Selain pengambilan roti wholemeal, ramai juga memilih makan yogurt terutama yang rendah lemak dalam pengambilan harian untuk menjaga diet.
Dan selalunya kita akan membeli dalam kuantiti yang banyak sebagai simpanan di rumah. Namun ada kalanya terlupa untuk memakannya menyebabkan yogurt berkenaan sudah melepasi tarikh luput.
Adakah dibolehkan dan selamat untuk kita makan jika sudah melepasi tarikh luput ini. Dengarkan penjelasan Ahli Kimia, Dr Fatimah Salim berkenaan isu ini.
Bolehkah Yogurt yang melepasi Tarikh Luput (expired) dimakan?
Yogurt merupakan makanan separa pejal yang disediakan melalui fermentasi susu oleh bakteria yang baik (aka probiotik) seperti Lactobacillus delbrueckii subspecies bulgaricus dan Streptococcus thermophilus. Dengan kata lain, susu sengaja dibasikan.
Semasa proses fermentasi, bahan kimia lactose (iaitu komponen gula dalam susu) akan ditukarkan oleh bakteria kepada bahan kimia asid laktik. Peningkatan jumlah asid laktik akan membuatkan rasa yogurt menjadi masam dan teksturnya menjadi padat.
Sekiranya anda takut untuk memakan makanan yang telah melepasi tarikh luput, ketahuilah kecuali susu formula bayi, untuk kebanyakkan produk makanan lain, tarikh luput hanya bertujuan menentukan kualiti, bukan isu keselamatan produk berkenaan. Ini bermaksud makanan sebegini adalah SELAMAT untuk dimakan.
Begitulah juga yogurt. Ya, tarikh luput pada yogurt adalah untuk pengeluar menjamin kualitinya sehingga tarikh ini sahaja. Ini benar kerana yogurt yang sudah melepasi tarikh luput, akan berubah menjadi lebih masam dan teksturnya akan menjadi lebih berair disebabkan pertambahan jumlah bakteria yang beraktiviti. Inilah yang dinamakan kualitinya sudah berkurangan.
Ads
Apabila dimakan begitu saja, sesetengah sistem penghadaman tidak tahan lalu boleh menyebabkan cirit birit dan sakit perut. Namun jika dicampurkan dalam masakan, tiada masalah kerana bakteria ini akan mati dengan suhu memasak.
Namun, tidaklah bermakna yogurt itu boleh disimpan selama mungkin. Umumnya yogurt kosong (plain yogurt) yang BELUM dibuka boleh dimakan setelah sebulan daripada tarikh luput. Bagi produk yang telah dibuka terutamanya yang telah disenduk ke mulut, biasanya selamat setelah tempoh seminggu. Ini kerana yogurt telah terdedah dengan bakteria luar daripada air liur pada senduk dan udara yang akan mempercepatkan ianya rosak.
Untuk yogurt berbuah atau berperisa pula, biasanya lebih mudah rosak disebabkan pertumbuhan yis dan kulat.
Yogurt yang sudah rosak ini sebenarnya boleh ditentukan melalui deria melalui hidung, mata dan lidah kita. Selain daripada yogurt menjadi lebih masam dan berair, perubahan lain dari segi rupa, warna, bau dan rasa adalah indikasi ianya sudah tidak selamat dimakan.
Ads
Makanan yang telah dicemari bakteria luar, berkulat atau beryis boleh menyebabkan keracunan makanan. Antara gejala keracunan makana ini adalah cirit birit, sakit perut dan muntah-muntah. Sekiranya gejala berterusan, dapatkan rawatan dengan segera.
Tips untuk memanjangkan jangka hayat yogurt:
• Setelah dibeli, cepat-cepat simpan dalam peti sejuk. Suhu yang sejuk boleh memperlahankan aktiviti bakteria sedia ada dalam yogurt.
• Tidak perlu membuka bungkusan yogurt selagi belum dimakan atau digunakan.
• Sekiranya anda menyenduk yogurt, pastikan senduk adalah bersih termasuklah tidak terdedah dengan air liur. Ini boleh mengelakkan kontaminasi bakteria luar daripada udara dan air liur.
Ads
• Dan pastikan tutup rapat yogurt bagi mengelakkan cemaran silang dari peti sejuk dan udara disebabkan aktiviti kerap membuka peti sejuk.
• Untuk simpanan yang lebih lama, bekukan yogurt dalam peti sejuk beku. Suhu beku akan merencatkan aktiviti bakteria dalam yogurt. Cuma mungkin teksturnya sedikit berubah apabila dinyahbeku kelak.
Kesimpulannya, yogurt yang sudah melepasi tarikh luput masih lagi boleh dan selamat dimakan. Cuma pastikan rupa, warna, bau dan rasa yogurt masih berkeadaan elok.
Setiap dari kita pasti sukakan keju, lagi-lagi jika taburannya melimpah keluar. Sangat nikmat dapat merasai limpahan keju meleleh ini lagi-lagi jika dimakan bersama kepingan daging burger.
Namun tahukah kita bahaya yang menanti pada kesihatan terutama jika dimakan berlebihan.
Inilah yang menjadi kegilaan rakyat Malaysia kini yang mana semua makanan hendak diletakkan dengan keju melimpah ini.
Kegilaan rakyat Malaysia kepada cecair keju ini bermula dari menu KFC cheesy wedges yang telah di perkenal sekian lama.
Setelah ramuan cecair keju ini ditemui, ia bagaikan satu bahan tambahan wajib untuk pengusaha makanan meningkatkan “value” produk makanan mereka.
Sebagai contoh, Roti nan sepatutnya merupakan antara makanan yang sihat..
Oleh kerana mengikut trend semasa, segala makanan akan di siram dengan cecair keju yang tinggi lemak, garam dan gula ini! Persoalannya adakah cecair keju ini benar benar mengandungi keju?
Senarai kandungan bahan bahan yang di gunakan untuk menghasilkan cecair keju ini terbukti ia sebenarnya merupakan bahan proses yang terdiri dari pelbagai bahan perasa, garam, gula dan MALTODEXTRIN.
Bahan tambahan yang banyak di gunakan ini merupakan bahan makanan proses yang berfungsi sebagai “pemekat” dan menambah jumlah makanan proses.
Apa yang membimbangkan, bahan ini mengandungi glycemic index yang cukup tinggi. Maknanya, selepas anda makan bahan ini, paras gula dalam darah akan meningkat dengan mendadak.
Makanan seperti ini ternyata TIDAK sesuai untuk pesakit kencing manis. Bagi individu yang sihat, pengambilan makanan ini meningkatkan risiko kencing manis di masa hadapan.
Lihatlah anak anak kita yang begitu menggemar cecair keju ini, badannya gemuk dan obese. Anak anak obese ini tidak cergas, cepat lesu dan tidak aktif. Perkembangan minda mereka juga turut terganggan
Ibu bapa dan pengusahan produk makanan sekalian,
Elakkan mengguna produk cecair keju ini secara keterlaluan. Lihatlah gambar gambar menu keju banjir ini.
Adakah anda merasakan ia satu menu yang sihat untuk dimakan? Pilihan di tangan anda.
Pernah atau tidak anda diserang rasa sakit kepala berdenyut-denyut hingga menyebabkan segala urusan terganggu.
Sakit kepada yang selalunya menyerang di bahagian kiri ini boleh berterusan hingga dua hari atau lebih bergantung pada tahap kesakitan.
Dalam satu perkongsian di laman sosial twitter Dr Samhan memberitahu perkara ini adalah disebabkan masalah migrain. Beliau turut menjelaskan punca dan cara untuk mengatasinya.
Masalah ini lebih kerap berlaku kepada golongan wanita berbanding lelaki dengan nisbah perbandingan adalah 3:1 serta mempunyai hubung kait yang kuat dengan genetik.
BAGAIMANA MIGRAIN BOLEH TERJADI?
Ia berlaku apabila saraf otak menghasilkan cetusan maklumat yang tidak terkawal sehingga mana ia menggangu pembesaran dan pengecutan saluran darah.
Ia bermula dengan salur darah otak yg mengecil menyebabkan kawasan tersebut kekurangan oksigen
Kemudian ia menyebabkan saluran darah tersebut mengembang semula dengan lebih besar.
Perkara ini akan mengaktifkan reseptor sakit di bahagian tersebut sebab kurangnya darah pergi ke bahagian tersebut. Inilah yang menyebabkan sakit kepala.
APAKAH FAKTOR PENYEBAB MIGRAIN?
– Persekitaran: bunyi bising dan cahaya terang. – Tabiat merokok – Sesetengah jenis makanan: coklat, keju, kopi,teh dan alkohol – Pengambilan ubatan: pil perancang kehamilan, ubat tidur dan pil hormon. – Tidak cukup tidur – Perubahan hormon ketika haid – Psikologi: Tekanan, kemurungan,cemas dan marah
Mengikut garis panduan yang dibuat oleh ‘International Headache Society’, pesakit pernah mengalami 5 kali serangan sakit kepala sebelum ini dan ianya bertahan selama 4-72 jam.
Dan sakit kepala tersebut juga perlu mempunyai 2 daripada simptom tersebut iaitu: – Sakit kepala sebelah sahaja – Rasa berdenyut – Sakit kepala sederhana sehingga teruk – Menganggu pesakit dari membuat aktiviti harian
APA RAWATAN MIGRAIN?
– Ubat tahan sakit seperti nSAIDS(sebagai contoh mefenemic acid, diclofenac dan naproxen) – Ubat untuk migrain : Triptans dan ergot alkaloids(Sebagai contoh Caffox ,Sumatriptan, Rizatriptan) – Ubat Tahan muntah:Maxolon, Chlorperazine dan promethazine
3 jenis ubat untuk mengurangkan serangan migrain adalah seperti: – Anti-epileptics: Ubat ini selalunya digunakan untuk merawat orang yang sawan. – Anti-depressant: Ubat ini selalunya digunakan untuk merawat orang yang mempunyai tekanan perasaan. – Anti-hypertensive: Ubat yang selalu digunakan untuk merawat orang yang mempunyai tekanan darah tinggi.
Ini Antara Petua Dicadang Elak Migrain
Bantu saya untuk #share info ini sebab masih ramai yang belum tahu tentang migrain.