Kita sangat digalakkan untuk bersikap jujur apabila mahu bertemu doktor agar tidak berlaku sebarang masalah.

Misalnya perkongsian seorang Doktor Gigi, Dr Azila Mohd Kasim yang berdepan pengalaman seorang pesakit tidak memberitahu sejarah kesihatannya ketika datang membuat rawatan.

Pesakit yang mahu mencabut gigi tidak memberitahu mempunyai penyakit berjangkit menyebabkan dia mengalami pendarahan tanpa henti.

Pesakit Datang Rawat Gigi Penuh Berdarah, Doktor Dedah Rupanya Sembunyi Masalah Kesihatan
Gambar sekadar hiasan.

Ayuh, ikuti perkongsiannya

Datang ke klinik dengan tuala penuh berdarah, lepas cabut gigi

Setelah selesai sesi staff mengemas klinik di pagi hari. Tiba – tiba datang sepasang suami isteri. Si isteri menekup mulut dengan tuala, penuh berdarah sampai kena pada tudung dan bajunya.

Staff : Encik, kenapa dengan isteri encik?

Suami pesakit : Semalam pergi cabut gigi di klinik X tapi daripada malam tadi darah tak berhenti.

Staff : Boleh beri kad pengenalan isteri encik? Isteri encik ada masalah kesihatan? Contoh asma, darah tinggi, kencing manis, jantung, penyakit berjangkit  atau apa – apa yang saya tak sebutkan?

Suami pesakit : Tiada, dia sihat saja..

Staff : Ok..tunggu sekejap. Saya panggil doktor.

Staff terus memanggilku dan menceritakan keadaan pesakit penuh berdarah itu. Aku bergegas ke bilik surgeri dan memanggil pesakit.

—————————————————————————–

Aku terus memeriksa pesakit, membersihkan dan mengawal hentikan  pendarahan. Selepas darah berjaya berhenti, aku mula bertanya.

Doktor : Cabut gigi di mana? Ada tak mereka beri arahan selepas cabutan?

Suami pesakit : Di klinik X, doktor mereka ada beritahu arahan selepas cabutan.

IKLAN

Doktor : Puan ada berkumur atau meludah ke?

Pesakit : Ya doktor. Sebab saya tak selesa. Rasa berdarah.

Doktor : Puan ada usik-usik seperti cungkil bekas cabutan gigi ke?

Pesakit : Ada doktor..

Doktor : Sepatutnya puan tak boleh berkumur atau meludah. Apalagi cungkil tempat lepas cabut gigi. Puan ada masalah kesihatan ke?

Pesakit : Tak ada doktor.

Pesakit Datang Rawat Gigi Penuh Berdarah, Doktor Dedah Rupanya Sembunyi Masalah Kesihatan

—————————————————————————-

Selain itu:  Wanita Kongsi Pengalaman Hampir Hilang Suami, Lepas 41 Hari Terlantar Di ICU Positif Covid-19 Stage 5

Rupanya setelah ditanya ada masalah kesihatan sebelum melakukan rawatan cabut gigi

Aku masih tidak puashati, lalu aku gasak lagi dengan soalan.

Doktor : Betul ni puan tak ada masalah kesihatan? Tapi, kenapa berdarah teruk sangat ni?

IKLAN

Pesakit : Sebenarnya doktor..saya carrier hepatitis B.

Doktor : Kenapa tak bagitahu? Dekat depan staff saya dah tanya, puan kata tak ada. Tak adil la bagi kami kalau puan tidak bagitahu. (suara ku agak tinggi)

Pesakit : Maaf doktor.

Doktor : Doktor yang cabut gigi awak tu tahu tak yang awak ada hepatitis B?

Pesakit : Tak tahu.

Doktor : Puan tak adil. Kesian pada mereka.

Lalu aku menerangkan kesan jangkitan penyakit nya pada perawat klinik gigi.

Setelah darah sudah berjaya di kawal, aku meminta pesakit tunggu di luar.

Jika tuan dan puan ada masalah kesihatan yang boleh berjangkit, tolong beritahu pihak klinik. Jangan aniaya orang yang bekerja di klinik.

———————————————————————-

IKLAN
Pesakit Datang Rawat Gigi Penuh Berdarah, Doktor Dedah Rupanya Sembunyi Masalah Kesihatan
Gambar sekadar hiasan.

Kena beritahu doktor jika adalah masalah kesihatan, jangan sembunyikan kerana boleh bahayakan petugas kesihatan dan diri sendiri

Sesetengah pesakit akan menyembunyikan sakit yang dihidapi kerana takutkan stigma, atau juga kerana bimbang doktor akan mengelak untuk merawat sekiranya doktor tahu mereka menghidap penyakit berjangkit. Jangan risau.

Tugas doktor memang untuk merawat anda. Cuma, sekiranya kita tahu anda ada penyakit berjangkit, sekurang-kurangnya kita mengambil langkah lebih berjaga-jaga dalam kawalan infeksi.

Jadi, jangan sekali-kali berbohong atau menyembunyikan riwayat kesihatan anda. Anda mungkin membahayakan diri anda sendiri dan petugas kesihatan yang merawat anda, juga orang lain. Beritahu riwayat kesihatan SEBELUM sebarang rawatan, BUKANNYA Semasa dan Selepas.

Selain untuk doktor dan anda, doktor gigi juga mungkin perlu melakukan langkah-langkah untuk mencegah atau mengurangkan risiko jangkitan kepada pesakit-pesakit lain.

Contohnya letak temujanji sebagai pesakit terakhir untuk hari itu, atau rawatan dibuat di bilik khusus (jarang berlaku). Ini semua untuk kawalan infeksi sahaja. Selain itu, rawatan dan layanan terhadap penghidap penyakit berjangkit sama saja seperti pesakit lain. Cuma, maklumkanlah.

Ya. Kita ada kawalan infeksi untuk semua pesakit. Tapi sekiranya kita tahu anda menghidap penyakit berjangkit tertentu, maka langkah lebih berjaga-jaga akan diambil.

Kita bukan mahu mendiskriminasi anda setelah mengetahui penyakit yang anda hidapi.

Begitu lah, Semoga bermanfaat.

Azila Mohd Kasim

Klinik Pergigian Azila Bangi

Artikel Lain:

Selain itu:  Pegawai Farmasi Jelaskan Jenis Panadol Paling Popular, Kena Tahu Fungsi & Kegunaan. Elak Salah Makan!

Hilangkan Sakit Gigi Guna Bawang Putih & Garam. Petua Simple, Tapi Berkesan!

Tertelan Jarum Peniti Gara-Gara Nak Bersihkan Gigi. Doktor Pesan Elak Juga Kepit Di Mulut!

Bahaya Rupanya Letak Esen Vanila Bila Sakit Gigi, Doktor Ini Dedah Akibatnya

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI