Bagi mereka yang baru berkahwin sering dikaitkan dengan masalah kedatangan haid yang tidak teratur.

Situasi ini sedikit sebanyak mendatangkan kerisauan terutama bagi mereka yang sangat menginginkan kehadiran cahayamata.

Sebenarnya terdapat pelbagai faktor dapat mempengaruhi kitaran haid yang tidak teratur. Antaranya umur, kehamilan dan berat badan.

Lepas Kahwin Haid Jadi Tak Teratur. Pakar O&G Jelaskan Salah Satu Sebab Masalah Berat Badan!

Perkongsian Pakar Obstrerik dan Ginekologi Dr Anna Liza Roslani, mengulas lebih lanjut mengenai berat badan dan kitaran haid tidak teratur.

Ayuh ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat selanjutnya.

“Doktor, sebelum kahwin haid saya elok teratur. Selepas dah kahwin, jadi tak teratur.”

Saya tidak tahu berapa kali saya sudah mendengar ungkapan ini. Kerap sangat sehingga tidak terkira!

IKLAN

Saya juga kurang faham maksud ayat ini. Adakah wanita itu hanya mengatakan apa yang dia perhati (observation)? Atau adakah wanita tersebut mempercayai bahawa dengan berkahwin (iaitu melakukan hubungan kelamin dengan suami) boleh menyebabkan haid bermasalah? Maknanya, mungkinkah dia mengalami penyakit akibat daripada penyakit kelamin?

Bila saya mendengar ungkapan ini, soalan saya seterusnya kepada wanita itu ialah ‘Berat badan puan sekarang berapa? Berat sebelum kahwin berapa?’

Lepas Kahwin Haid Jadi Tak Teratur. Pakar O&G Jelaskan Salah Satu Sebab Masalah Berat Badan!

Biasanya, jawapannya ialah ‘Berat saya sekarang 72Kg. Berat sebelum kahwin 60Kg’. Dan apabila saya minta wanita tersebut berdiri di atas alat penimbang saya, dia akan terkejut dan berkata ‘Alamak! 74Kg!!!!’

Maka, masalah sebenar bukannya masalah kahwin atau tidak kahwin, bukannya masalah ada hubungan kelamin atau tidak.

IKLAN

Masalah sebenar ialah tidak menjaga berat badan setelah berkahwin! Sebelum kahwin elok menjaga badan, tetapi selepas kahwin ada ‘teman makan tetap’! Memang naiklah berat badan!! Ada juga yang menjadi isteri mithali dan asyik memasak untuk si suami, sampai masakan berlebihan. Nak buang, sayang, maka dimakan sehingga habis walaupun tidak lapar!

Apabila berat badan meningkat, ia boleh menyebabkan hormon menjadi tidak seimbang. Hormon tidak seimbang akan menjadikan haid tidak menentu, kadangkala terlalu lama, dan kadangkala tidak datang haid berbulan-bulan. Ini terutamanya berlaku kepada wanita yang mengalami PCOS (polycystic ovarian syndrome).

Lepas Kahwin Haid Jadi Tak Teratur. Pakar O&G Jelaskan Salah Satu Sebab Masalah Berat Badan!

Oleh itu, sebelum anda risau ada cyst atau fibroid, timbanglah diri anda terlebih dahulu. Jika memang ketara berat badan anda telah meningkat, usaha untuk turunkan terlebih dahulu.

IKLAN

Juga, jangan menyalahkan PCOS untuk kenaikkan berat badan. PCOS tidak bersalah. Yang salah adalah ‘keberatan’ anda. Jika berat badan anda normal, PCOS tidak akan menyebabkan masalah hormon.

Marilah kita sama-sama menuju ke arah gaya hidup sihat dengan menjaga pemakanan, dan mengamalkan senaman.

Dr Anna Liza Roslani, Pakar Obstetrik & Ginekologi

Artikel Berkaitan:

Selain itu:  David Beckham Ada OCD, Cuba Semak Mungkin Anda Pun Sama

Tolak Air Sejuk & Amal Minum Air Suam. Rahsia Fiza Elite Kekal Cantik Walaupun Usia Masuk 40-an!

“Jangan Makan Apa-Apa, Tapi Minum Air 500ML” – Tengku Zafrul Kongsi Tip Sebelum Berlari

“Cantik Sangat…” Zizi Kirana Tampil Kelainan. Pilih Persalinan Klasik Warna Hitam Untuk Majlis Nikah!

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI