Kehadiran terlalu banyak produk kosmetik yang ingin mengejar keuntungan mudah ternyata menjadi peluang buat founder buat duit tanpa mempedulikan kesihatan orang ramai.

Terkini Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dato Seri Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan semalam memaklumkan, terdapat empat produk kosmetik dikesan mengandungi merkuri dan Hydroquinone.

Dalam kenyataannya, beliau memaklumkan,  produk-produk kosmetik yang dikesan mengandungi Racun Berjadual.

“Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin menggesa orang awam untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan produk-produk kosmetik berikut kerana dikesan mengandungi racun berjadual seperti di bawah:-

  1. Biela Beauty Glowing Night Cream – mengandungi Merkuri
  2. BL Skincare Day Cream 1 – mengandungi Hydroquinone dan Tretinoin
  3. BL Skincare Day Cream 2 – mengandungi Merkuri
  4. BL Skincare Night Cream – mengandungi Merkuri

KKM Kesan 4 Lagi Produk Kosmetik Ada Merkuri & Hydroquinone

KKM Kesan 4 Lagi Produk Kosmetik Ada Merkuri & Hydroquinone

IKLAN

KKM Kesan 4 Lagi Produk Kosmetik Ada Merkuri & Hydroquinone

KKM Kesan 4 Lagi Produk Kosmetik Ada Merkuri & Hydroquinone

Susulan daripada itu, notifikasi produk-produk kosmetik terlibat telah dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, KKM dan tidak lagi dibenarkan untuk dijual di Malaysia.

IKLAN

Penjual dan pengedar produk-produk kosmetik ini perlu menghentikan penjualan dan pengedaran produk-produk kosmetik tersebut dengan serta-merta. Penjualan dan pengedaran produk-produk kosmetik ini adalah melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

Produk yang mengandungi hydroquinone dan tretinoin adalah ubat yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat ahli profesional kesihatan.

Penggunaan produk yang mengandungi bahan-bahan tersebut tanpa pengawasan ahli profesional kesihatan boleh menyebabkan kesan-kesan sampingan yang tidak diingini.

IKLAN

Orang awam yang sedang menggunakan produk-produk kosmetik ini dinasihatkan untuk segera menghentikan penggunaannya dan mendapatkan nasihat daripada ahli profesional kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan atau kesan advers.

 

 

 

Selain itu:  Kenyang Lebih Lama, Antara Kelebihan Rumpai Laut. Boleh Bantu Bantu Kurangkan Berat Badan!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI