Kurma antara yang makanan sunnah yang wajib ada sebagai stok di rumah sepanjang kita berpuasa.
Manfaatnya sangat besar kerana boleh membantu memastikan seseorang itu kekal bertenaga setelah seharian menahan diri makan dan minum.
Bagi mereka yang tidak mahu makan begitu saja, boleh mencampurkan kurma dalam hidangan bijirin seperti oats ataupun membuat jus kurma dengan campuran bahan lain.
Perkongsian Dr Zubaidi Hj Ahmad memberitahu bagaimana caranya membuat jus kurma yang dicampur bersama madu. Menurutnya, jus kurma madu ini sesuai diminum sebelum mengambil makanan berat.
JUS KURMA MADU UNTUK TENAGA
Jom kita cuba jus kurma madu, untuk mendapatkan tenaga segera. Lepas minum jangan makan nasi dua pinggan nasi pula.
Sesuai dijadikan minuman sebelum solat maghrib, sebelum mengambil makanan yang lebih berat selepas solat.
Ads
Minuman ini lebih baik dari air kordial yang hanya mengandungi perasa kurma dan gula. Untuk mendapatkan nutrien yang banyak, ambil dengan serat kurma. Jangan dibuang.
Untuk mendapatkan pati kurma ada 3 cara. Pertama hanya rendamkan semalaman, cara kedua kisarkan dengan alat pengisar dan ketiga rebus.
Kemudian campurkan sedikit madu dan kacau. Kisar dengan alat pengisar jika menggunakan teknik rebus dan rendaman supaya halus. Jangan buang serat kurma.
Ads
Tuang dalam gelas
Boleh simpan dalam peti sejuk menanti waktu berbuka. Boleh dicampurkan sedikit ketulan ais atau hidangkan suam.
Semoga bermanfaat dan selamat mencuba.
Ikuti perkongsianpengalaman dan pengetahuan sepanjang lebih 25 tahun menjadi doktor Pengamal Perubatan Am di Telegram berkaitan kesihatan, pemakanan dan ubat-ubatan.
Kalau anda pakai retinol, kulit wajah memang akan nampak beza dengan hasilnya yang akan buat lebih anjal dan cerah.
Nak-nak pula jika umur anda sudah 30-an, lebih berkesan jika rajin pakai set penjagaan secara konsisten seperti yang wanita ini amalkan.
Selepas 6 Bulan Konsisten Pakai Retinol, Wanita Ini Puas Hati Dengan Hasilnya!
Menurut Puan Aina Mardieya, sudah 6 bulan dia bercinta dengan retinol dan hasil memang puas hati. Biasanya exfoliate 2-3 kali seminggu dengan lactid acid 10% untuk buang sel-sel kulit mati.
Sekarang ini tengah add on alpha arbutin dan hyaluranic acid. Biasa lah kalau umur beberapa taun lagi nak mencecah angka 40-an banyak yang nak kena jaga . Itulah lumrah perempuan.
Jenis kulit kering
Ini cara pemakaian yang diamalkan:
Siang hari: Cleanser derma 365 + hyaluranic acid to + alpha arbutin to + moisturizer rosken biru + sunscreen sun aqua pink
Malam: Cleanser + moist + retinol moist
Malam yang tak pakai retinol: Cleanser + lactid acid + moist .
Ahad dan Isnin: Retinol
Selasa: Exfoliate lactid acid
Rabu: Rest
Khamis dan Jumaat: Retinol
Sabtu: Exfoliate ladtic acid
Jadi kalau anda sedang berusaha nak cantikkan kulit dengan cara selamat, boleh cuba tip ini dan dapatkan set penjagaan kulit yang wanita ini pakai.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ada tanggapan memberitahu jika kerap mandi malam boleh menyebabkan paru-paru berair.
Adakah ianya benar dan apakah kesan bahayanya jika kerap dilakukan setiap hari.
Perkongsian Dr Zubaidi Ahmad di laman sosial Facebook penjelasan perkara ini dan penyebab utama masalah paru-paru berair.
Beliau juga turut memberitahu kebaikan mandi malam ini dapat menghilangkan stres setelah seharian bekerja.
BENARKAH KERAP MANDI PADA WAKTU MALAM BOLEH MENYEBABKAN PARU-PARU BERAIR?
Air di dalam paru paru, atau turut dikenali dengan nama efusi pleura ataupun pleural effusion merupakan satu keadaan di mana air berkumpul di antara lapisan tisu yang melapisi paru-paru dan juga rongga dada.
Kawasan di antara lapisan tisu ini dipanggil ruang ataupun rongga pleura (pleural space).
Selalunya, kawasan tersebut mengandungi sedikit cecair yang bertindak sebagai pelincir sewaktu paru-paru mengembang ketika bernafas.
Paru-paru berair merupakan keadaan yang lazim berlaku. Menurut National Cancer Institute, sebanyak 100,000 kes didiagnosis di Amerika Syarikat setiap tahun.
Walaupun ia merupakan sesuatu yang kerap berlaku, efusi pleura boleh membawa maut. Dalam sebuah kajian, 15 peratus pesakit yang dimasukkan di hospital akibat masalah ini meninggal dunia dalam masa 30 hari.
Ramai yang berkata, mandi malam boleh menyebabkan peparu jadi berair. Menurut mereka, mandi malam boleh akibatkan air masuk ke dalam paru-paru.
PUNCA SEBENAR PARU-PARU BERAIR
Cecair dalam paru-paru boleh jadi kurang protein (transudative) ataupun kaya dengan protein (exudative).
Transudantive pleural effusion disebabkan oleh cecair yang bocor masuk ke dalam ruang plural akibat daripada peningkatan tekanan di dalam salur darah.
Antara penyebab utama transudative pleural effusion ialah sakit jantung.
Selain itu, exudative effusion pula berpunca daripada saluran darah yang tersumbat ataupun mengalami inflamasi, jangkitan, kecederaan pada paru-paru ataupun tumor.
Pneumonia, tuberkulosis, limfoma dan arthritis boleh sebabkan individu mengalami exudative effusion.
Beberapa jenis ubat-ubatan juga boleh akibatkan paru-paru jadi berair.
Individu yang mempunyai kanser seperti kanser paru-paru dan kanser payudara juga mempunyai risiko yang tinggi untuk menghidap efusi pleural.
Kadang-kadang, cecair tersebut sendiri boleh menjadi malignan (kanser). Selain itu, paru-paru boleh jadi berair disebabkan oleh rawatan kanser seperti kemoterapi.
Antara faktor risiko yang boleh menyebabkan peparu berair termasuklah:
1. Merokok dan minum minuman keras.
2. Tekanan darah tinggi.
3. Pernah terdedah kepada asbestos.
Tidak ada lagi bukti yang mengaitkan mandi malam dengan peparu berair. Malah, mandi pada waktu malam terbukti boleh membuatkan anda tidur dengan lebih nyenyak.
SIMPTOM PARU-PARU BERAIR
Individu yang mengalami peparu berair mungkin akan alami simptom berikut:
1. Sesak nafas
2. Batuk kering
3. Rasa ketat pada kawasan dada
4. Tidak boleh berbaring
5. Tidak boleh bersenam
6. Kerap rasa tidak sihat
Namun, bukan semua pesakit yang mengalami peparu berair mengalami simptom yang sama seperti di atas.
Jika anda rasa tidak selesa pada kawasan dada, segeralah berjumpa doktor untuk rawatan lanjut.
BOLEH KE AIR MASUK KE DALAM PEPARU DISEBABKAN MANDI MALAM?
Setakat ini, tidak ada lagi bukti kukuh yang boleh mengaitkan mandi malam dengan paru-paru berair.
Seperti yang digariskan di dalam artikel di atas, individu yang mempunyai kanser, sakit jantung, pneumonia, ataupun tuberculosis merupakan antara yang berisiko untuk mendapat paru-paru berair.
Jika anda mempunyai masalah kesihatan berikut, anda boleh elak paru-paru berair dengan cara:
1. Jangan merokok
Merokok boleh menambah risiko anda untuk mendapat penyakit jantung, kanser dan sebagainya. Jika anda tidak mampu untuk berhenti sendiri, cuba dapatkan nasihat daripada pakar.
2. Makan makanan yang sihat
Amalkan makan makanan yang sihat dan berkhasiat. Elakkan makanan tinggi kandungan gula, garam dan berlemak.
3. Pantau kadar kolesterol dalam darah
Kadar kolesterol yang tinggi dalam darah boleh membuatkan anda menghidap pelbagai jenis penyakit termasuklah penyakit jantung dan juga kanser.
Dengan cara mengubah gaya hidup, anda boleh menurunkan kadar kolesterol dalam darah.
KESIMPULAN
Mandi pada waktu malam tidak mungkin menjadi punca paru-paru berair. Berdasarkan penjelasan di atas, sakit kanser, sakit jantung dan lain-lain merupakan punca sebenar penyakit ini.
Tidak ada masalah untuk mandi malam. Malah, mandi waktu malam amat digalakkan terutama sekali untuk menghilangkan rasa stres setelah seharian berkerja.
Ramai yang pakai bengkung sebab niat nak kurus dan mungkin juga nak sorok lelemak yang ada di sekitar tubuh badan. Barulah nampak cantik terletak!
Selalunya, pakai bengkung bila lepas bersalin dan lepas itu sambung pakai yang yang moden. Dengan harapan badan kurus dan langsing. Sampaikan sanggup berhabis duit untuk beli bengkung yang harga beratus ringgit dan ada juga beribu-ribu ringgit.
Ini pendapat daripada Dr Say tentnag pemakaian bengkung. Jangan ingat, pakai bengkung untuk kurus tapi sebenarnya nak sorok lemak yang melekat kat badan.
Pakai Bengkung Bukan Untuk Kurus Tapi Fungsinya Sorok Lemak Saja
Antara ulasan Dr Say dalam intagramnya tentang bengkung.
Memandangkan ramai bertanya mengenai ni so here goes, NAK PAKAI OKAY TAPI TAK ADA FUNCTION SEKIRANYA PAKAI DENGAN HARAPAN UNTUK KURUS.
Well Sujut dan Shushi slim sebab depa jaga pemakanan dan buat senaman maka slim lah mereka. Saya bagi contoh kalau saya post story hari2-hari, saya gi workoutdan makan sihat-sihat.
Lepas itu, saya buat SATU POST transformation dari badan bapak-bapak jadi badan adik-adik dengan topik “Fat Burner Mencairkan Badan Kebapakan Saya”. Agak-agak anda beli tak fat burner tu?
Saya gerenti 100% anda beli. Padahal story saya hari-hari dah menunjukkan kegigihan saya tapi in the end, anda ambil yang SATU POST tu je. Kita dah di train untuk cari SHORTCUT walhal yang longcut tu kita tapis buang.
Sorok Lemak Badan
“Jadi apa yang okaynya pakai bengkung ni doc?”
Okaynya hanyalah sekadar menyorok lebihan lemak pada badan anda sekiranya anda ada function nak pakai kebaya ke, dress ke ITU SAHAJA. Tapi kalau nak kerengga, nak hour glass pakai la 24 jam pun takkan nampak hasilnya.
“Dah tu macam mana doc?”
Anda tau dah jawapannya cuma macam saya cerita otak kita tapis buang dah benda tu yakni EAT HEALTHILY, EXERCISE REGULARLY & THINK POSITIVELY.
Jadi, daripada anda bazir duit beli bekung tu apa kata beli sayur-sayurandan buah-buahan segar kan lebih bagus. There is no shortcut in losing weight. Ini juga termasuk pakai bengkung lepas bersalin untuk slimming, TAK ADA FUNCTION JUGA.
Rahim memang akan mengecut dengan sendirinya dalam tempoh 6 minggu lepas bersalin maka tak payah berbelit-belit kat pagar macam mummy.
P/S : Ini tali pinggang untuk jaga lower back semasa heavy lifting, bukan untuk jadi kerengga.
Sumber: Dr Say (instagram)
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!