Ada macam-macam cara untuk menjaga kecantikan wajah dan salah satunya menggunakan petua tradisional tanpa pergi membuat rawatan kulit yang mahal.

Selepas mencuci wajah, biasanya kita akan melengkapkan rutin penjagaan dengan pemakaian toner dan juga pelembap.

Untuk hasil lebih cantik seperti masyarakat Jepun, perkongsian Saadiah Saad memberitahu rahsianya menggunakan toner dari air beras.

Menurutnya toner air beras ini telah digunkan beribu tahun dulu dan inilah rahsia kulit orang Jepun sangat putih dan bersih.

Rahsia Wanita Jepun Miliki Kulit Putih Bersih, Rupanya Hanya Guna Toner Air Beras
Gambar sekadar hiasan.

Wajah Jadi Putih & Bersih, Guna DIY : Rice Water Toner

Pernahkan korang cuci muka dengan air beras atau rice water.? Air beras kan SENANG dan MUDAH jumpa kat dapur.

Kalau tak pernah sebenarnya rugi bebebor kerana rice water ni boleh membersih, meratakan warna kulit dan memulihkan kulit yang rosak.

IKLAN

Rice water ni sudah diguna di Jepun beribu tahun yang lalu itulah buat kulit diorang tu sangat putih bersih tau.

Rice Water ni mengandungi Vitamin B1, C, E dan garam mineral yang sangadd bagus untuk memulihkan kesan jerawat, jeragat dan kesan parut. Best kan.

Ianya juga mampu menutup dan membersihkan liang roma yang tersumbat .

Rice water juga mengurangkan kesan-kesan kedutan macam anti aging la korang. YEHAAA.
Okeyh la ajomms kita cekidot cara menggunakannya.

IKLAN

Rahsia Wanita Jepun Miliki Kulit Putih Bersih, Rupanya Hanya Guna Toner Air Beras

Bahan-bahan
===========
1/2 cawan beras ( beras jenama apa pun boleh tapii cadangan terbaik guna beras jasmin atau beras putih. Jangan guna beras perang. Beras perang untuk DIET) 

Cara-caranya menyediakan RICE WATER
=================================
1. Basuh dulu beras, basuhan pertama untuk buang kotoran beras.
2. Lepas tu masukkan beras yang dibasuh dan masukkan air sampai beras tenggelam.
3. Biarkan selama 15 minit
4. Selepas 15 minit tuang air beras ke dalam jar atau bekas yang sesuai. Dan beras tu bolehlah dimasak seperti biasa. (Jangan la pi buang pulak)

Cara guna RICE WATER TONER
==========================
1. Jadikan Rice water sebagai pencuci muka guna sebelum atau selepas mencuci dengan pencuci biasa.
Gunakan Rice Water selalu untuk dapatkan Vitamin dan mineral untuk kulit.
2. Jadikan Rice Water sebagai toner muka.
Dap dap kan rice water ke kapas dan sapu seluruh muka dan leher. Boleh di gunakan di waktu pagi dan sebelum tidur. Untuk kesan yang oshemm.

IKLAN

Rahsia Wanita Jepun Miliki Kulit Putih Bersih, Rupanya Hanya Guna Toner Air Beras

Kesannya bila dah cuci muka dan guna Rice water toner ni kulit muka akan tegang sampai nyamuk nak geget pun melantun toink toink toink. Kulit semakin cerah dan bila pegang rasa lembut sangat.

Kalau nak lebih MUDAH dan SENANG guna je greenteamint scrub dan serum annona.
Nak lagi cepat guna sekali dermaroller.

Okeyh gais.
Selamat mencuba.

Kalau rasa Resepi Rice Water Toner ni bermanafaat dan best sila-silalah SHARE dan TAG nama member korang yang suka dengan donia kecantikan.
Salam sayang dari
#CikDygojes #TAK2006

Selain itu:  Usia Dah Masuk 30-an, Ini Ujian Kesihatan Perlu Buat Sebelum Terlambat. Salah Satunya Rawatan Gigi!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI