Siapa sangka alahan yang dialami boleh membahayakan diri apabila terpaksa dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital  swasta.

Inilah yang dialami oleh DJ Lin apabila diserang alahan minggu lalu sehingga mengganggu pernafasan dan memerlukan bantuan alat pernafasan.

“Alahan ini kembali menyerang lebih kurang seminggu lalu. Kali ini, ia lebih parah kerana mengganggu pernafasan saya. Malah, ia bukan saja di bahagian luar badan, tapi juga dari dalam.

“Disebabkan itu, saya kini ditahan di ICU dan dipantau oleh doktor dan jururawat. Saya juga terpaksa menggunakan bantuan oksigen dan alat bantuan pernafasan,” katanya kepada Harian Metro.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by DJ LIN (@djlinsuriacinta)

Menurut Lin yang popular menerusi segmen Suria Cinta di saluran Suria FM, alahan itu menyerang secara tiba-tiba.

IKLAN

“Pada minggu lalu, ketika dalam perbincangan untuk urusan kerja, tiba-tiba kepala rasa rasa ‘melayang’ dan seperti tak stabil.

“Tengkuk saya rasa tegang, bahu rasa berat dan badan menjadi lemah. Saya kemudiannya terus ke klinik untuk menjalankan pemeriksaan kesihatan.

“Satu badan saya diserang alahan. Sekali dengan muntah-muntah, loya, kepala rasa berat, dan saya terbaring sebab rasa sangat tak sihat. Tapi, pada malam hari Isnin, saya masih gagahkan diri untuk bersiaran walaupun badan sudah terlalu lemah,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by DJ LIN (@djlinsuriacinta)

IKLAN

Menurut Lin, berat badannya mula menyusut sehingga 4.5 kilogram sejak dimasukkan ke hospital.

“Berat badan saya turun mendadak kerana saya tak ada selera nak makan. Rasa macam ada sesuatu yang menyekat di tekak saya.

“Doktor masih berusaha sedaya upaya untuk mengenal pasti punca utama sakit saya ini. Pelbagai ujian sudah dijalankan seperti ujian darah dan air kencing,” katanya yang pernah diserang situasi sama Oktober tahun lalu.

IKLAN

 

View this post on Instagram

 

A post shared by DJ LIN (@djlinsuriacinta)

Kredit Foto: Instagram DJ Lin

Artikel Berkaitan:

Sebab Alahan Makanan, 2 Hari Ramona Zamzam Alami Derita Wajah Bengkak Teruk

Mampu Cegah Migrain & Baik Untuk Mata, Khasiat Tersembunyi Bendi Yang Tinggi Kandungan Serat