Buat masa ini pemakaian pelitup muka memang diwajibkan kepada semua orang jika mahu berurusan dengan orang ramai.

Namun begitu penggunaan pelitup muka ini juga boleh jadi punca kepada masalah jerawat. Apatah lagi jika terpaksa menggunakannya seharian.

Bagi penyanyi terkenal Wany Hasrita tidak terkecuali turut pernah mengalami masalah maskne atau jerawat di muka disebabkan pemakaian pelitup muka tidak bersesuaian.

Menurutnya dia cuba memilih jenis pelitup muka yang bersesuaian agar tidak timbul masalah jerawat.

“Sebenarnya ia bergantung kepada setiap individu itu. Mungkin ada yang sesuai memakai pelitup muka jenis fabrik dan ada yang sesuai pakai jenis pakai buang.

“Dan bagi saya sendiri lebih selesa tidak menggunakan pelitup muka jenis fabrik. Mungkin kerana saya bukanlah jenis rajin untuk masukkan filter setiap kali memakai pelitup muka jenis fabrik.

“Lagipun jika pakai jenis fabrik, kita kena rajin membasuhnya. Oleh sebab itu saya lebih suka gunakan pelitup muka jenis pakai buang yang lebih sesuai dengan kulit wajah,” ujarnya ketika ditemui di majlis pelancaran pelitup muka Himaya bersama selebriti Erra Fazira.

IKLAN

Pelitup muka yang sesuai untuk wanita berhijab kerana jenis ‘head loop’ dan Wani memilih warna Aprikot Dream untuk keluaran terbaru ini.

Tambah Wany juga dia turut mengingatkan kepada mereka di luar sana agar tidak memakai pelitup muka terlalu lama.

“Kalau boleh jangan pakai pelitup muka yang sama dari pagi sampai ke malam. Tukarlah pelitup muka mengikut keadaan dan suasana.

“Kadang-kadang geseran daripada pelitup muka pada kulit wajah juga akan menyebabkan berlakunya masalah jerawat.

IKLAN

“Saya sendiri pernah mengalami masalah jerawat disebabkan pemakaian pelitup muka. Jerawat ini tumbuh pada muka di bahagian tertentu.

“Oleh sebab itulah saya selalu bertukar-tukar jenis pelitup muka sehingga berjumpa pelitup muka yang sesuai. Bagi saya yang penting kita kena rajin bereksperimen,” katanya lagi yang turut mengamalkan pemakanan sunnah seperti kurma dan elak makanan berminyak untuk menjaga kecantikan wajah.

Wany juga turut berkata memilih pelitup muka Himaya kerana fabriknya sangat-sangat lembut, tak kasar dan tidak tinggalkan kesan trauma pada kulit.

Maksudnya di sini, jika pelitup muka yang dipakai bergesel dengan kulit kita akan menyebabkan luka halus atau micro tears pada kulit.

IKLAN

Jadi bakteria yang ada pada pelitup muka dan pada permukaan kulit akan tertolak masuk ke dalam luka-luka halus tersebut dan mencetuskan breakout.

Artikel Berkaitan:

Kena Alert, Pelitup Muka Punca Wajah Berjerawat. Guna 3 Cara Berkesan Atasi Masalah Ini!

“Cantik Macam Puteri Raja” – Erra Fazira Dedah Rahsia Kecantikan Engku Aleesya Hingga Dipuji Netizen

Guna ‘Acne Patch’, Cara Mudah Hilangkan Jerawat Biasa Atau Bernanah Dalam Masa 3 Hari Je