiyah Khalid kini berusia 3 tahun.

IKLAN

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

Kredit Foto: CTDK

Artikel Berkaitan:

Selamat Bersalin Bayi Lelaki, Siti Nurhaliza Pilih Kaedah Pembedahan Lahirkan Anak Kedua

Kuat Bekerja Walau Sarat Hamil, Ini Rahsia DS Siti Nurhaliza Kekal Sihat & Aktif

“Elak Beli Air Balang…” Pakar Nutrisi Kongsi Tip Pilih Makanan Lebih Sihat Di Bazaar Ramadan