Sebenarnya selain rawatan moden, ada beberapa jenis teknik rawatan boleh kita amalkan untuk kesihatan tubuh badan.

Antaranya seperti rawatan tradisional Cina yang menggunakan teknik terapi titik feng fu.

Cara ini bukan saja mudah dan jimat, tetapi juga dipercayai berkesan melegakan sakit kepala atau migrain.

Bukan itu saja, badan juga akan rasa lebih ringan dan bertenaga serta paling menarik dapat mengekalkan awet muda.

Seperti perkongsian Yeong Nor Saadah di laman sosial memberitahu kebaikan meletakkan ais di tempat sepatutnya.

Sedikit perkongsian ilmu utk manfaat kita bersama….

Tahukah Anda, bahawa terdapat suatu tempat di tubuh manusia,jika  ditempelkan dgn  ais pada titik tersebut selama beberapa saat, berupaya memberi impak positif terhadap kesihatan kita.

Insha-Allah, teknik ini dapat mengatasi masalah sakit kepala seperti migrain dengan segera.

Badan kita  akan terasa ringan dan bertenaga.

Melakukan terapi tersebut secara berkala dipercayai dapat mengekalkan keremajaan tubuh dan kelihatan  lebih muda.

Tempat tersebut ialahbtitik tekanan yang terletak di dasar tengkorak iaitu di atas leher, atau titik apabila leher dan kepala bersambung.

Dalam ilmu akupunktur Cina titik tersebut dikenali sebagai  Feng Fu, yang bermaksud “rumah angin”.

IKLAN

Menurut rawatan tradisional Cina, teknik meletakan ais pads titik Feng Fu bukan untuk mengubati penyakit tetapi mengembalikan keseimbangan fisiologis semula jadi.Di samping itu,  memberikan stimulasi emosional yang positif dan ‘meremajakan’ seluruh tubuh.

Keajaiban ini akan terjadi jika kita menempelkan ais pada Titik Feng Fu. Cubalah melakukan terapi tersebut ketika badan anda terasa letih atau kepala terasa pening. Badan kita akan menjadi ringan, lebih bertenaga dan perasaan letih atau pening akan hilang.

Beberapa pengidap migrain sendiri, mengakui terapi  ini ternyata  lebih  efektif untuk mengatasi migrain dibandingkan dengan pengambilan ubat-ubatan.

Terapi  ini juga dapat  meningkat mood dan membangkitkan perasaan segar, keran teknik ini  menstimulasi pelepasan endorfin dalam aliran darah

Teknik ini  mudah sekali, hanya tempelkan ais pada titik Feng Fu selama 10 hingga 20 minit.

Pada awalnya mungkin kits akan merasa sejuk selama 30-40 saat, tetapi perlahan-lahan titik tersebut akan menjadi hangat.

Menempelkan ais pada titik Fung Fu berkhasiat untuk:

1. Mengatasi sakit kepala dan migrain;

IKLAN

2. Meringankan sakit gigi dan sakit sendi;

3. Mencipta kesan relaks;

4. Meningkatkan tenaga dan menghindar keletihan;

5. Meningkatkan kualitu tidur;

6. Memperbaiki sistem penafasan dan sistem kardiovaskular;

7. Mengatasi asma;

8. Mencegah sering bersin dan hidung berair;

9. Mengatasi gangguan neurologi dan perubahan degeneratif pada tulang belakang;

10. Membaiki sistem pencernaan;

IKLAN

11. Menyembuhkan radang saluran usus dan meningkatkan keupayaan seksual;

12. Mengatasi kegemukan dan masalah pemakananz;

13. Mengatasi gangguan kelenjar tiroid;

14. Membantu masalah arthritis, hipertensi dan hipotensi.

15. Menghilangkan selulit;

16. Mengatasi gangguan kitaran haid, kemandulan, endokrin, dan kesuburan;

17. Mengatasi gangguan psiko-emosiol, stres, keletihan, insomnia.

Luar biasa sekali bukan? Sayangnya terapi dengan teknik Feng Fu ini masih asing kepada masyarakat umum.Oleh itu, sebarkanlah insha-Allah orang lain juga mendapat  manfaat. Semoga berjaya….

Artikel Berkaitan:

Masalah Dagu Berlapis Cacatkan Penampilan. Ini 8 Senaman Mudah Boleh Lakukan Di Rumah Je!

Elak Ambik Minuman Bertenaga Lepas Bersenam. Ini 5 Keburukannya Boleh Ganggu Kesihatan!

Rajin Pakai Rubber Mask Setiap Minggu. Rahsia Wajah Wanita Korea Glowing Macam Kulit Baby!