
Baru-baru ini tular tentang kesan minum kolagen yang didakwa mampu mengaktifkan sel kanser sedia ada yang terdapat dalam badan seseorang.
Dakwaan tersebut dibuat oleh seorang wanita pengguna TikTok @adzrinadzhar yang memuat naik video menceritakan tentang dirinya yang didiagnosis dengan penyakit kanser ovari setelah sebulan sakit disebabkan pengambilan suplemen kolagen untuk memutihkan kulit.
Menurut akhbar Kosmo!, sehingga kini video tersebut telah berjaya meraih tontonan sebanyak 1.1 juta kali, mendapat 58,400 tanda suka dan dikongsi semula sebanyak 7,967 kali.
Agak menggangu fikiran bagi yang memang setia dengan pengambilan kolagen, ini pengakuan yang dibuat oleh wanita tersebut.
“Saya minum kolagen putihkan kulit, tetapi tidak mahu sebut jenama apa. Kolagen itu yang mengaktifkan kanser saya. Badan kita tidak memerlukan kolagen tambahan yang berjuta-juta pun sebenarnya.”
Akibat Ambil Kolagen
Apa yang lebih mengejutkan, di ruangan komen, ramai yang turut berkongsi pengalaman yang sama seperti wanita tersebut gara-gara pengambilan kolagen.
“Saya pernah ambil kolagen dan setelah dua bulan, fibroid yang ada pada tiroid saya membesar. Lepas saya stop, kembali susut. Masih ada, cuma tak besar,” komen seorang wanita.
Komen lain yang menakutkan, ada yang sampai disahkan kena cyst.
“Saya kena ‘ovarian cyst’ dan pecah lepas sebulan lebih minum produk pemutih kulit yang ada kolagen. Nasib baik dapat diselamatkan, jadi sebagai langkah berjaga-jaga elakkan ambil suplemen yang mengandungi kolagen,” jelas seorang lagi wanita di ruangan komen.
Sehingga kini video tersebut masih dikongsikan oleh orang ramai dan menjadi tanda tanya bagi pihak yang suka mengamalkan minuman kolagen dalam gaya hidupnya.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Zizi Kirana Pilih Petua Tradisional, Minum Jus Kunyit Untuk Kekal Cantik Usia 40-an!

Mendengar suaranya yang serak-serak basah, terus terbayang seraut wajah jelita milik empunya diri, Zizi Kirana.
Zizi Kirana atau nama sebenarnya Nur Fazelah Mad Tahil ini bertuah dianugerahkan seraut wajah yang tidak bermasalah dan sangat mulus kala usia mencecah 40-an.
Zizi Kirana Pilih Petua Tradisional, Minum Jus Kunyit Untuk Kekal Cantik Usia 40-an!
Menurut pelantun lagu Eh? ini, bagi Zizi kecantikan membawa pengertian yang berbeza bagi setiap orang.
Dari sudut pandangan penyanyi itu, ia semuanya bermula dari dalam diri, ditambah dengan diet pemakanan sihat dan merajinkan diri melakukan senaman.
Rupanya sekitar tahun 2018, Zizi pernah mengisytiharkan dirinya ‘bermusuh’ dengan nasi, namun kini segalanya sudah berubah.
Kata penyanyi dari Sabah ini berkata dia kini banyak mempraktikkan bahan semula jadi yang mudah didapati di dapur untuk tampil menawan.
Menurut Zizi untuk menjaga kecantikan, dia jarang sekali pergi ke pusat kecantikan atau perkhidmatan Spa.
Sebaliknya hanya membuat rawatan wajah melainkan apabila perlu sahaja.
Malah boleh dikatakan dalam setahun hanya pergi dua kali sahaja ke spa bagi mendapatkan rawatan.
Manakala untuk menjaga kulit wajah pula menurutnya Zizi dia tidak mempunyai sebarang teknik khusus.
“Sebaliknya, saya hanya mencuci muka dengan pencuci wajah, memakai pelindung sinar matahari, serum dan pelembap wajah seperti yang biasa dilakukan oleh semua wanita.
“Jika mempunyai masa terluang saya membuat masker pada wajah dengan menggunakan kunyit hidup yang ditumbuk halus.
“Saya gemar melakukan sendiri masker wajah di rumah kerana seperti yang dikatakan tadi, saya tidak gemar ke spa kecantikan,” jelasnya yang turut berkongsi tip penampilan untuk kekal anggun dan jelita.
“Pada saya, penjagaan penampilan itu penting dan seharusnya bermula dari dalam.
“Selain mengamalkan pengambilan makanan dan gaya hidup sihat, perihal jiwa serta kerohanian juga perlu dijaga. Selain itu, saya juga seorang yang amat menitik beratkan aspek kebersihan.
“Sebagai tambah nilai untuk kesihatan, saya juga mengambil vitamin sebagai suplemen tambahan,” katanya yang turut mengamalkan pemakanan jamu tradisional jamu untuk penjagaan dalaman.
“Sejak dahulu lagi saya mengamalkan meminum jus kunyit sebagai minuman kesihatan. Kaedah ini merupakan cara tradisional dan mudah untuk melakukan sendiri di rumah untuk menjaga kesihatan,” tambahnya yang hanya akan lakukan aktiviti fizikal seperti senaman ringan seminggu sekali.
Bagi menjaga diet pula, menurut Zizi dia akan makan nasi seperti biasa tanpa sebarang pantang tetapi mengambil nasi sekali sahaja.
Pun begitu, tidak seperti orang lain, Zizi turut memberitahu dia bukan jenis mengawal pengambilan jumlah kalosi dalam makanan.
Menurutnya dia hanya hadkan pengambilan nasi sekali dalam sehari dan tidak mengambil peduli soal jumlah kalori yang perlu diambil.
Turut menyifatkan perkara itu sebagai sesuatu yang kompleks dan rumit untuk dilakukan kerana memerlukan pemantauan pada setiap masa.
Jadi bagi yang mahu kelihatan cantik dan sihat, boleh cuba petua kesihatan dan kecantikan Zizi Kirana yang kini lebih selesa tampil berhijab.
Sumber: SinarPlus
Artikel Berkaitan:
Sedap, Murah & Senang Dapat. Ini Rupanya Khasiat Kandungan Nutrisi Ikan Keli Baik Untuk Kesihatan!
Untuk Yang Tercicir, Ini Senarai Lengkap Pusat Pemberian Vaksin Secara Walk-In Di Lembah Klang
Hilang 60 KG Dalam 10 Bulan. Lelaki Dedah Cara Diet Mudah, Stop Makan Lepas Pukul 7 Malam!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Endometriosis Serang Wanita Berusia 30 Tahun Ke Atas & Boleh Berulang. Ini Nasihat Doktor Perlu Diikuti!

Endometriosis merupakan salah satu daripada penyakit sakit puan yang biasa dialami golongan wanita.
Hampir satu daripada tujuh wanita pada peringkat umur di antara 30 dan 45 tahun menghidapinya.
Endometriosis tidak bersifat kanser dalam tubuh wanita, di mana sebahagian lapisan tisu dalam rahim dijumpai di bahagian lain dalam badan seperti bahagian pelvis iaitu pundi, usus serta organ reproduktif. Ia kerap ditemui di bahagian ovari dan otot ligamen posterior yang menyokong uterus.
PUNCA-PUNCA
Punca sebenar yang menyebabkan keadaan ini masih samar dan tidak jelas. Teori yang biasa dikatakan merujuk kepada ‘retrograde menstruation’ atau pembalikan darah haid di mana sebahagian daripada darah haid mengalir secara terbalik ke arah pembukaan peritoneal melalui saluran fallopio. Sel-sel endometrium akan melekatkan dirinya kepada bahagian berlainan pada pelvis.
TANDA-TANDA ENDOMETRIOSIS
1. Haid yang banyak dan tidak teratur
2. Senggugut (sakit semasa haid)
3. Sakit semasa hubungan seks
4. Sakit di bahagian pelvis dan bawah abdomen (pertengahan haid)
5. Boleh mendatangkan kesan kepada keupayaan wanita untuk hamil
Bagaimanapun ada wanita yang menghidap endometriosis tidak mengalami sebarang simptom. Penting untuk diingatkan bahawa tahap kesakitan yang dialami tidak berkait dengan pertumbuhan endometriosis.
Terdapat wanita yang tidak merasa sakit walaupun ketumbuhan endometriosisnya banyak tetapi ada juga wanita yang mana ketumbuhannya sedikit merasa kesakitan yang teruk.
Sewaktu haid, ketumbuhan endometriosis juga akan gugur seperti mana lapisan uterus gugur sebagai tindakbalas terhadap hormon dalam kitaran haid.
Bagaimanapun, tidak seperti lapisan uterus, ketumbuhan ini tidak akan keluar dari tubuh badan. Jika wanita itu hamil atau mengalami menopause, ketumbuhan ini akan mengecil dan kesakitan akan berkurangan.
UJIAN PEMERIKSAAN
1. Pengimejan
Penggunaan mesin ultrasound, CT-scan dan Magnetic Resonance Imaging(MRI) hanya berguna pada kes yang telah teruk. Ini kerana mereka hanya mampu melihat perlekatan diantara organ bahagian pelvik disebabkan endometriosis tersebut. Ia tidak mampu memeriksa mengesahkan kehadiran endometriosis yang kecil.
2. Pembedahan
Bedah dan lihat merupakan satu cara untuk benar-benar mengesahkan kehadiran penyakit endometriosis. Tetapi pembedahan hanya akan dilakukan jika risau akan kewujudan penyakit lain seperti kandungan di luar rahim, appendicitis dan beberapa penyakit lain.
Sebagai contoh pembedahan dijalankan untuk rawat penyakit appendicitis, tetapi terjumpa endometriosis. Ketika pembedahan, organ ataupun tempat yang terlibat dengan endometriosis akan kelihatan seperti serbuk yang berwarna biru kehitaman.
RAWATAN
Rawatan perubatan atau pembedahan bergantung kepada jenis masalah yang dihadapi. Tujuan rawatan diberikan adalah untuk :
1. Mengurangkan kesakitan dan simptom lain
2. Menghalang ketumbuhan daripada membesar atau berulang di masa depan
3. Mengekalkan kesuburan bagi wanita yang tidak berupaya untuk hamil
4. Menjamin fungsi reproduktif untuk kehamilan seterusnya
Rawatan bagi endometriosis adalah bertujuan untuk mengurangkan tahap estrogen dan progesterone wanita yang meransang ketumbuhan endometriosis. Ubat yang biasa digunakan adalah pil kontraseptif oral, hormon progesterone dengan dos tinggi dan hormon tiruan lelaki seperti danazol.
Pilihan rawatan perubatan yang terbaru adalah analog GnRH (Hormon pembebasan Gonadotropin). Ia merupakan suntikan yang diambil setiap bulan atau tiga bulan bagi mengawal penghasilan estrogen dengan menggalakkan ‘menopause-induced’. Tempoh masa yang diberikan boleh berlanjutan sehingga 6 bulan.
Rawatan pembedahan boleh dilakukan samada secara laparoskopi atau pembedahan biasa. Pembedahan ini boleh bersifat rekonstruktif (pembuangan endometriosis dan pemulihan organ yang dijangkiti) di mana kesuburan perlu dikekalkan.
Ia juga boleh menjadi ablasi (pembuangan rahim dan kadangkala ovari) untuk mengurangkan kesakitan yang teruk pada wanita selepas kaedah-kaedah rawatan yang dinyatakan sebelum ini teah menemui kegagalan.
Penyakit endometriosis memberikan kesan yang berlainan kepada setiap individu. Sebaik-baiknya pemilihan rawatan bagi endometriosis haruslah mengikut keperluan dan kepentingan wanita berkenaan.
KOMPLIKASI
Kesan sampingan daripada rawatan dengan suntikan GnRH ini termasuklah rasa panas dan tidak selesa (‘hot flushes’), kurang keinginan nafsu syahwat (libido) dan kekeringan vagina. Terapi rawatan mungkin menyebabkan sedikit kerapuhan tulang tetapi keadaan ini akan berkurangan atau sembuh selepas habis rawatan.
Namun harus diingatkan dan dijelaskan bahawa penyakit ini boleh berulang selepas rawatan diberikan. Oleh itu terapi yang berterusan perlu bagi wanita yang mengikuti rawatan ini serta tidak merancang untuk hamil.
Artikel Berkaitan:
5 Senaman Buat Sambil Baring, Pantas Boleh Lenyapkan Lemak Di Bahagian Perut
5 Bulan Diet Eat Clean,Terus Berjaya Lenyapkan 18KG. Wanita Dah Tak Mengah Bila Berjalan!
Rupanya Ubat Simpan Lama Boleh Jadi Racun. Ini Saranan Doktor Elak Mudharat Pada Kesihatan!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Jangan Minum Air Kosong Kalau Makan Pedas, Lidah Tak Ngam!

Perasan tak bila anda tengah kepedasan tu, mulut tu rasa macam terbakar kan? Bila rasa terbakar terus rasa nak air lah. Masalahnya, minum air lepas makan cili ni macam campur minyak dengan air. Tak akan ngam!
Okay, kali ini Dr Syid akan berkongsi tip macam mana nak hilangkan pedas dengan cepat. Rasa pedas bila makan cili hampir sama dengan sakit bila terkena benda panas.
Makan Pedas, Jangan Minum Air Kosong
Cili mengandungi Capsaicin iaitu sejenis bahan yang akan merangsang receptor sakit pada mulut yang amat sensitif dengan haba (receptor TRPV1).
Sebenarnya capsaicin ini tak hasilkan pun haba, entah macam mana dia boleh trick reseptor sakit ini dan dia akan menyebabkan otak akan tertipu, rasa mulut itu macam dalam bahaya. Itu yang rasa terbakar!
Sama lah juga bila kita kena api, kulit kita rasa panas kemudian reaksi kita akan alihkan tangan. Sepatutnya dah rasa pedas, otak dah bagi signal suruh berhenti makan. Tetapi masalahnya kita masih enjoy makan.
Nah, kenapa minum air tak sesuai?
Ini jawapannya.
Capsaicin ini sifatnya non polar dan kalau nak larutkan cecair yang no polar, kena cari geng non polar juga.
Masalahnya air kosong ini jenis polar. Tak boleh geng dengan capsaicin tadi. Sebab itu bila anda tengah kepedasan, sama ada minum air sejuk atau air panas, ia tak jalan.
Malah air kosong ini akan menyebabkan capsaicin itu makin tersebar ke seluruh mulut. Haaa… sebab itu kalau minum air sejuk, kejap je lega. Selepas itu makin pedas.
Kalau nak lega cepat, anda kena cari cecair yang sifatnya sama dengan capsaicin. Maksudnya yang non polar. Contoh terbaik adalah susu atau bahan tenusu yang mana ia akan larutkan terus capsaicin tadi itu.
Sebab itulah banyak negara-negara Asia yang biasa makan pedas atau berempah ini, dessert dia mesti berasaskan susu. Nak bagi cool down effect pedas tadi.
Susu juga ada sejenis protein dipanggil casein yang akan attarct capsaicin dan bantu berikan kesan soothing.
Jadi kalau nak cari susu untuk kurangkan pedas, wajib cari susu yang ada casein. Contohnya susu lembu, yogurt atau cheese. Tetapi bukan susu almond atau susu soya, itu tak ada casein.
Namun mungkin ada golongan yang jenis tak minum susu, macam mana pula tu?
Jangan risau, anda boleh ambil minuman yang berasid. Contoh macam jus oren, epal, lemon atau tomato. Sebab capsaicin ini sifatnya alkali. Bila kita ambil benda yang berasid, ia akan jadi neutral.
Berita baiknya, makin banyak anda makan, makin anda imun dengan rasa pedas. Sebab resptor anda akan jadi tak sensitif. Dan yang best, capsaicin pun boleh tingkatkan thermogenesis dan metabolisme badan.
Jadi ini bagus kalau anda nak kurus!
Tapi awas, banyak sangat capsaicin pun tak ok, boleh sebabkan iritasi pada mulut, perut dan usus. Malah dalam sesetengah kes boleh sebabkan anda dapat serangan gastrik dan GERD.
Haa.. jadi, sila beringat bila makan ya.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI