Setiap kali seseorang yang duduk di sebelah mengalami batuk, pasti akan membuatkan kita rasa tidak selesa.

Malah mula akan menganggap itu petanda djangkiti virus Covid-19 atau wabak baharu yang lebih serius seperti Infleuanza A.

Situasi ini menyebabkan kita akan lebih berhati-hati apabila berada di luar dengan persekitaran terbuka.

Namun begitu, bukan semua yang mengalami gejala batuk-batuk adalah disebabkan virus Covid-19.

Tak Semua Batuk Petanda Covid-19. Ini 7 Jenis Batuk & Maksudnya Perlu Ambik Tahu!

Artikel Lain: Batuk 3 Minggu Tanpa Henti Pulih, Lepas Cuba Petua Remedies Cina Guna Bawang Putih

Semak 7 jenis batuk dan maksudnya agar anda dapat berhati-hati dan tidak cepat risau dengan persekitaran.

Anda tahu tak batuk ada banyak jenis dan setiap jenis batuk itu ada maksudnya serta petanda kesihatan seseorang. Tak semestinya bila batuk sahaja, anda dah dijangkiti Covid-19.

Batuk adalah tindak balas normal badan terhadap sebarang kesan daripada faktor-faktor luaran. Batuk juga tanda amaran bahawa sesuatu yang tidak kena sedang berlaku kepada kesihatan kita. Ini 7 jenis batuk & maksudnya yang anda kena tahu dan berhati-hati.

IKLAN

1. Batuk Dengan Simptom Selesema

Batuk ini merupakan simptom selesema disebabkan perubahan cuaca & disertai dengan hidung tersumbat, sakit badan atau sakit tekak.

2. Batuk Berdarah

Batuk ini mungkin datang dari paru-paru atau saluran pernafasan. Batuk berdarah, boleh menjadi tanda penyakit lain yang berbahaya seperti kanser paru-paru.

3. Batuk Basah

IKLAN

Sebab biasa batuk basah adalah bronkitis yang berlaku apabila saluran pernafasan membengkak dan menghasilkan mukus. Simptom ini biasanya berkaitan dengan virus dan boleh berlaku selepas seseorang kena selesema.

Artikel Lain: Campuran Madu & Bawang Holland, Cara Alternatif Legakan Masalah Batuk & Mudahkan Buang Kahak

4. Batuk Basah Dengan Demam

Ini kadangkala tanda radang paru-paru (pneumonia) yang termasuklah demam, menggigil, dan sesak nafas. Kahak mungkin berwarna hijau, kuning atau berdarah.

Tak Semua Batuk Petanda Covid-19. Ini 7 Jenis Batuk & Maksudnya Perlu Ambik Tahu!

IKLAN

5. Batuk Kering

Kalau selalu batuk pada waktu malam tanpa mukus dalam masa yang lama, ini adalah tanda asma. Simptom-simptom asma bagi kebanyakan orang adalah sesak dada, nafas berdehit dan sesak nafas

6. Batuk Masam

Batuk selama lebih daripada 2 bulan dengan rasa masam adalah tanda GERD (penyakit gastroesophageal reflux). Ini biasanya berlaku apabila asid perut masuk ke dalam tekak.

7. Batuk Perokok

Ini adalah tanda popular dalam COPD. Pesakit COPD mempunyai masalah dengan pernafasan disebabkan sekatan saluran pernafasan. Satu lagi simptom yang berkaitan dengan COPD adalah rasa sesak, nafas berdehit dan sesak nafas.

*Awasi tanda-tanda batuk ini dan dapatkan rawatan dengan cepat ya!

Artikel Lain: Campuran Lemon & Madu, Bukan Je Legakan Batuk. Boleh Juga Atasi Masalah Kolesterol. Ini Cara Buat Stok!

Selain itu:  Doktor Dedah Silap Cuci Luka Diabetes Boleh Hilang Kaki. Ini Punca Sebenarnya!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI