Siapa sangka buah kiwi yang hanya bersazi kecil ini tetapi mempunyai banyak khasiat.

Mengandungi banyak nutrien seperti vitamin C, K, E, folat, potasium, kalsium dan kalium ini berasal dari selatan China.

Rasa kiwi yang manis dan warna isinya yang segar kehijauan membuatkan buah kecil berbulu halus ini satu pilihan yang banyak kegunaannya.

Sama ada dibuat jus atau makan begitu saja dan terdapat dua jenis buahnya iaitu isi berwarna hijau dikenali sebagai Hayward dan berisi kuning dikenali Hort 16A.

Ini adalah kebaikan besar buah kiwi untuk kesihatan.

1. Bantu Turunkan Tekanan Darah

Buah kiwi mengandungi jumlah potasium yang sama dengan sebiji pisang selain kaya dengan beta-karotina dan zat galian yang lain seperti magnesium, zink, zat besi dan fosforus.

Menurut laporan Medical Daily pada 2011 pesakit darah tinggi yang makan buah kiwi setiap hari mampu menurunkan tekanan darah mereka.

2. Sumber Antioksidan

Buah kiwi juga adalah sumber terbaik bagi antioksidan larut lemak dan vitamin E yang penting, membolehkan buah kiwi melindungi tubuh daripada radikal bebas.

Antioksidan pada buah kiwi mampu bertindak sebagai anti-keradangan, mencegah barah dan hepatitis.

IKLAN

3. Tingkatkan Sistem Kekebalan Tubuh

Pengambilan buah kiwi secara berterusan dapat melindungi tubuh daripada jangkitan penyakit kerana sifatnya yang kaya dengan vitamin, zat galian serta anti-oksidan.

Isi buah kiwi adalah sumber Vitamin C yang luar biasa dan sudah terbukti bahawa vitamin C memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan kekebalan tubuh.

4. Atasi Penyakit Semput

Manfaatkan buah kiwi juga dapat dirasakan oleh pesakit semput, seperti dilaporkan penyelidik di Universiti Nasional Seoul di Korea Selatan.

Menurut kajian mereka, enzim actinidin yang tinggi kandungannya dalam buah kiwi, dapat mengurangkan gejala penyakit semput dengan mengurangkan sel darah putih berlebihan dalam pesakit. Makan buah kiwi dikatakan dapat menyihatkan paru-paru.

5. Menjaga Kesihatan Jantung

Jika buah kiwi terbukti boleh bantu menurunkan tekanan darah, ia juga baik untuk kesihatan jantung.

IKLAN

Kandungan buah kiwi membantu mencairkan darah lalu mengurangkan risiko gumpalan darah dan meningkatkan pengaliran darah.

Perkara ini baik untuk arteri dan jantung yang sihat.

6. Atasi Insomnia

Kajian mendapati bahawa buah kiwi yang dimakan sejam sebelum tidur dapat memperbaiki mutu tidur kerana kandungan kalsiumnya yang tinggi, serotonin dan antioksidan akan membuat tubuh menjadi lebih tenang.

Boleh cuba makan kiwi setiap hari pada waktu pagi dan malam untuk menghilangkan insomnia yang dipercayai berpunca daripada tekanan.

7. Menyihatkan Rambut

Buah kiwi juga ternyata dapat menyihatkan rambut kerana kandungan vitamin C dan E mampu membantu dalam kesuburan rambut.

IKLAN

Selain memakannya, korang juga boleh menggunakan buah kiwi sebagai ubat rambut atau ‘hair mask’.

Beberapa produk perawatan rambut juga sudah mula menggunakan kiwi sebagai bahan di dalam produknya.

8. Turunkan Berat Badan

Buah kiwi juga boleh dijadikan sebagai makanan alternatif bagi korang yang cuba menurunkan berat badan.

Dua biji buah kiwi sehari, cukup untuk memenuhi keperluan serat sebanyak 4.2 gram dan membawa kepada sistem penghadaman yang sihat.

Sumber: Mediacorp

Artikel Berkaitan:

Gigit & Jilat Punca Bibir Jadi Kering. Ini Tip & Produk Atasinya Elak Menggelupas Teruk!

Lakukan 4 Senaman Efektif Ini, Kalau Nak Bahagian Kaki Lebih Berotot & Pejal

Wanita Kongsi Pengalaman Hampir Hilang Suami, Lepas 41 Hari Terlantar Di ICU Positif Covid-19 Stage 5