nina iskandar

Akhirnya pelakon drama Andainya Takdir, Nina Iskandar buka rahsia bahawa sudah 20 tahun dia bergantung kepada perentak jantung atau jantung bateri.

Dimuatkan menerusi laman Instagram miliknya, pada awalnya dia malu untuk mendedahkan situasi ini sebab kurang yakin masa dia kecil.

Namun baru-baru ini, pelakon kelahiran Brunei itu rasa mungkin perkongsiannya boleh memberi manfaat kepada orang lain.

Nina Iskandar Dah Lama Pakai Jantung Bateri

IKLAN

“Kalau anda tak tahu, inilah pacemaker (orang Melayu panggil bateri). Tidak semua orang tahu yang saya menggunakan perentak jantung sejak saya berumur 11 tahun.”

“Sebenarnya saya pernah dibuli waktu di sekolah menengah kerana bawa cara diri yang berbeza dan saya akan malu untuk mengaku bahawa hidup saya bergantung 100% pada benda kecil ini sebab takut apa orang akan nilai saya.”

Namun apabila semakin dewasa, Nina belajar untuk menerima hakikat yang kita semua istimewa dengan cara kita sendiri. Walaupun tak sama, Nina telah menjalani hidup dengan baik cuma dengan cara sedikit berbeza.

IKLAN

“Saya tak malu untuk mengaku sebab saya tak nampak kenapa saya nak sembunyikan lagi. Malah saya bangga dengan diri saya sendiri terpaksa hidup dengan perentak jantung 20 tahun dalam hidup saya dengan kekuatan yang saya tak pernah tahu ada dalam diri saya.”

“Saya memilih untuk menganggap ini sebagai satu rahmat dengan cara ini.”

IKLAN

Nina kini sudah menggantikan dengan perentak jantung yang baru untuk tempoh sepuluh tahun akan datang.

Sedikit pesanan daripada Nina, “kepada bekas perentak jantung yang dihormati, terima kasih sebab menjadi sebahagian daripada saya sejak 12 tahun yang lalu (2010-2020).”

“Dan untuk perentak jantung baharu saya, ini untuk satu dekat lagi. Jom, jalani kehidupan sepenuhnya!”

 Untuk rekod, Nina atau nama sebenarnya Nur Akmalina Iskandar mendirikan rumahtangga dengan penolong pengarah Azlan Adzanan atau lebih dikenali sebagai Lan Lebah pada April 2019. Dikurniakan cahaya mata lelaki, Muhammad Aaryan ar-Rizqin pada 23 Disember 2019, itu menjadi pengikat kasih sayang pasangan suami isteri ini.

Selain itu:  Henti Trend Makan Cheese Meleleh. Tak Bagus Untuk Kesihatan, Terutama Penghidap Diabetes!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI