Tidak dinafikan ramai yang berharap agar kerajaan memberi kebenaran rentas negeri sempena sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.

Namun, hari ini dalam satu kenyataan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mencadangkan aktiviti rentas negeri sempena sambutan Syawal nanti ditangguhkan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata ia kerana penularan wabak COVID-19 masih berada di tahap membimbangkan.

“Banyak pihak merayu kerajaan untuk membenarkan rentas negeri untuk perayaan Hari Raya Aidilfitri.

“KKM mencadangkan rentas negeri ditangguhkan.

“Ia berikutan terdapat varian baharu dalam komuniti dan program imunisasi masih diteruskan,” katanya.

IKLAN
Penularan Covid-19 Masih Membimbangkan, KKM Minta Rentas Negeri Sempena Syawal Ditangguh
Kredit Foto: Astro Awani

Ditanya sama ada individu yang sudah selesai menerima kedua-dua dos suntikan vaksin COVID-19 akan diberikan pengecualian untuk merentas negeri sempena perayaan tersebut, Dr Adham berkata pihaknya masih menunggu dapatan daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (CDC).

“Kami masih menunggu lagi beberapa dapatan daripada WHO dan CDC untuk menjelaskan kepada kami sama ada perkara tersebut boleh dibenarkan untuk dikecualikan daripada aktiviti rentas negeri.

“Bagimanapun, bagi mereka yang bertugas sebagai petugas barisan hadapan, aktiviti merentas negeri dibenarkan kerana ia merupakan satu keperluan untu mereka bertugas,” katanya lagi.

Penularan Covid-19 Masih Membimbangkan, KKM Minta Rentas Negeri Sempena Syawal Ditangguh

IKLAN

Walau bagaimanapun setakat ini kebenaran rentas daerah masih dibenarkan. Mungkin inilah masanya kita menyambut Syawal dengan mengunjungi sanak saudara serta sahabat handai yang tinggal berdekatan.

Namun jangan lupa untuk terus mematuhi SOP agar kita sama-sama dapat mengekang penularan virus ini.

SUMBER: ASTRO AWANI

IKLAN

Artikel Berkaitan:

Bantuan Sehingga RM50 Ribu Untuk Yang Hilang Upaya, Mati Disebabkan Suntikan Vaksin Covid-19

Elak Sarung Kebaya Ketat & Tudung Lilit Datang Suntikan Vaksin Covid-19, Ini Baju Yang Perlu Dipakai

Selain itu:  Lepas Virus Omicron, Penyakit 'Florona' Pula Dikesan. Ini Fakta Menarik Perlu Ambil Tahu!

Program Imunisasi Covid-19 Dah Bermula, Tapi Wanita Mengandung & Susukan Bayi Kena Tangguh Ambik. Ini Sebabnya!

 

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI