Nampaknya kes membabitkan jangkitan Penyakit Tangan, Kaki & Mulut atau HFMD dilihat makin membimbangkan lebih-lebih lagi selepas pulang beraya baru-baru ini.
Situasi ini menyebabkan penularan jangkitan menjadi lebih cepat dan terdedah pada kanak-kanak kecil ini.
Walaupun begitu, bagi ibu bapa yang berdepan masalah ini tidak perlu terlalu risau da cemas.
Untuk mengelak boleh lakukan pembersihan dengan kerap mencuci tangan di samping sentiasa memantau tahap demam anak setiap masa.
Dalam pada itu juga, sebagai ibu ayah kita kita juga boleh memantau mereka dari segi pemakanan seperti yang dikongsi oleh Pakar Dietetik, Pn Fizah Sobri ini.
Ads
MUSIM HFMD
Siapa yang kata mama tak jaga memang rasa nak cili je Sejak kes mommy nampak mommy lain bawa anak yang ada chicken pox jalan jalan ke tesco dalam handbag mama ni tak pernah tak ada hand sanitizer and antibacterial wipes
Takpe biar mulut mereka sedekah pahala dekat mommy, ni tujuan post nak bantu mama lain yang mengalami senasib dengan mama macam mana nak kekalkan anak mama yang kena HFMD ini makan dengan elok walaupun banyak ulser
1. Sediakan minuman berkotak – Untuk ammar start je diagnosis mama dah siap singgah kedai beli macam macam air kotak yang tinngi zat dan kalori (contoh susu plain,susu soya,susu cokelat,vitagen, fruit juice) Ni untuk bagi ammar senang nak minum air * perlu pastikan anak minum air yang secukupnya agar tidak mengalami dehidrasi
Ads
2. Standby makanan yang lembut – Makanan seperti kek, bun, kuih (lapis,kek cokelat kukus, kek pisang, apam) sentiasa ada nak gantikan snek yang biasa ammar makan
3. Sediakan makanan yang memerlukan kurang tenaga atau kerja mengunyah – Mama banyak masa dari kumpulan noodles (meehoon goreng,mee soup, spaghetti) senang ammar nak makan dan tak banyak mengunyah macam nasi
4. Guna straw – Bagi anak yang minum susu botol, agak sukar sebab sakit sewaktu minum susu botol tersebut, lagi lagi jika ada ulser dalam mulut. – boleh tukar kepada straw sebab cara minum guna straw tak begitu sakit banding dengan minum botol
5. Lebihkan makanan/minuman yang sejuk – Buah lembut yang sejuk – Susu/yoghurt drink/ jus buah/ susu ibu jadi macam ice cream malaysia – Pudding/jelly/dadih/agar agar – Lebih elok makanan yang licin (meehoon/mee/pasta/kuehteow) bukan halus (bubur/oat) sebenarnya sebab makanan halus boleh lekat dekat ‘mata’ ulser
6. TENDER LOVING CARE (TLC) – Gunakan cuti kuarantin yang ada untuk bagi sepenuh perhatian dekat si kecil yang sakit – banyak hug, banyak main, dan banyak bergurau agar si manja tak ingat kesakitan yang dia ada
Untuk mommies lain di luar sana yang anak sedang atau pernah mengalami HFMD Harap tips tersebut boleh membantu Sekian #dietitianfizah #hfmd #anaksakit Mommy AH kuasa 2
Sebelum pakai apa-apa produk pun, anda kena buang kulit mati terkumpul di muka dulu. Barulah berkesan pakai pelembap dan serum di wajah.
Nak tahu macam mana nak buang sel kulit mati? Haaa… salah satunya skrub!
Cara Buang Kulit Mati Terkumpul Di Muka, Barulah Nampak Cerah
Menurut ciapan daripada @sitijamil92, biasakan pakai masker dan exfoliate adalah antara cara yang dia amalkan.
Saya ada tanya MUA tips untuk nampak makeup cantik. Tips dia setahun awal dah mula scrub + exfoliate + pakai masker muka. Supaya kulit mati atau kotoran tidak terkumpul dekat muka yang buatkan kulit kusam dan kulit bermasalah.
Scrub muka dapat buang kulit mati yang menyebabkan produk wajah yang disapu tidak dapat meresap ke dalam kulit dengan sempurna dan juga menyebabkan kulit kelihatan kusam dan gelap. Ia juga boleh membantu mengelakkan liang pori daripada tersumbat yang akan menyebabkan jerawat.
Sebab itu kadang kala kita pakai pelbagai skincare bagus tetapi tidak berkesan sebab kita lupa untuk step yang penting iaitu betul-betul bersihkan kulit muka.
Tetapi AWAS‼️ jangan scrub berlebihan. Tetapi cukup 1 / 2 kali seminggu sahaja. Scrub berlebihan akan merosakkan kulit.
Lepas scrub, saya wajib pakai masker muka sebab masa ini kulit kita bersih dan mudah untuk menyerap vitamin yang ada dalam mask. Sebab ini kulit kita semakin bersih.
Saya akan pakai rubber mask ini. Fungsi dia untuk mencerahkan, merawat kulit dan glowing kan kulit.
Tambahan kita yang bekerja kadang kala wajah kelihatan lesu dan kulit kelihatan kusam. Rubber mask ini dapat menyerikan kembali wajah sebab bahan dia ada yang boleh Rose and Licorice Extract.
Apabila amalkan scrub dan pakai rubber mask ini kulit sangat bersih dan berseri. Insha Allah semua perempuan yang rajin amalkan, nanti akan nampak cantik berseri semula jadi.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Berada dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tidak memberikan alasan untuk seseorang itu malas melakukan aktiviti senaman atau riadah yang mudah.
Dan salah satu yang sering dilakukan adalah seperti aktiviti menaiki basikal, brisk walk ataupun joging di kawasan berhampiran.
Namun begitu bagi yang mengamalkan aktiviti larian diinasihatkan agar tidak melakukan sesuatu kesalahan yang boleh mendatangkan kecederaan.
Ini antara perkara perlu dielakkan tidak kira anda berlari untuk tempoh 30 minit atau satu jam.
Elak Kecederaan Waktu Jogging
1. Lari Terlalu Banyak
Pertama sekali usahlah terlalu obses ingin mencapai sasaran jarak yang kadangkala tak masuk akal. Berlari merupakan aktiviti berimpak tinggi dan boleh menyebabkan badan menjadi penat dan kejang otot.
Tidak salah untuk berlari dalam jarak yang jauh cuma perlu dilakukan dalam jadual yang sesuai dengan ketahanan diri. Jarakkan larian jarak jauh diselang-selikan dengan larian recovery. Bina ketahanan diri sedikit demi sedikit agar badan anda lebih bersedia untuk berdepan cabaran larian jarak jauh.
Kredit” Pexel.com
2. Obses Dengan Kelajuan
Bila sudah lama aktif berlari setiap orang pasti ingin meningkatkan kualiti larian. Dan ia tidak lain tidak bukan dengan memperbaiki kadar pace larian dengan lebih baik.
Penggunaan peranti GPS dan jam pintar kini membuatkan semakin ramai yang obses dengan pace. Apatah lagi bila dikongsi ke laman media sosial. Kelajuan itu akan datang secara semula jadi dan tidak perlu dipaksa hingga boleh datangkan kecederaan.
3. Berlatih Dengan Terlalu Keras
Sehari selepas melakukan ,larian jarak jauh anda perlu masa untuk recover. Lakukan larian recovery pada jarak sederhana atau singkat bagi memberikan masa badan untuk pulih. Semakin jauh jarak larian semakin lama jugalah tempoh recovery.
Ingat, jangan paksa diri untuk melakukan larian jarak jauh dalam selang masa yang dekat.
4. Alami Kejang Otot Untuk Larian
Pencapaian hebat tidak akan dapat dalam sekelip mata. Memaksa diri untuk mencapai sasaran tak realistik hanya merugikan anda sahaja. Sebagai contoh jika anda seorang beginner dan ingin menyertai maraton dengan berlatih dalam masa 6 minggu sahaja, ia hanya mengundang masalah.
Persedian yang baik perlu dilakukan tanpa memaksa diri dan bagi mengelakkan berlakunya kekejangan otot dan kecederaan serius. Jika anda beginner berikan tempoh selama beberapa bulan sebelum menyahut cabaran menyertai maraton.
Kredit: Pexel.com
5. Masuk Salah Program
Setiap orang mempunyai kemampuan fizikal tersendiri. Tidak salah untuk menyertai mana-mana program larian atau latihan asalkan ia tidak membebankan fizikal anda.
Usah terlalu terikut-ikut dengan trend larian berkumpulan yang mungkin tidak sesuai dengan anda. Hasilkan rutin larian yang selesa dan tidak membebankan. Dapatkan nasihat daripada sesonal runner yang mempunyai pengalaman.
Sesekali masak menu Hari Raya, anda kena ambil tahu macam mana nak simpan rendang tahan lama sampai 3 bulan. Sebab kalau salah gaya, boleh buat anda sakit perut!
Isyh, nak masak rendang memang lah tak susah sangat tetapi kenapa nak membazir. Sayang kalau nak buang dan dibiar cepat rosak. Haaa… jangan risau, Public Health Malaysia ada kongsikan cara simpan rendang. Boleh lah anda makan berulang kali sekali masak.
Simpan Rendang Tahan lama, Cara Ini Boleh Makan Sampai 3 Bulan
Masak sehingga kering untuk menyingkirkan air. Kelembapan adalah punca utama pertumbuhan bakteria.
Selepas masak sehingga kering, masukkan di dalam bekas-bekas kecil dan masuk ke dalam peti sejuk.
Hidang dalam kuantiti sedikit. Jangan hidang dalam bekas besar dan ceduk daripada bekas tersebut.
Makanan selamat jika disimpan dalam suhu bilik maksimum selama 4 jam. Selepas dari tempoh itu, bakteria dalam makanan akan menjadi aktif.
Panaskan dalam kuali dengan api perlahan dan pastikan pemanasan sekata. Jika disimpan dalam peti sejuk beku, nyahbekukan dalam ketuhar gelombang mikro atau suhu bilik sebelum dihangatkan.
Pemanasan semula perlu dilakukan dalam masa dua jam selepas makanan dikeluarkan dari peti sejuk beku.
Simpan dalam peti sejuk boleh tahan selama 3 hari. Simpan dalam peti beku boleh tahan selama 3 bulan.
Tip di atas bukan sahaja untuk elakkan daripada rendang cepat rosak tetapi untuk mencegah keracunan makanan juga.
Semoga bermanfaat!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!