Ramai tidak tahu sebenarnya air kencing boleh menjadi petunjuk kepada keadaan kesihatan sebenar seseorang.

Malah setiap hari buah pinggang dag menapis 200 liter Sarah. Sistem penyaringan kompleks buah pinggang mengekalkan keseibangan fungsi kimia dan mineral dalam badan dan mengeluarkannya sebagai air kencing.

Oleh itu, keadaan air kencing boleh menjadi petunjuk kesihatan tubuh.

Jadi, apakah ciri-ciri air kencing yang tidak normal?

1. Urin Tidak Jernih

Ciri-ciri air kencing yang tidak normal biasanya dilihat dari warnanya misalnya merah, oren, biru, hijau, atau coklat.

Terdapat banyak sebab untuk warna air kencing yang tidak normal. Contohnya, hasil pengambilan ubat, makanan, atau mengalami keadaan perubatan tertentu serta mengalami dehidrasi.

– Urin kuning gelap: Air kencing yang kelihatan lebih gelap daripada biasa boleh menjadi tanda mengalami dehidrasi.

– Air kencing oren: Selain ubat, air kencing oren boleh menjadi tanda masalah kesihatan, seperti masalah pada saluran hempedu atau hati, terutama jika najis juga berwarna cerah.

– Air kencing merah jambu atau merah: Keadaan ini disebabkan oleh makanan, ubat-ubatan, keracunan merkuri plumbum, kepada masalah kesihatan, seperti jangkitan.

– Air kencing biru atau hijau: Boleh disebabkan oleh pemeriksaan buah pinggang atau pundi kencing. Kadang-kadang, ia boleh disebabkan oleh jangkitan pada saluran kencing, atau penyakit keturunan yang jarang berlaku.

IKLAN

– Air kencing berwarna coklat: Keadaan ini boleh berlaku kerana makanan, ubat-ubatan, beberapa jangkitan saluran kencing, gangguan hati dan ginjal, serta kecederaan otot yang teruk.

2. Air Kencing Berbau

Manakala jika air kencing mempunyai bau yang kuat, ia turut menunjukkan tidak normal. Bau busuk dapat menunjukkan mempunyai jangkitan bakteria. Jangkitan boleh berlanjutan di sepanjang pundi kencing, menyebabkan bau dalam air kencing.

Pesakit kencing manis juga boleh mengalami kencing yang tidak normal dan bau yang tidak biasa. Bau air kencing pada orang yang menghidap diabetes biasanya berbau manis atau berbau seperti gula

Selain itu, air kencing yang berbau seperti amonia menunjukkan dehidrasi. Sekiranya mengalami keadaan ini, keadaan air kencing akan berbau lebih kuat dan mempunyai warna yang lebih gelap.

Seperti perubahan warna air kencing, makanan tertentu, seperti asparagus, juga dapat menyebabkan bau tertentu. Selain makanan, ubat atau vitamin tertentu juga dapat mengeluarkan bau air kencing.

3. Kehadiran Darah Dalam Air Kencing

Urin yang tidak normal dapat dilihat jika adanya darah dalam air kencing. Keadaan boleh membahayakan dan merupakan tanda keadaan kesihatan yang serius.

IKLAN

Penyebabnya termasuk kecederaan, penyumbatan, jangkitan, penyakit ginjal, pembesaran prostat atau barah. Bagi anda yang mengalami tanda kencing tidak normal ini, segera periksa keadaan diri untuk mendapatkan rawatan yang sesuai.

4. Urin Berbuih

Urin yang tidak normal dapat dilihat jika terdapat buih-buih di dalam air kencing. Protein dalam air kencing boleh menjadi penanda utama kerosakan buah pinggang, terutama pada orang yang menghidap diabetes. Protein ini dapat menghasilkan buih berlebihan dalam air kencing.

5. Kekerapan Membuang Air Kecil

Selain melihat keadaan air kencing yang tidak normal, kekerapan keinginan untuk membuang air kecil juga dapat menunjukkan masalah kesihatan tertentu. Sekiranya sangat kerap dalam jumlah yang banyak, korang mungkin menghidap diabetes.

Sekiranya darah mengandungi banyak gula dan badan tidak dapat memprosesnya dengan berkesan, buah pinggang akan bekerja lebih keras untuk mengeluarkannya. Keadaan ini juga akan menyebabkan kencing yang tidak normal, seperti bau manis.

Sekiranya demikian, tidak ada salahnya memeriksa kadar gula darah secara berkala. Di samping itu, lakukan gaya hidup aktif dan sihat untuk mengurangkan potensi ancaman diabetes yang ada.

IKLAN

6. Tidak Boleh Menahan Kencing

Selain frekuensi yang berlebihan, kesukaran menahan kencing juga dapat menjadi tanda yang tidak boleh dipandang remeh. Sebabnya, ini adalah tanda jangkitan. Jangkitan saluran kencing berlaku apabila bakteria terdapat di saluran kencing.

Bakteria biasanya memasuki saluran kencing melalui uretra. Seseorang yang sukar menahan kencing juga mengalami derita sakit yang kuat ketika membuang air.

Justeru, anda wajib ambik tahu tahap air kencing. Sekiranya ada perubahan dalam keadaan kencing tidak berkaitan dengan apa yang korang makan, segeralah berjumpa doktor.

Sebilangan penyebab perubahan kencing yang tidak normal mungkin tidak berbahaya. Walau bagaimanapun, sebab-sebab lain memerlukan rawatan. Oleh itu, segera berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan yang betul.

Sumber: Klikdokter

Artikel Berkaitan:

Putus Cinta Jadi Motivasi Gadis Ini Turunkan Berat Badan. Berjaya Kurus Dalam Masa 6 Bulan!

Senaman Kegel Mampu Kuatkan Otot Lantai Pelvis, Syaratnya Kena Buat 3 Kali Sehari