Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengenal pasti satu produk kosmetik yang mengandungi merkuri dan boleh merosakkan organ dalaman seperti buah pinggang.
Dalam perkongsian di Public Health Malaysia, memberitahu produk Luffiya Treatment Foundation yang dipromosikan sebagai mesra wuduk ini dikatakan mampu membuat kulit jadi cerah, glowing dan kulit jadi semakin anjal.
Namun rupa-rupanya produk kosmetik ini mengandungi bahan merkuri yang ada bahayanya tersendiri.
Jika seseorang menggunakan produk ini, merkuri boleh menyerap masuk ke tubuh menyebabkan kerosakan buah pinggang dan masalah sistem saraf.
Jadi sehubungan itu, KKM memberi ingatan supaya pengguna berhenti menggunakan produk ini. Bukan itu saja, perlu juga untuk hentikan jualan dan sebarang bentuk promosi kepada orang ramai.
Kepada mereka yang sudah membeli produk ini dinasihatkan untuk mengikut saranan KKM bagi mengelak sebarang kemudharatan pada kesihatan nanti.
Ads
Sebelum itu KKM juga turut mengenal pasti beberapa produk lain yang juga mengandungi racun boleh merosakkan kulit wajah dan mendatangkan risiko kanser.
Biasanya kuali legend selalu jadi pilihan mak-mak walau ada banyak lagi gajet dapur yang canggih. Bagi sesetengah orang, lagi lama guna memang lagi best pakai.
Kuali yang pada asalnya cantik berkilat berubah menjadi hitam legam kerana kerap digunakan atau dimakan waktu.
Selalunya kerak dan lapisan hitam degil pada bahagian belakang dan pemukaan mencacatkan rupa.
Namun jangan risau, anda boleh cuba bersihkan kerak hitam itu dengan petua yang dikongsikan oleh Puan Amy Rosina. Apa yang best tentang petua ini, anda tak perlu sental kuat. Hanya menggunakan satu bahan rahsia ini selesai masalah.
Kapur makan
Berus dawai
Pisau
1-Ini dia kuali legend, dan sental pun ada lagi hitam.
2-Sapu belakang kuali yang berkerak dengan kapur.
3-Kemudian cari kuali besar dan isi air. Masukkan kuali yang disapu kapur tadi ke dalam kuali besar.
4-Didihkan di atas dapur.
5-Nanti akan nampak kerak-kerap hitam akan lekang dan tanggal. Didihkan lama, lagi lama lagi bagus. Kemudian tutup api.
6-Keluarkan kuali tadi yang masih panas dan kikis kerap pada bahagian belakangnya kalau masih ada. Ia jadi lembutdan senang dikikis menggunakan pisau.
7-Kerak yang tertanggal boleh dibersihkan menggunakan berus dawai.
8-Nah dah berkilat. Dari langkah sapu kapur, rebus dan kikis masa diambil tak sampai 30 minit.
Kini sudah tahu cara yang mudah apa kata buat pada kuali legend anda di rumah. Selamat mencuba!
Sumber: Amy Rosina
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Baru-baru ini kita dikejutkan dengan kes pertama virus Covid-19 Omicron yang dikesan oleh seorang pelajar di sebuah universiti di Ipoh, Perak yang tiba dari Afrika Selatan melalui Singapura.
Dan terbaru satu lagi kes yang dikesan seorang rakyat Malaysia pertama membabitkan seorang kanak-kanak berusia 8 tahun, dikenal pasti telah dijangkiti varian tersebut.
Perkara ini diberitahu oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin (KJ) melalui sidang akhbar di Parlimen .
Ini antara info lengkap mengenai kes pertama membabitkan rakyat Malaysia.
1. Kes yang baharu dikesan itu merupakan seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun yang menetap bersama keluarga di Lagos, Nigeria.
2. Keputusan ujian RT-PCR COVID-19 ke atas kes, ibu dan adik perempuannya sebelum berlepas ke Malaysia adalah negatif Covid-19.
3. Kanak-kanak tersebut tiba di Malaysia bersama ibu dan adik perempuannya pada 5 Disember 2021 dari Lagos, Nigeria dengan penerbangan transit di Doha, Qatar.
4. Kes dan ahli keluarganya telah menjalani ujian RT-PCR Covid-19 semasa ketibaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang. Mereka dikuarantin.
5. Ujian saringan kedua RT-PCR mendapati mereka positif Covid-19.
6. Selepas seminggu, kes itu disahkan sebagai Omicron pada 14 Disember.
7. Kanak-kanak itu yang tidak mempunyai sebarang simpton menjalani perintah kuarantin di rumah selama 14 hari bermula 7 Disember.
8. 18 orang lagi mungkin dijangkiti Omicron tetapi ia belum dapat disahkan sementara menunggu ujian penjujukan genom. Keputusan itu dijangka diumumkan esok.
Justeru orang ramai diingatkan untuk terus menjaga SOP kendiri bagi mengelak jangkitan virus Covid-19 yang lebih serius.
Sesetengah orang mempunyai bentuk badan seperti buah pear. Bahagian seperti pinggul dan peha kelihatan berisi dan tidak seimbang dengan bahagian atas badan anda.
Sekiranya anda mengalami masalah ini, sudah tentu anda tercari-cari bagaimana cara untuk mengecilkan bahagian peha anda.
Jangan risau dengan sedikit keazaman dan disiplin berterusan anda akan dapat mengecilkan bahagian peha dalam masa sebulan, melalui beberapa senaman yang dicadangkan oleh Pakar Kesihatan dan Kecergasan, Kevin Zahri.
Berikut adalah panduan untuk senaman “kerusi bayangan”:
– Berdiri tegak sambil bersandar pada dinding.
– Rehatkan tangan pada dinding dan turunkan badan perlahan-lahan. Turunkan badan sehingga kedudukan badan seperti sedang duduk. Bayangkan anda sedang duduk di atas kerusi.
– Bila anda sudah ‘duduk’, cuba bertahan selama mana yang anda boleh sebelum anda berdiri tegak semula. Kebanyakan orang hanya boleh bertahan untuk beberapa saat sahaja pada permulaan. Setelah membiasakan diri, anda pasti akan dapat bertahan lebih lama.
– Pastikan badan anda tegak semasa ‘duduk’.
– Cuba capai 10 saat pada permulaan, dan bertahan sehingga 1 minit setelah melakukannya beberapa kali. Lakukan 5 kali setiap hari.
Latihan ini agak mencabar kesabaran dan kekuatan mental anda. Mula-mula mungkin susah, tapi kalau dah lama-lama, anda mesti rasa sudah biasa.
Latihan ini menumpukan bahagian peha sebelah dalam. Senang sangat! Baring atas lantai dengan kedua belah tangan di sisi. Angkat kedua belah kaki lebih kurang 45 darjah. Bayangkan pergerakan gunting semasa memotong kertas.
Silangkan kaki anda dengan kaki kanan bersilang di atas kaki kiri. Kemudian, tukar kaki kepada kaki kiri pula bersilang di atas kaki kanan. Ulang langkah ini 12 – 15 kali untuk setiap set. Anda akan dapat rasa tekanan di otot-otot bahagian peha anda.
Baring mengiring di atas lantai dengan sebelah tangan anda ke atas (baring berbantalkan lengan anda) dan letakkan tapak tangan sebelah lagi di atas lantai di hadapan perut anda. Angkat sebelah kaki ke atas setinggi yang boleh. Tarik nafas, dan pusingkan kaki yang anda angkat itu mengikut pusingan jam.
Gerakkan seluruh kaki tanpa menggerakkan pinggul anda. Buat pusingan jam sebanyak 5 kali sebelum ulang langkah tersebut menggunakan kaki yang sebelah lagi pula. Lakukan sehingga 10 set jika boleh.
Kalau sebelum ini kita memerlukan alasan untuk pakai kasut tinggi, inilah masanya! Memakai kasut tinggi boleh membentuk otot betis dan peha. Walaupun kita kena beringat yang amalan memakai kasut tinggi ini boleh memberi kesan buruk kepada kaki dan postur, oleh itu anda perlulah berhati-hati!
Kajian mengatakan bahawa kita tidak sepatutnya menggunakan kasut tumit tinggi yang melebihi 2 inci!
Melompat di atas trampoline ini sangat baik untuk peredaran darah dalam badan, pembakaran lemak, meningkatkan metabolism, mengurangkan selulit dan membentuk kaki yang cantik.
Lakukan aktiviti ini selama setengah jam dapat membakar hampir 200 kalori dalam badan. Ia juga aktiviti yang sangat menarik yang anda boleh lakukan bersama keluarga mahupun rakan-rakan anda!
Aktiviti-aktiviti ini perlu dilakukan dengan sokongan pemakanan yang berkhasiat dan sihat secara konsisten. Semakin konsisten latihan disusuli dengan pemakanan yang sihat, semakin cepat anda boleh melihat hasilnya.