Hari ini sempena 13 Ogos cukup istmewa untuk mereka yang menggunakan tangan kiri kerana merupakan Sambutan Hari Kidal Sedunia.

Namun sebenarnya kita yang normal ini tertanya-tanya adakah mereka ini selesa bekerja menulis dan melakukan apa saja menggunakan tangan kiri bukan kanan.

Adakah mereka ini dikategorikan sebagai insan cacat. Apakah pula kelebihan mereka yang dianugerahkan Tuhan menggunakan tangan kiri untuk melakukan semua tugasan.

Ini adalah antara fakta menarik orang tangan kidal atau left handed yang memilih 13 Ogos bagi meraikan individu bertangan kidal sejak 1976 lagi.

Individu Cacat Atau Normal? Ini Fakta Menarik & Kelebihan Tersendiri Pemilik Si Tangan Kidal!

1. Tangan Kidal & Struktur Otak

Buat pertama kalinya, satu kajian terbaharu telah mengenal pasti bahagian genom yang berkaitan dengan tangan kidal dan mengaitkan kesannya terhadap struktur otak. Kajian dilakukan oleh Universiti Oxford tersebut telah mengaitkan perbezaan genom itu dan hubungannya dengan sambungan antara kawasan otak yang berkaitan dengan bahasa.

Kajian tersebut mengenal pasti beberapa varian genetik yang berkaitan dengan tangan kiri dengan menganalisis genom 400,000 individu dari UK Biobank. Seramai 38,332 daripada mereka adalah individu yang bertangan kiri.

Sebanyak 3 daripada 4 bahagian genom yang dikenal pasti berkaitan dengan penglibatan protein dalam pembangunan dan struktur otak. Secara khusus, protein ini berkaitan dengan microtubules, yang merupakan sebahagian daripada perancah di dalam sel, yang disebut sitoskeleton. Sitoskeleton membimbing penghasilan dan fungsi sel-sel dalam badan.

Para penyelidik telah mendapati, kesan genetik ini dikaitkan dengan perbezaan struktur otak dalam saluran bahan putih, yang mengandungi sitoskeleton otak yang bergabung dengan kawasan yang berkaitan dengan bahasa.

2. Tangan Kidal & Bahasa

Menurut Dr Akira Wiberg, bagi mereka yang bertangan kidal, bahagian bahasa yang berada di sebelah kiri dan kanan otak berkomunikasi antara satu sama lain dengan cara yang lebih terarah.

Ini menimbulkan kemungkinan yang menarik untuk penyelidikan masa hadapan yang mungkin menunjukkan kelebihan mereka yang bertangan kiri dalam melakukan perkara-perkara berkaitan lisan.

IKLAN
Selain itu:  Smoothie Buah Naga Hilangkan Rasa Lapar, Tak Payah Risau Berat Naik Lagi

Bagaimanapun, perlu juga diingat bahawa perbezaan ini hanya dilihat sebagai satu jumlah purata sebahagian besar individu yang diteliti. Tidak semua mereka yang bertangan kiri akan mempunyai kesan yang sama.

3. Adakah Mereka Ini Pelik?

Siapa cakap bahawa mereka yang bertangan kiri ini pelik? Mereka mungkin golongan yang jarang dijumpai dan sedikit pelik di mata anda. Akan tetapi, mereka juga mungkin mempunyai penguasaan pertuturan dan bahasa yang lebih baik berbanding mereka yang bertangan kanan.

Pokok pangkalnya, jangan wujudkan perbezaan antara mereka yang bertangan kanan atau kidal. Kedua-duanya mempunyai kelebihan tersendiri dan tiada siapa yang lebih kurang berbanding orang lain.

Individu Cacat Atau Normal? Ini Fakta Menarik & Kelebihan Tersendiri Pemilik Si Tangan Kidal!

4. Yakin Capai Impian

Menurut penelitian, individu kidal lebih kreatif dan imaginatif. Mereka percaya pada impian dan lazimnya yakin mampu memenuhi mimpi dan aspirasi mereka.

5. Anak Kidal Lebih Peka

Laporan dibentangkan Pusat Perubatan Universiti Georgetown, Amerika Syarikat menyebut pendengaran anak kidal lebih tajam. Mereka mampu membezakan jenis suara dengan baik.

Itu berbeza dengan anak dominan tangan kanan yang lebih dinamik dan mudah berubah hingga tidak sensitif dalam membezakan jenis suara.

IKLAN

6. Lebih Penakut

Ini ada satu fakta yang ditemukan oleh Persatuan Psikologi British yang membuat penelitian terhadap beberapa orang kidal dan mereka yang dominan tangan kanan.

Semua responden diminta menonton filem seram. Hasilnya, kanak-kanak kidal mengingati dengan jelas setiap adegan yang menyeramkan dalam filem dan cenderung mengalami trauma.

7. Cepat Pulih Daripada Strok

Tak hanya itu, penelitian juga mengungkap, orang yang kidal biasanya lebih cepat pulih daripada strok. Meskipun alasan yang sebenarnya masih belum diketahui, diyakini bahawa orang kidal dapat menggunakan tangan non-dominan mereka dengan cara yang lebih baik, yang membuat mereka pulih daripada penyakit itu.

8. Multitasking

Orang kidal juga dikatakan sebagai seorang multitasking. Ini kerana menggunakan tangan kiri memaksa otak anda untuk berfikir dan respons dengan cepat. Para pengkaji telah menemukan bahwa ketika ada diskusi antara orang kidal dan tangan kanan, orang kidal dapat merespons lebih cepat.

Selain itu:  Lelaki Berjaya Kuruskan Badan Lepas Susah Nak Solat. Rahsianya Elak Nasi & Makan 12 Biji Telur Sehari!

9. Ingatan Tajam Atau Pintar

Mereka yang berasal daripada keluarga orang kidal cenderung memiliki ingatan yang lebih baik. Padahal, individu itu sendiri tidak kidal tetapi keluarga merekalah yang orang kidal.

Otak si kidal dikatakan lebih berstruktur, menjadikan kemampuan intelektualnya lebih tinggi dalam pelbagai bidang. Mensa, sebuah organisasi yang menghimpunkan pemilik IQ tertinggi di dunia menyatakan sekurang-kurangnya 20 peratus ahlinya adalah kidal.

IKLAN

Individu Cacat Atau Normal? Ini Fakta Menarik & Kelebihan Tersendiri Pemilik Si Tangan Kidal!

10. Mudah Berubah Mood

Segelintir daripada mereka tidak mempunyai keseimbangan dalam memproses emosi di otak kanan dan kiri. Anak kidal mudah berubah mood dan lebih sensitif.

11. Membuat Keputusan Lebih Baik

Orang kidal membuat keputusan yang lebih baik. Menurut para ilmuwan, orang kidal meluangkan waktu untuk hal-hal yang tidak mereka fahami dan mereka cenderung memikirkan konsekuensinya. Ini membuat mereka menjadi pengambil keputusan yang lebih baik.

12. Kreatif

Sebahagian besar daripada mereka lebih berbakat dalam bidang seni dan artistik. Itu fakta yang ditemukan dalam satu hasil kajian terhadap lebih 2,000 orang kidal.

13. Lebih Baik Di Bidang Olahraga

Tahukah anda bahawa 25 peratus pemain besbol Liga Utama adalah orang kidal? Satu penelitian yang dilakukan pada tahun 2006 mengungkapkan bahawa orang kidal cenderung memiliki reaksi yang lebih cepat daripada orang yang tidak kidal.

Sumber: HelloDoktor & Sinar Plus

Artikel Berkaitan:

Sebagai Lambang Kesucian. Mas Aliza Anggun Gayakan Busana Warna Putih Di Majlis Pernikahan!

Pantang 100 Hari, Rahsia Siti Nurhaliza Kembali Langsing & Hilang 20 KG Lepas Lahirkan Anak Kedua

Hilangkan Tumit Kaki Merekah, 5 Minit Je Hasilnya Terus Bersinar. Hanya Guna 2 Bahan Dapur Je!

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI