Siapa kita hambanya yang boleh menidakkan kuasa Allah. Segala yang kita rancang adalah dengan kehendakNya. Begitulah juga dengan takdir yang telah tersurat.

Bagi Siti Rohayu Ibrahim, 31 tahun tidak menyangka kalau dulu suaminya Muhamad Ridhwan Mohd Zaki hanya mampu terbaring lemah dan mengalami hilang ingatan akibat kemalangan jalan raya pada 2017.

Biarpun suaminya begitu, dia sebagai isteri tetap setia dan tabah menjaga kebajikan suaminya serta anak yang masih kecil.

Malah turut mengabadikan kisah pengorbanan dalam sebuah novel bertajuk 100 Hari Catatan, Menggapai Syurga Terindah.

Menurutnya dia akan menjaga suaminya yang terlantar itu hingga ke hujung nyawa. Dan kini setelah 5 tahun peristiwa ngeri itu, suaminya kini mula beransur sihat seperti biasa.

Ternyata keajaiaban yang Allah berikan itu benar-benar memberi seribu rahmat dan kesyukuran tidak terhingga buat dirinya.

IKLAN

Menerusi platform TikTok, Siti Rohayu berkongsi beberapa video mengenai kesihatan suaminya yang dilihat mula menunjukkan perkembangan positif sejak akhir tahun lalu.

Koleksi video lain memaparkan Muhamad Ridhwan sudah boleh bertutur secara perlahan-lahan dengan bergurau senda bersama isterinya selepas beberapa tahun terlantar ‘membisu’ tanpa kata.

Malah dia juga sebagai isteri yang setia tidak pernah rasa jemu untuk mengembalikan ingatan suaminya.

IKLAN

 

@sitirohayu3035tahun……Makin digengam makin terluka, pengorbanan yang tidak dihargai oleh mereka ##fyp♬ original sound – Pijah Mohamad – MMC MASAKMASAKCEKYANA

Ternyata pengorbanan Siti Rohayu ini mendapat pujian ramai kerana dilihat tidak berputus asa dalam menjaga kebajikan suaminya yang ketika itu sakit.

Malah, rata-rata turut tumpang gembira melihat daya ingatan Muhamad Ridhwan kembali pulih serta keadaan fizikal yang sihat sekali gus bersyukur dengan kebesaran Allah SWT.

IKLAN

 

@sitirohayu303Pengubat Duka Lara🥺 Tak pernah putus asa membuat mu sihat dan bahagia❤️ ##fyp ##fypシ ##fy♬ bunyi asal – Siti Rohayu

Artikel Berkaitan:

Malu Buat Pap Smear, Tiba-Tiba Disahkan Kanser Servik. Wanita Ini Positif & Berjuang Buat Rawatan!

10 Tahun Layan Makan Pedas, Punca Wanita Ini Hampir Kena Kanser

Elyana Masih Sihat Tapi Hilang Selera Makan. Rupanya Sel Kanser Merebak Ke Rahim, Hati & Pangkal Paha!