Bagi mereka yang sudah pernah dijangkiti Covid-19 dinasihatkan untuk terus menggantikan berus gigi dengan yang baru kerana ia dapat mencegah jangkitan berulang wabak berkenaan.

Perkara ini diberitahu oleh Pakar Pergigian Dr Pravesh Mehra menjelaskan ia bukan sahaja dapat melindungi bekas pesakit tetapi orang di sekeliling mereka apatah lagi sekiranya berkongsi bilik air.

Menurut Dr Pravesh juga, berus gigi yang digunakan ketika dijangkiti virus ini mempunyai bakteria yang melekat padanya.

“Sebaik-baiknya pesakit Covid-19 menggantikan berus gigi dan pembersih lidah selepas 20 hari gejala pertama muncul,” katanya.

Tidak hanya bagi pesakit Covid-19, Dr Pravesh memberitahu mereka yang mengalami demam, selesema dan batuk juga sebaik-baiknya menggantikan berus gigi selepas pulih daripada penyakit tersebut.

Tambahnya lagi, Covid-19 secara asasnya tersebar melalui droplet ketika pesakit batuk, bersin, bercakap, ketawa dan sebagainya ketika tidak menggunakan pelitup muka.

Covid-19 juga boleh menular menerusi berus gigi dan pembersih lidah kerana dua barang itu berkemungkinan tercemar dengan virus itu apatah lagi ia dibiarkan dalam keadaan terbuka di dalam bilik air.

IKLAN

Atas sebab itu, apabila pesakit sembuh, dibimbangi ia boleh menyebabkan pengulangan jangkitan atau menyebarkan kepada orang lain.

Bagi pesakit baru sembuh, ini yang pelu dilakukan ketika memberus gigi

1. Jangan berkongsi berus gigi kerana ia boleh menjadi medium penularan pelbagai penyakit termasuk Covid-19.

2. Cuci tangan sebelum menggosok gigi kerana virus boleh ditularkan ketika tangan yang mungkin mempunyai virus menyentuh bahagian mulut.

IKLAN

3. Bersihkan berus gigi selepas digunakan atau sebaik-baiknya bilas menggunakan air suam.

4. Pastikan bahagian kepala berus gigi tidak bersentuhan dengan berus gigi yang lain.

5. Sentiasa mencuci bekas tempat menyimpan berus gigi anda menggunakan sabun.

IKLAN

6. Jauhkan berus gigi daripada tandas bagi mengurangkan penularan virus aerosol.

Sumber: Mstar

Artikel Berkaitan:

Gosok Gigi Sebelum Atau Selepas Sarapan Pagi? Ini Yang Patut Kita Tahu!

“Ketulan Putih & Berbau Busuk Dalam Mulut” – Doktor Gigi Ini Jelaskan Punca Sebenar Tonsil Stones

Gigit & Jilat Punca Bibir Jadi Kering. Ini Tip & Produk Atasinya Elak Menggelupas Teruk!