Sering kali kita baca yang minum air detoks sangat bagus untuk membuang segala toksin di badan.
Campuran pelbagai jenis buah-buahan dan sayuran seperti pudina, epal, timun, halia, serai, dan lemon membantu membersihkan badan serta dapat meningkatkan tenaga.
Malah dikatakan juga amalan minum air detoks ini dapat membantu menurunkan berat badan secara drastik.
Namun begitu, air detoks sebenarnya tidak boleh diambil secara kerap terutamanya detoks lemon.
Laman web heathline.com memberitahu, pengambilan detoks lemon setiap hari atau berulang kali akan menyebabkan seseorang itu menerima kesan yang buruk untuk kesihatan.
Kredit: Pexeol.com
Jadi, untuk mengelakkan sesuatu buruk berlaku, anda perlu kurangkan pengambilan detoks lemon.
Ini antara kesan sampingannya yang ramai tak tahu.
Ads
1. Gigi Terhakis
Lemon adalah buah yang berasid. Oleh yang demikian, jika diambil secara kerap, asid lemon akan menghakis enamel gigi dan membuatkan gigi sangat sensitif dan mudah ngilu pada makanan sejuk dan panas.
2. Pedih Ulu Hati
Rasa masam yang melampau akan menyebabkan masalah pedih ulu hati. Bukan itu sahaja, rasa berkenaan apatah lagi diambil setiap hari akan memberi kesan kepada kesihatan perut seperti mengalami sakit perut dan berasa pedih.
3. Kerap Buang Air, Dehidrasi
Air lemon sebenarnya mempunyai vitamin C yang tinggi. Namun, pengeluaran air kencing meningkat disebabkan nutrien itu terkenal dengan sifat diuretik yang membuatkan anda kerap membuang air kecil. Pun demikian, dehidrasi akan berlaku apabila mulut mula dan kulit mula kering serta sakit kepala.
Ads
Jadi adakah badan kita sebenarnya memerlukan air detoks ini?
Jawab penyelidik makanan dan bekas jurucakap Akademi Pemakanan dan Dietetik, Joy Dubost, badan manusia tidak semestinya memerlukan air detoks.
“Cara terbaik untuk membersihkan sistem badan adalah dengan meminum banyak air dan mendapatkan serat yang mencukupi bagi memastikan sistem pencernaan anda berfungsi seperti biasa.
Ads
“Sehingga kini, tidak ada bukti saintifik bahawa air detoks dapat memberi manfaat kesihatan, malah dengan hanya meminum air lemon detoks akan membuatkan individu yang mengamalkannya akan kelesuan dan hilang tenaga kerana tidak mendapat nutrien dan kalori yang diperlukan selama beberapa hari,” beritahunya.
Jangan buang kulit oren! Tak sangka, rupanya bahan ini boleh buat kulit cantik dan makin glowing jika kita rajin sebatikan dengan beberapa bahan lain. Jom cuba!
Tahu tak kulit oren sarat dengan antioksidan dan nutrien, boleh digunakan buat masker dengan gabungkan dengan beberapa bahan lain.
Jangan Buang Kulit Oren, Buat Masker Jadikan Kulit Glowing
Kalau nak cuba, ini DIY masker yang diperbuat dari kulit oren.
1. Masker muka kunyit dan kulit oren
Bahan-bahan:
1 sudu besar serbuk kulit oren
Secubit kunyit Kasturi
1 sudu besar air mawar
Cara Membuatnya:
Campurkan serbuk kulit oren dengan kunyit kasturi di dalam mangkuk dan masukkan air mawar untuk membentuk pes halus.
Sapukan pes dan biarkan ia kering selama 10-15 minit pada muka dan leher anda.
Kemudian gosok perlahan-lahan dengan jari yang basah dalam gerakan membulat.
Pek muka menghilangkan tan degil dan menghidupkan semula warna kulit anda.
Secara semula jadi, ini adalah antibakteria dan melindungi muka daripada masalah jerawat.
2. Masker muka kulit kayu manis dan kulit oren
Bahan-bahan:
1 sudu besar pulpa oren
1 sudu besar serbuk cendana
2 titik jus lemon
2 sudu besar air mawar
Cara Membuatnya:
Campurkan pulpa oren dan serbuk cendana.
Untuk membentuk pes bertekstur halus, tambah jus lemon dan air mawar dalam adunan.
Biarkan pada muka selama 10 minit dan selepas kering, bilas.
Masker ini membantu menambah cahaya segera pada wajah dan menghilangkan minyak berlebihan.
3. Masker muka aloevera dan kulit oren
Bahan-bahan:
2 sudu besar gel aloe vera
2 sudu besar serbuk kulit oren
Setengah limau
Cara Membuatnya:
Potong sehelai daun aloevera dari pokok aloevera dan ekstrak gel dari dalam.
Pada gel aloe vera segar ini, masukkan serbuk kulit oren dan gaul rata.
Kemudian perahkan beberapa titis jus lemon ke dalam adunan sehingga membentuk konsistensi seperti pes.
Sapukan masker ke muka anda dan biarkan ia kekal di sana selama 15 minit. Bilas dengan air sejuk.
Kulit tenang dengan masker muka dan menyembuhkan kemerahan, selaran matahari dan ruam.
Ini menjadikan kulit lebih cerah dan menghilangkan bintik-bintik gelap.
Dengan kebaikan yang lebih berat daripada keburukan apa yang anda tunggu?
Manfaatkan manfaat oren untuk kulit dan tambahkannya ke rutin penjagaan kulit anda sekarang!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hampir setiap orang pasti tahu lagu mereka, DDU-DU DDU-DU dan Kill This Love. Malah ramai yang menghafal nama setiap ahli kumpulan ini iaitu Lisa, Jennie, Jisoo dan Rose.
Haa… jadi, ramai tertanya-tanya apakah rahsia kecantikan anggota paling popular Blackpink ini dalam hal penjagaan kulit wajah khususnya.
Rahsia Cantik Lisa, Setia Pakai Pelembap
Menerusi satu temu bual, ramai yang terkejut kerana rutin kecantikan Lisa tidaklah serumit yang disangka. Memandangkan dia seorang artis dan hampir setiap hari terikat dengan persembahan, ramai membayangkan dia mungkin mengamalkan lebih daripada tiga regim kecantikan untuk memastikan kulit wajah sentiasa sihat.
Menurut Lisa, dia tidak pernah hidup tanpa pelembap dan pelembut wajah, malah kedua-dua produk kecantikan itu sentiasa berada dalam tas tangannya.
“Kedua produk penjagaan kulit muka ini mampu membaiki kerosakan muka sehingga ke lapisan yang paling dalam.
“Selepas mencuci muka saya akan menggunakan pelembap dan pelembut muka setiap kali sebelum masuk tidur,” kata ahli kumpulan Blackpink yang paling muda ini.
Ceritanya lagi, rutin ini perlu dilakukan setiap hari tambahan pula memiliki kulit wajah yang agak kering.
“Bagi saya semua wanita pun cantik. Saya sendiri amat menghargai kecantikan kerana ia adalah anugerah tidak ternilai buat wanita dan kita sepatutnya menghargai setiap apa yang kita miliki,” katanya.
Betul tak puas tengok kecantikan Lisa ini, dan kita yang biasa-biasa ini sepatutnya disiplin dalam penjagaan skincare. Orang kata, tak cantik tak apa janji kulit tu sihat dan fresh!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Elak Mekap Comot Waktu Berpeluh, Ini Tipnya Kekal Cantik Walau Bawah Matahari! Istilah bercuti bukan bermeditasi di dalam hotel sebaliknya menikmati keindahan alam daerah yang dikunjungi dan mempelajari sejarah, seni dan warisan di situ.
Secara tak langsung anda perlu berada di bawah bahang panas mentari untuk menikmati panorama indah yang terbentang di depan mata.
Namun yang tak best, apabila anda mengenakan solekan, peluh boleh buat mekap comot bercapuk. Jadi tak hairan wujud wanita memilih untuk berehat di dalam hotel sahaja dan tidak mahu keluar menikmati persekitaran sebab takut mukanya gelap dan mekap cair waktu di luar. Ruginya kalau itu yang anda fikir!
Elak Mekap Comot Waktu Berpeluh
1. Ganti bedak asas dengan penyamar noda
Anda pasti risau solekan bercapuk lebih-lebih lagi akibat bereluh. Apa yang perlu anda lakukan adalah menggantikan penggunaan bedak asas kepada penyamar noda.
Penyamar noda mengandungi bahan yang lebih ringan dan juga padat. Jadi apabila disapu ke atas kulit penyamar noda ini tidak mudah terjejas akibat berpeluh. Sapukan lapisan nipis penyamar noda ini di atas kulit sebagai dasar kepada solekan.
Elakkan penggunaan bedak debu kerana bedak jenis ini bersifat mudah terjejas dan bergumpal disebabkan peluh.
2. Pilih solekan kalis air
Kadang rasa kecewa bila masuk kereta dan tengok cermin mascara telah luntur dan bawah mata terdapat lelehan hitam. Alaa… dah comot! Langkah yang paling efektik untuk menangani masalah ini adalah dengan menggunakan solekan kalis air yang tidak mudah luntur disebabkan peluh atau hujan.
3. Pilih pembayang mata jenis krim
Pemakaian pembayang mata boleh menyerlahkan penampilan terutama ketika mengabadikan kenangan dalam potret. Pembayang mata yang paling sesuai untuk digunakan ketika bercuti adalah jenis krim. pembayang mata jenis ini bukan sahaja mudah diaplikasi malah lebih mudah dimasukkan ke dalam bagasi berbanding jenis serbuk. Bukan itu sahaja pembayang mata jenis krim ini boleh menjadi boomerang ketika peluh mula keluar.
4. Elak guna alat pengering rambut
Jangan menambahkan kerosakan rambut dengan menggunakan alat pengering rambut. Jika risau rambut menjadi melepek akibat panas dan berpeluh, guna perapi rambut selepas bersyampu. Jika anda menyapu perapi rambut secara konsisten dapat menjadikan volume akar rambut meningkat.
5. Pakai topi
Langkah yang paling mudah dan sering menjadi pilihan wanita untuk melindungi diri daripada panas matahari dan peluh adalah memakai topi. Topi tu bukan sahaja berfungsi untuk melindungi wajah atau rambut malah turut berfungsi sebagai aksesori.
Eh, sekarang ada topi yang melekat pada tudung terus pun, style kan?
Owh ya, kalau boleh pilih topi yang menyerap peluh dan membenarkan peredaran udara berlaku dengan baik.
Hah, tak leceh pun kalau pakai mekap waktu bercuti, bukan? Yang penting anda tahu rahsianya. Macam mana nak cantik dengan jaga penampilan sama.