Jangan pandang remeh jika berdepan masalah hidung yang selalu berdarah dan berbau busuk.
Rupa-rupanya ini adalah petanda gejala ‘Rhinolith’. Situasi ini disebabkan manik atau bead yang termasuk dalam hidung tanpa disedari menjadi punca penyakit dan ketidkselesan masalah ini.
Perkongsian ini dijelaskan oleh Dr. Ezairy M.Sallih yang juga merupakan Pakar Bedah Telinga Hidung & Tekak, Surgeri Kepala & Leher.
Pesakit saya ni berumur 23 tahun. Hidung kirinya selalu berdarah. Kadang-kadang tu hidungnya berbau. Busuk.
Bermacam-macam ubat sudah dicuba, masih tak elok. Masih berdarah dan berbau. Kadang-kadang saja, tetapi peliknya tak ada pula simptom resdung lain.
Tak ada bersin-bersin, tak ada gatal hidung. Leher pun tak membengkak untuk kita suspect kanser. Semua macam biasa-biasa.
Ads
Saya periksa hidung beliau. Saya gunakan nasal endoscope bersama skrin tv, hidung kirinya sudah hampir tertutup. Ada kotoran hitam berbau di situ.
Perlahan-lahan saya bersihkan hidung beliau, sehingga saya menjumpai sesuatu yang tidak saya sangka.
Kawan-kawan.. jika anda ada tanda dan gejala seperti ini, anda mungkin bukan mengalami resdung, ia juga mungkin bukan disebabkan kanser. Tetapi ia mungkin sejenis penyakit dipanggil sebagai ‘rhinolith’.
Ads
Apa itu rhinolith? Rhinolith ini berlaku di dalam hidung apabila sesuatu objek atau apa-apa pun foreign body duduk lama dalam hidung akhirnya akan membentuk sebatian seperti batu rhinolith.
Pesakit akan mengalami gejala hidung berbau, mengeluarkan cecair, sesetengah kes boleh mengakibatkan jangkitan!
Semoga ada manfaat daripada kisah pendek ini.
Dr Ezairy M.Sallih Pakar Bedah Telinga, Hidung & Tekak Surgeri Kepala & Leher
Ads
Nota gambar : ini merupakan objek yang ada dalam hidung beliau. ‘Bead’ ni mungkin dah ada lama di situ. Lama-kelamaan jangkitan boleh berlaku, pembentukan batu seperti ‘rhinolith’ juga boleh berlaku.
Tidak lama lagi orang ramai akan penerima suntikan vaksin Covid-19 percuma melalui Program Imunisasi Kebangsaan yang dilancarkan bermula Mac lalu.
Oleh kerana ini adalah pengalaman pertama jadi, ramai yang risau untuk menerima suntikan berkenaan.
Justeru bagi mengelak rasa kebimbanga dan berlaku perkara lain, Kerajaan bersetuju untuk memberi RM500,000 sebagai bantuan khas kewangan kesan mudarat Covid-19 kepada rakyat tempatan dan warga asing di negara ini sekiranya berlaku hilang upaya kekal ataupun kematian disebabkan suntikan pelalian itu.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, kerajaan juga bersetuju untuk memberi bantuan RM50,000 jika berlaku kesan sampingan serius kepada penerima vaksin Covid-19 yang memerlukan rawatan berpanjangan di hospital.
“Sebagai permulaan kerajaan menyediakan dana RM10 juta di bawah Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara (KWABBN) yang diuruskan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma),” katanya dalam satu sidang akhbar.
Menurutnya, bantuan kewangan tersebut merupakan langkah proaktif kerajaan untuk menghadapi kemungkinan jika berlakunya kesan sampingan (adverse effects) daripada penggunaan vaksin
Covid-19.
“Selain Itu, bantuan ini akan dapat membantu menampung keperluan penerima vaksin dan keluarga berkemungkinan terjejas akibat kesan daripada pengambilan vaksin ini kelak,” katanya lagi.
Jadi kepada seluruh rakyat Malaysia yang belum lagi mendaftar untuk peneriman suntikan, bolehlah berbuat demikian dengan melayari aplikasi MySejahtera.
Menjadi satu pengalaman mendebarkan buat seorang juruterbang apabila bertanggungjawab membawa vaksin pertama Covid-19 ke Malaysia.
Bagi juruterbang Malaysia Airlines (MAS), Kapten Hamdan Che Ismail adalah antara orang terpenting di sebalik vaksin ini kerana menerbangkan pesawat penumpang Airbus A330-300 ke Malaysia pagi semalam.
Juruterbang yang sudah 29 tahun berkhidmat dengan MAS ini mengakui turut terharu kerana dipilih menjadi sebahagia daripada sejarah negara semalam.
“Ia merupakan satu jam yang paling mendebarkan bagi saya sepanjang tempoh 29 tahun berkhidmat dalam dunia penerbangan.
“Sepanjang penerbangan dari Singapura, saya juga perlu memastikan suhu yang bersesuaian dalam pesawat dikekalkan agar tidak menjejaskan keberkesanan vaksin yang dibawa,” katanya yang juga merupakan Pengarah Operasi Penerbangan Malaysia Airlines.
Kapten Hamdan mengakui berasa sedikit gementar dan takut apabila memikirkan mengenai tugasan berkenaan adalah untuk membawa vaksin Covid-19 bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, iaitu program vaksinasi terbesar bakal dilaksanakan di negara ini.
“Bila fikir ada vaksin Covid-19 dalam pesawat memang ada terfikir takut jika ia rosak… Alhamdulillah vaksin telah sampai ke Malaysia dan cuaca sepanjang perjalanan juga baik,” katanya.
Pesawat MH604 yang membawa 312,390 dos vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech itu mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) jam10.07 pagi tadi dari Singapura.
Sebelum itu memetik laporan portal media tempatan, Vaksin Pfizer-BioNTech itu diterbangkan menggunakan pesawat Airbus 330-300 dikendalikan MABkargo Sdn Bhd (MASKargo) dari kilang Pfizer di Belgium, dengan penerbangan membawa vaksin itu berlepas dari Puurs dan transit di Lapangan Terbang Leipzig Halle, Jerman.
Dalam pada itu,Kementerian Kesihata Malaysia KKM juga dalam posting di Facebook juga sempat merakamkan ucapan terima kasih kepada beliau yang merupakan anak jati Kelantan sebagai tanda penghargaan.
Ramai antara kita kini menggunakan peralatan air fryer bagi memudahkan tugas memasak.
Malah bagi mereka yang mengamakan gaya hidup sihat juga turut menggunakan peralatan ini kerana tidak menggunakan minyak ketika memasaknya.
Namun adakah benar ianya selamat digunakan untuk kesihatan kita. Pakar Kimia, Dr Fatimah Salim berkongsi mengenai keberkesaan penggunaan air fryer ini.
AIR FRYER
Ramai yang sukakan makanan yang bergoreng disebabkan teksturnya yang ranggup dan rasanya yang sedap. Umum maklum yang makanan digoreng ini tinggi kandungan lemak yang mana dikaitkan (walaupun tidak konklusif) dengan penyakit terutamanya berkaitan jantung dan keradangan.
Maka, antara inovasi yang telah dicipta bagi memenuhi keperluan yang sama namun lebih sihat (dalam konteks menggoreng bahan masakan yang sama) adalah dengan menggunakan peralatan memasak seperti air fryer.
Gambar sekadar hiasan.
Air fryer merupakan convection oven bersaiz kecil yang direka khas untuk mendapatkan kesan menggoreng tanpa perlu menenggelamkan masakan dalam minyak mengoreng yang banyak.
Bergantung kepada selera masing-masing, masakan hanya perlu direnjis atau diselaput nipis dengan minyak untuk mendapatkan kesan gorengan yang diinginkan. Dan ini dapat mengurangkan penggunaan minyak masak sehingga 70-80%.
Bagaimana air fryer berfungsi?
Air fryer mempunyai kipas yang berfungsi mengitarkan udara panas pada kelajuan yang tinggi dalam ruang memasak yang disediakan. Udara panas yang boleh mencapai suhu setinggi 250 degree Celcius (bergantung kepada model) akan membenarkan kesan gorengan berlaku pada permukaan makanan dengan cepat dan sekata.
Suhu yang tinggi mencetuskan tindakbalas Maillard pada permukaan masakan lalu memberikan warna, bau, rasa dan tekstur masakan yang ranggup di luar dan lembab di dalam. Tindakbalas Maillard berlaku pada suhu 200 degree Celcius dalam air fryer (140-165 degree Celcius dalam proses menggoreng biasa).
Bergantung kepada kuantiti masakan dan kawalan suhu, air fryer dapat mengurangkan masa memasak sehingga 20% dibandingkan penggunaan ketuhar biasa.
Selain daripada menggoreng, air fryer juga digunakan untuk memanggang dan membakar (biskut dan kek).
Terdapat pelbagai jenama, model dan jenis air fryer yang berada di pasaran. Pemilihan adalah bergantung kepada kegunaan, saiz dan kapasiti, penggunaan elektrik, rekabentuk, kualiti, jenama dan semestinya kemampuan masing-masing. Maka, boleh pilih yang mana bersesuaian dengan tujuan penggunaan anda.
Gambar sekadar hiasan.
Antara kebaikkan air fryer adalah:
– Tanpa minyak tambahan/ sangat kurang penggunaan minyak menggoreng
– Masa memasak dapat dipendekkan
– Pelbagai guna (mini oven)
– Mudah digunakan (digital vs analog)
– Mudah dibersihkan jika dibandingkan oven
– Kurang berbau masakan
– Kurang haba panas jika dibandingkan oven biasa
– Tiada percikan minyak/ terkena minyak panas
Adakah memasak dengan air fryer adalah lebih sihat jika dibandingan dengan kaedah memasak yang lain?
Bergantung kepada jenis masakan dan bahan masakan. Sememangnya memanggang dan membakar adalah lebih sihat hasil masakannya daripada menggoreng. Dan masakan daripada bahan terproses seperti sosej, nugget, daging burger dan sebagainya juga tidak sihat jika dibandingkan dengan bahan segar seperti ayam, ikan, daging dan sebagainya. Ingat, air fryer ialah peralatan memasak. Bukannya ‘magic pan’ yang boleh mengubah komposisi masakan!
Benarkah memasak dengan air fryer boleh menghasilkan bahan kimia punca kanser?
Bergantung kepada suhu dan bahan masakan. Suhu dalam air fryer yang tinggi mampu menghasilkan bahan kimia punca kanser (kasinogen) seperti acrylamide, polycyclic aromatic hydrocarbons dan heterocyclic amines.
Namun bahan-bahan kimia ini BUKAN dihasilkan dalam air fryer saja. Mereka juga terhasil daripada proses memasak dengan kaedah menggoreng, memanggang dan membakar tradisional juga. Contoh acrylamide terhasil daripada tindakbalas komponen dalam masakan yang mengandungi gula (boleh jadi gula tambahan atau semulajadi) dan asid amino (asparagine dan glutamine).
Basuh selepas digunakan.
Sebenarnya pembentukan bahan kimia punca kanser dalam masakan tidak dapat dielakkan sepenuhnya, namun ianya boleh dikurangkan dengan MENGAWAL suhu memasak dalam air fryer.
Kajian menunjukkan semakin gelap warna masakan yang dipanggang, dibakar atau digoreng, semakin tinggi kandungan bahan kimia acrylamide. Maka, pastikan masakan sebegini masak cuma cukup-cukup saja (kekuningan) dan elakkan terlebih masak. Ulasan terperinci mengenai bahan-bahan kimia ini akan saya usahakan kemudian, InsyaAllah.
Seperti yang selalu dipesan, bersederhanalah dalam apa juga jenis makanan yang kita ambil. Neutralkan kesan risiko pelbagai jenis penyakit daripada pemakanan sebegini dengan pengambilan sayuran hijau yang kaya dengan fitokimia yang mana bersifat antioksida, antiradang, antikanser dan sebagainya.