Buah tembikai adalah antara buah-buahan yang sering menjadi pilihan untuk dijadikan pencuci mulut.

Buahnya yang berwarna merah dan manis ini boleh dibuat penghilang dahaga kala cuaca panas.

Sama ada elok dimakan begitu saja atau dikisar menjadi jus buahan tanpa dimasukkan sebarang pemanis. Disenaraikan antara khasiat buah tembikai untuk kesihatan.

Khasiat Buah Tembikai

1. Membantu Menyihatkan Jantung

Tembikai mempunyai satu nutrisi yang dipanggil lycopene. Lycopene ini membantu melindungi sel badan dari rosak dan membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.

Ianya terbukti dengan kajian yang dilakukan Universiti Purdue. Selain itu, satu lagi kajian yang diterbitkan pihak Jurnal Hipertensi Amerika juga menunjukkan tembikai dapat membantu mengurangkan tekanan darah tinggi orang dewasa yang obesiti.

2. Sifat Anti-Radang

Lycopene juga mempunyai sifat anti-radang dan mampu bertindak sebagai anti-oksida untuk meneutralisasikan radikal bebas dalam badan.

Sifat anti-radang ini sangat membantu bagi mereka yang mempunyai masalah sakit lutut, arthritis atau penyakit-penyakit yang berpunca dari stres, merokok dan juga pencemaran.

3. Membantu Membekalkan Air Kepada Badan

Kandungan tembikai yang penuh dengan air dapat membantu badan dari kehilangan air. Selain itu juga, air tembikai juga adalah konduktor yang baik dan ini sangat bagus untuk menghalang dari berlakunya strok haba. Jadi, kalau cuaca panas terik, teruslah mencari buah tembikai untuk dimakan ya.

IKLAN

Halang Berlaku Strok Haba, Ini Manfaat Buah Tembikai Yang Ramai Tak Tahu

4. Memberikan Kebaikan Pada Kulit Dan Rambut

Vitamin A sangat penting untuk kulit anda dan tembikai mampu membekalkan nutrisi ini kepada badan anda. Vitamin A juga membantu melembapkan kulit dan rambut sekaligus menggalakan pertumbuhan sel kolagen dan elastik yang baru setiap hari.

5. Menghilangkan Sengal Dan Lenguh Pada Otot

Minum satu cawan jus tembikai sebelum melakukan aktiviti sukan atau lasak mampu mengurangkan lenguh dan sengal otot selepas aktiviti tersebut. Fakta ini dibuktikan dengan satu kajian yang diterbitkan Jurnal Agrikultur dan Sains Makanan pada tahun 2013.

Selain itu:  Tak Susah Nak Kekal Langsing Walaupun Suka Makan, Syaratnya Pandai Potong Kalori Diambil

Selain itu, satu lagi kajian telah dibuat dan menunjukkan tembikai dapat membantu meningkatkan prestasi ahli sukan yang mengamalkan tembikai sebelum menjalankan sukan tersebut.

6. Menghalang Kanser

Seperti buah-buahan dan sayur-sayuran yang lain, tembikai dikatakan dapat mengurangkan risiko kanser melalui sifat anti-oksida yang ada. Lycopene secara amnya mempunyai perkaitan yang rapat dengan pengurangan kanser prostat menurut Institut Kanser Kebangsaan Amerika.

IKLAN

7. Membantu Buah Pinggang

Setiap hari, anda terdedah dengan pelbagai jenis toksin. Sebahagiannya datang melalui pemakanan dan udara persekitaran anda. Jadi, tugas buah pinggan sangat penting bagi mengeluarkan toksin-toksin tersebut dari badan anda.

Dua nutrisi penting yang ada di dalam tembikai, iaitu potasium dan kalsium dapat membantu buah pinggang dalam proses mengeluarkan toksin dari badan. Jadi, amalkan makan tembikai setiap pagi untuk kesihatan yang lebih baik.

Fakta Nutrisi Tembikai

1 cawan buah tembikai yang telah dipotong seberat 152 gram mengandungi dan membekalkan:

– 43 kalori
– 0 gram lemak
– 2 miligram garam
– 11 gram karbohidrat
– 1 gram serat
– 17% vitamin A yang diperlukan setiap hari
– 21% vitamin C yang diperlukan setiap hari
– 2% zat besi yang perlu setiap hari &
– 1% kalsium yang diperlukan badan setiap hari

Halang Berlaku Strok Haba, Ini Manfaat Buah Tembikai Yang Ramai Tak Tahu

IKLAN

 

Artikel Berkaitan:

Edamame, ‘Snek’ Popular Dalam Sushi Jepun Sangat Sihat & Sedap, Rebus Dahulu Sebelum Makan

Mampu Cegah Migrain & Baik Untuk Mata, Khasiat Tersembunyi Bendi Yang Tinggi Kandungan Serat

Asparagus, Teksturnya Unik Tapi Banyak Khasiat. Elok Untuk Jantung & Jauhi Risiko Alzheimer

 

 

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI