Tular sebagai apabila seorang lelaki yang hampir kehilangan nyawa apabila mengalami keracunan disebabkan penggunaan cecair peluntur.

Dia yang menggunakan cecair peluntur yang dicampur dengan pencuci lain untuk membersihkan bilik air rebah tidak sedarkan diri.

Perkara ini dikongsi sendiri oleh isterinya d laman sosial facebook, Hana Mashitah.

Menurutnya dia hampir kehilangan suaminya gara-gara cecair peluntur yang digunakan.

Muntah, Tak Boleh Bernafas & Mulut Berbuih. Lelaki Rebah Gara-Gara Guna Campuran Peluntur Cucian!
Gambar sekadar hiasan.

Artikel Lain: Buat Kita Berhalusinasi, Cirit-Birit & Muntah. Doktor Ini Beritahu Kesannya Jika Salah Pilih Cendawan!

“Semalam saya dan anak-anak hampir kehilangannya. Tahu apa dia buat? Dia buka cecair peluntur dan sustain yang beli kat kedai RM2.20 dan simbah untuk mencuci tandas. Kejadian itu berlaku dalam keadaan pintu tandas tertutup,” katanya.

Tidak lama kemudian, Hana mendengar suaminya batuk kuat seperti ada yang tidak kena. Rupanya lelaki itu keracunan akibat gabungan dua bahan pencuci tersebut!

Dengar dia batuk tidak berhenti , muntah-muntah dan datang bahagian depan rumah dalam keadaan wajah pucat dan tidak boleh bernafas.

“Suami terbaring di depan dan dia senyap! Saya ingatkan dia tidur rupanya dia keracunan dan mulut berbuih teruk,” cerita Hana.

IKLAN

Tambah Hana, ketika itu racun bahan pencuci itu berkemungkinan memenuhi bahagian dalam dada suaminya menyebabkan lelaki itu tidak sedarkan diri.

“Anak-anak menjerit panggil Papa. Dalam masa 15 minit dipanggil barulah dia sedar. Kemudian saya minta kawan belikan air kelapa untuk diberi minum supaya ia (racun) release.

“Baru nampak merah balik muka dan boleh bernafas normal. Tetapi bahagian dada suami masih sakit,” katanya.

Artikel Lain: Masuk Hospital Lepas Makan Puding Buih. Doktor Jelaskan Penyediaan Bahan Mentah Tak Sempurna!

Hana berkongsi kejadian itu bertujuan agar ia menjadi pengajaran kepada orang lain.

IKLAN
Selain itu:  Hidung Berair & Tersumbat, Gejala Radang Sinus. Ini Cara Atasinya Elak Jadi Lebih Mudharat!

“Tak sanggup rasanya untuk hadap lagi kehilangan. Anak jugak risaukan bapa mereka. Saya rasa seolah putus nyawa sebentar.

“ALLAh panjangkan lagi umur suami, Alhamdulillah. Korang jangan cuba-cuba buat kat rumah macam itu ya, bahaya,” titip Hana sebagai peringatan.

Muntah, Tak Boleh Bernafas & Mulut Berbuih. Lelaki Rebah Gara-Gara Guna Campuran Peluntur Cucian!

Dalam pada itu, di laman sosial Public Health Malaysia berkongsi kesan mencampurkan bahan peluntur dengan agen pencuci yang mengandungi bahan kimia lain :

Berikut adalah kesan jika mencampurkan bahan peluntur dengan cecair pencuci lain.

IKLAN

-Cacair Peluntur + Ammonia = Gas Kloramin
Terhidu gas kloramin boleh menyebabkan batuk, sesak nafas dan radang paru-paru.

-Cecair Peluntur+ Cuka = Gas Klorin
Pendedahan kepada gas klorin menyebabkan sakit dada, muntah dan kematian.

-Cecair Peluntur + Alkohol = Gas kloroform
Bernafas dalam kloroform boleh menyebabkan keletihan, pening dan pengsan.

Diharapkan kita berhati-hati menggunakan bahan pencuci khususnya ceair peluntur. Elakkan daripada mencampurkan ia dengan bahan pencuci lain ketikan digunakan.

Selain itu, hindari daripada mengamalkan tips pembersihan daripada sumber yang tidak sahih dan membaca label pada bahan pencuci untuk cara penggunaan yang terbaik.

Pastikan bahan pencuci dan peluntur diletakkan jauh daripada capaian kanak-kanak bagi mengelakkan kemalangan yang tidak diingini di rumah.

Muntah, Tak Boleh Bernafas & Mulut Berbuih. Lelaki Rebah Gara-Gara Guna Campuran Peluntur Cucian!

Artikel Lain: Jangan Guna Bekas Makanan Jenis Styrofoam Di Rumah. Doktor Ini Terang Kesan Bahayanya!

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI