Viral baru-baru ini apabila dua orang kanak-kanak dimasukkan ke hospital kerana masalah cirit-birit, setelah dikatakan makan puding buih di bazar Ramadan yang dibeli oleh ibu mereka di sebuah gerai.

Kanak-kanak berusia sembilan dan tujuh tahun itu dimasukkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) pada Khamis dan masih menerima rawatan sehingga kini, namun kedua-duanya berada dalam keadaan stabil dan seorang daripada mereka telah dibenarkan pulang.

Artikel Lain: Beli Fresh, Sejuk Beku Atau Kering, Wajib Basuh Dulu Kurma Sebelum Makan. Ini Sebabnya!

Sebenarna ini bukanlah kes pertama, tetapi pada tahun 2020 ada kes yang melibatkan lebih 100 orang mangsa hingga ada antaranya yang meninggal. Puncanya juga masih sama makan puding buih yang dijual di bazar Ramadan.

Perkongsian Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan memberitahu bahawa pengendalian bahan mentah tidak sempurna semasa menyediakan hidangan ini yang selalu jadi punca keracuannan makanan ini.

Masuk Hospital Lepas Makan Puding Buih. Doktor Jelaskan Penyediaan Bahan Mentah Tak Sempurna!
Gambar sekadar hiasan.

Ayuh dengarkan perkongsiannya.

IKLAN

Hari ini ada kes keracunan makanan disyaki akibat puding buih di bazar. Sampel telah dihantar ke makmal untuk pengesahan. Kes keracunan berkaitan puding buih ni, bukan kali pertama terjadi.

Untuk makluman, pada tahun 2020 ada kes yang melibatkan lebih 100 orang mangsa, dan ada mangsa yang meninggal. Kes berkenaan juga berpunca dari puding buih yang dijual di bazar.

Artikel Lain: Lebih 40 Kanak-Kanak Bawah 5 Tahun Dijangkiti Salmonella, Lepas Makan Coklat Kegemaran

Pengendalian bahan mentah yang tidak sempurna semasa penyediaan puding buih lazimnya menjadi punca keracunan makanan kepada pengguna. Berikut adalah 4 perkara yang perlu diberi perhatian:

IKLAN

TELUR
Telur perlu dipastikan masih elok dan dicuci bersih sebelum digunakan. Telur yang kotor atau telur yang sudah rosak boleh dicemari oleh bakteria Salmonella. Bakteria ini menyebabkan keracunan makanan.

TEKNIK PENYEDIAAN
Putih telur dipukul sehingga kembang berbuih dan ia tidak dimasak. Untuk jadikannya selamat, telur perlu dimasak sekurang-kurangnya 75°C. Jika perlukan suhu kurang daripada itu, gunakan telur terpasteur.

Masuk Hospital Lepas Makan Puding Buih. Doktor Jelaskan Penyediaan Bahan Mentah Tak Sempurna!

SUHU PENYIMPANAN
Puding tidak boleh dibiarkan pada suhu bilik terlalu lama kerana pembiakan bakteria akan berlaku. Puding buih perlu disimpan pada suhu sejuk dingin iaitu antara 0 hingga 10°C.

IKLAN

TEMPOH PENYIMPANAN
Puding perlu dimakan dalam tempoh 4 jam (jika tidak disimpan dalam peti sejuk). Selepas tempoh itu ada kemungkinan besar makanan tersebut menyebabkan keracunan makanan.
Penyediaan puding buih ini amat sensitif: bahan perlu segar, penyediaan perlu betul, suhu perlu dijaga, masa perlu diperhati. Oleh itu, peniaga perlu pastikan semua perkara ini terjamin.

Keselamatan pengguna seharusnya jadi keutamaan.
Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
Kesihatan dan Perubatan

*untuk maklumat tentang keselamatan dan kualiti makanan, boleh ikuti Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia

Artikel Lain: Nak Badan Langsing Sebelum Raya. Ini Cara Mudah Kurangkan Berat Badan Di Bulan Puasa!

Selain itu:  Jangan Ambil Mudah Jika Selesema, Dibimbangi Penyebab 'Brought-In-Dead' (BID). Terus 'Serang' Paru-Paru!

Lihat Video Lain:

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI