Tidak dinafikan amalan kekerapan melayan gajet dan menonton rancangan kegemaran di kaca televisyen menyebabkan waktu tidur anda akan terganggu.

Ketagihan aktiviti ini setiap malam akan menyebabkan masalah jadi berterusan dan menjadi lebih teruk jika tidak dicegah dari awal.

Sebagai manusia normal kita perlu tidur sekurang-kurangnya 8 jam sehari. Barulah tubuh badan akan kembali cergas untuk bangun keesokan harinya.

Bagi mereka yang sukar tidur malam, ini ada tip boleh dilakukan mengikut saranan Public Health Malaysia. Digalakkan bagi mereka yang ada masalah ini agar melakukan amalan mandian ‘hot shower’ selama 1 hingga 2 jam.

Larangan Mandi Malam Hanya Mitos, Rupanya Amalan ‘Hot Shower’ Boleh ‘Ubati’ Yang Sukar Tidur Malam
Kredit: Pexel.com

Hasil dari penelitian 5,322 kajian, pengkaji dari University of Texas at Austin menemui, ”hot shower” selama 1 hingga 2 jam sebelum waktu tidur  dapat mempercepatkan rasa mengantuk dan tertidur dengan kepantasan 10 minit

Bukan itu sahaja, anda juga akan mendapat tidur yang lebih berkualiti dan sekaligus memberi rasa segar pada esok hari.

IKLAN

Ini kerana 90 minit merupakan masa optimal yang diperlukan untuk “cooling down” suhu badan sebelum tidur.

Jadi, mandian ‘hot shower’ ini akan dapat merangsang regulasi tubuh yang menyebabkan peredaran darah yang lebih lancar ke tangan dan kaki.

Larangan Mandi Malam Hanya Mitos, Rupanya Amalan ‘Hot Shower’ Boleh ‘Ubati’ Yang Sukar Tidur Malam

IKLAN

Sehubungan itu, hasil kajian ini membidas mitos mengenai larangan mandi malam yang sering diperkatakan oleh masyarakat dahulu kala.

Bagi mereka yang sukar untuk tidur malam, boleh amalkan cara ini. Namun begitu, selepas lakukan mandian ini, janganlah pula terus berjaga dengan melihat gajet. Sebaliknya tutup semua gajet dan tidurkan dengan rileks dan tenang.

Sumber: FB Public Heatlh Malaysia

IKLAN

Artikel Berkaitan:

‘Tak Ada Kau Aku, Tapi Lebih Brotherhood’ – Bekas Pesakit Covid-19 Kongsi Pengalaman Di Pusat Kuarantin

Selain itu:  Bersihkan Dinding Kena Conteng, Gosok Dan Lap Sahaja Tapi Berkesan!

Sebab Alahan Makanan, 2 Hari Ramona Zamzam Alami Derita Wajah Bengkak Teruk

 

 

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI