Kerap bersin petanda resdung. Tak payah risau, nak cepat sembuh rawat guna petua tradisional Cina. Salah satu tanda mengalami resdung adalah apabila seseorang kerap bersin terutama waktu pagi.

Jika situasi ini berlaku, hidung akan jadi merah, berair dan ada kalanya sampai mengeluarkan air mata.

Kerap bersin petanda resdung

Artikel Lain: Hidung Tersumbat Berpanjangan Penyebab Resdung & Boleh Bawa Maut. Doktor Kongsi Rawatan Atasinya!

Masalah resdung ini agak payah untuk diubati dan hanya seketika eloknya. Akan jadi lagi jika salah makan atau berada dalam cuaca sejuk.

Walau bagaimanapun kita boleh cuba menggunakan petua traditional Cina dengan hanya menggunakan bawang putih sahaja.

Seperti perkongsian Dr Rizal Abu Bakar yang memberitahu cara atasi masalah ini dengan menggunakan bawang putih saja.

Kerap Bersin Petanda Resdung. Tak Payah Risau, Nak Cepat Sembut Rawat Guna Petua Tradisional Cina!

Nak cepat sembuh

BAGAIMANA NAK RAWAT RESDUNG?

IKLAN

Saya selalu dengar orang sebut pasal resdung. Bersin jangan cerita.

Sana sini dengar achuw sana achuw sini. Saya yang tengok aje ni pun rasa pening. Bergegar otak.

Tak payah risau nak cepat sembuh rawat guna petua tradisional Cina.

Saya dulu dulu pun kaki bersin. Tapi lepas amalkan petua yang saya nak kongsi ni, hilanglah bersin bersin.

Ni petua tradisional Cina. Memang berkesan.

IKLAN

1) Ambil 3-4 ulas bawang putih. Buang kulit. Hancurkan.

2) Masukkan 2 cawan air dalam periuk. Panaskan sampai nampak wap mula naik. Masukkan bawang putih.

3) Ambil tuala kecil. Letak atas kepala atau over kepala. Letakkan muka atas air yang dah berwap.

4) Sedut bau yang keluar dari wap tu.

IKLAN

Kerap Bersin Petanda Resdung. Tak Payah Risau, Nak Cepat Sembut Rawat Guna Petua Tradisional Cina!

Rawat guna petua tradisional Cina

Bawang yang dah diketuk tu akan keluarkan allicin. Bahan lain pun keluar juga. Geng ni lah yang akan hilangkan jangkitan.

Paling best lendir akan keluar. Boleh bernafas dengan lapang.

Pada yang kena sinus bolehlah buat. Nanti rasa lega banyak. Power bawang putih ni.

Bolehlah cuba.

#DrRizal

Artikel Lain: Roti Putih Karbohidrat Sihat. Tapi Makan Lebih Akibatkan Risiko Gemuk, Kencing Manis & Jantung!

Selain itu:  Halang Berlaku Strok Haba, Ini Manfaat Buah Tembikai Yang Ramai Tak Tahu
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI