Semalam ramai terkejut dan bersedih dengan kehilangan penyanyi Siti Sarah Raissuddin yang meninggal dunia setelah melahirkan anak keempatnya di sebuah hospital .
Siti Sarah sebelum itu disahkan positif jangkitan virus Covid-19 hingga terpaksa dibawa ke hospital kerana mengalami sesak nafas.
Dalam satu perkngsian di IG live suaminya Shuib, memberitahu isteri yang ketika itu sarat hamil belum menerima suntikan vaksin.
Rentetan itu dalam satu perkongsian di laman twitter, Dr. Amalina Bakri menyeru kepada wanita yang mengandung untuk menerima suntikan vaksin bagi mengelak sebarang kemungkinan berlaku.
Ini kerana golongan ini mempunyai risiko lebih tinggi untuk mendapat jangkitan lebih teruk.
Risiko lebih tinggi
Untuk yang sudah divaksin, risiko lebih rendah untuk mendapat jangkitan
Ads
Vaksin selamat untuk ibu mengandung dan kandungan
Jangkitan teruk bagi yang tidak divaksin atau belum dapat dos kedua
Vaksin tidak sebabkan masalah kesuburan
Juga tidak tingkatkan risiko keguguran
Perlu lengkapkan 2 dos sebelum lahirkan atau sebelum masuk trimeseter ketiga
Ads
Priotity untuk dapat vaksin kerana risiko lebih tinggi.
Nak kulit cantik cara jimat, cuba amalkan tip anti jeragat yang memerlukan sebiji tomato sahaja. Ya, tak perlu pergi Spa, anda boleh manjakan wajah di rumah dengan cara ini.
Sebelum pergi lebih jauh, ketahui dulu apa kebaikan tomato pada kulit jika anda konsisten amalkan. Jom tengok macam mana saudari Syazaimeka buat dan gosok pada kulit wajahnya.
Kajian pakar juga telah membuktikan bahawa buah tomato bukan sahaja sangat baik untuk kesihatan sama ada untuk kecantikan dalaman mahupun luaran, buah tomato dipercayai mempunyai vitamin A dan C yang tinggi dan antioksidan yang sangat berguna untuk melawan radikal bebas.
Apa yang best, bukan sahaja dapat glowingkan kulit, malah dapat menegangkan kulit dan memudarkan jerawat.
Sapu seluruh muka, biarkan sebentar sampai kering. Ambil dan gosokkan pada kulit muka selama 15 minit. Kemudian bilas dengan air biasa dan lap muka. Rasakan keajaibannya.
Buat setiap hari (seelokknya pagi). Kalau malas boleh buat 2 kali seminggu.
Nanti cuba amalkan ya, sesuai juga untuk anda yang kulit sensitif. Bagi kulit rehat daripada penggunaan skincare yang lain.
Selamat mencuba!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sempena kedatangan Ramadan tak lama lagi, pastinya buah kurma menjadi pilihan paling popular.
Tidak kira sama ada untuk berbuka puasa atau jadi juadah tambahan ketika bersahur.
Buahnya memang nampak kecil dengan pupa yang tidak menarik, tetapi mengandungi banyak khasiat.
Jadi rugi sangat bagi mereka yang tidak menggemarinya. Ayuh, kita periksa kelebihan makan kurma. Makan sebiji dua atau lebih untuk tubuh kekal bertenaga sepanjang berpuasa.
Fizikal luaran kurma yang kecil dan berwarna gelap mungkin menjadi antara persoalan apakah khasiatnya. Namun, jangan biarkan ia menipu anda kerana ia mengandungi kandungan nutrien yang tinggi. Antaranya gula, serat, kalsium, zat besi, serta vitamin
Bagi individu yang melakukan rutin senaman yang memerlukan tenaga yang banyak dan cepat mungkin boleh menjadikan kurma sebagai ‘power bar’ yang baru ni kerana kandungan gula semula jadi (fructose,glucose, sucrose ) yang tinggi dalamnya mampu memberikan tenaga segera apabila letih bersenam.
Kurma juga mampu membantu dalam kita melalui diet yang sihat. Untuk individu yang sedang berusaha menurunkan berat badan mungkin boleh memasukkan kurma kedalam senarai makanan mereka.
Ini kerana pengambilan kurma mampu mengenyangkan perut dengan cepat jadi membantu kita supaya tidak makan dengan banyak. Caranya dengan melecekkan kurma dan digaul dalam segelas susu rendah lemak. Campuran ini sudah cukup untuk membantu menurunkan berat badan.
Pengambilan kurma secara konsisten juga mampu menyelesaikan dan menghindarkan kita dari masalah sembelit. Umum mengetahui masalah sembelit sangatlah menyeksakan dan seterusnya boleh menyumbang kepada penyakit yang lebih kronik, iaitu buasir!
Jadi, pengambilan kurma yang kaya dengan serat ini amatlah baik bagi menyembuhkan dan mengelakkan masalah sembelit.
Jantung merupakan enjin dalam kehidupan manusia. Jadi adalah menjadi satu faktor penting mengapa ia perlu dijaga dengan rapi. Kurma mengandungi kandungan potasium yang tinggi lantas dapat membantu menurunkan kadar kolesterol yang menyumbang ke arah strok dan serangan jantung.
Caranya mudah rendamkan ia semalaman, kemudian lecekkan pada waktu pagi dan makan.
Kurma mempunyai rasa manis dengan kandungan fruktosa yang baik untuk tubuh. Fruktosa merupakan jenis gula semula jadi pada buah. Kandungan gula itu serta serat yang tinggi dalam kurma sangat bermanfaat untuk mengawal gula dalam darah. Serat mencegah kadar gula dalam darah melonjak terlalu tinggi selepas makan.
Kajian menunjukkan kurma dapat mengurangkan inflamasi pada otak serta mengurangkan risiko penyakit seperti alzheimer serta pembentukan plak pada otak. Ia juga meningkatkan daya ingatan.
Bukan susu sahaja baik untuk tulang tapi begitu juga kurma! Ini kerana ia mengandungi mineral iaitu fostor, kalium, kalsium dan magnesium yang dapat mencegah penyakit tulang seperti osteoporosis.
Baru-baru ini bekas pengacara program 3R ini, Tini Ariffin mendedahkan dirinya menghidap kanser payudara tahap satu sejak dua bulan lalu.
Tidak tahu macam mana nak berkongsi tentang sakit ini, namun menerusi laman Instagram, Tini berkongsi mengenai perkara itu selepas dapat mengawal emosinya.
“Saya dah simpan berita ini selama lebih kurang dua bulan. Tak pasti sama ada saya nak kongsikan atau sekadar buat tak tahu seperti benda ini okay, atau benda ini tak ada apa-apa pun.
“Tapi, saya terpanggil nak kongsikan sebab saya tahu, di luar sana, ada ramai wanita yang melalui perjalanan ini sama seperti saya. Saya harap, perkongsian saya ini bermanfaat.
“Saya sekarang sudah dapat mengawal emosi, memproses berita ini, mendapatkan maklumat dan saya di situasi yang lebih baik sekarang.
“Dua bulan lalu, saya disahkan menghidap barah payudara. Saya sedar kewujudan ketulan di payudara ketika sedang mandi. Panik. Keesokan harinya saya ke hospital untuk melakukan pemeriksaan,” tulisnya.
Tini berkata dia melakukan Mammogram dan Ultrasound setiap tahun sejak memasuki usia 40-an sebelum menyedari kewujudan ketulan itu.
“Saya secara konsisten, melakukan Mammogram dan Ultrasound setiap tahun sejak saya melangkah ke usia 40 tahun. Tahun lalu, tak ada apa-apa.
“Sedar akan kewujudan ketulan itu, satu perkara. Tak tahu apakah benda itu, satu lagi perkara. Tak keruan saya dibuatnya.
“Cadangan pertama, saya perlu jalani pembedahan dan sampel ketulan itu akan dihantar ke makmal untuk diuji. Kalau ia kanser, doktor akan teruskan dengan prosedur seterusnya.
“Saya meneruskan dengan biopsy selepas meneliti cadangan kedua. Saya nak tahu sama ada ketulan atau ketumbuhan itu adalah benda biasa atau yang akan merosakkan.
“Tak ada pembedahan besar, cuma ambil sampel pertama dan hantar ke makmal. Langkah ini lebih sesuai dengan situasi pada ketika itu, yang mana saya agak tertekan selepas mendapat tahu mengenai wujudnya ketulan itu,” katanya.
Menurut Tini lagi, rata-rata mengatakan dia bertuah kerana dapat mengesan kanser tersebut lebih awal dan terus bertindak.
“Penantian untuk keputusan biopsy itu mengambil masa tiga hari bekerja. Saya terus berdoa dan berfikir secara positif bahawa ketulan dan ketumbuhan itu adalah bukan benda yang buruk. Ramai yang mendoakan saya agar semuanya okay. Saya sangat bersyukur.
“Allah tahu segalanya dan keputusannya, ia adalah kanser tahap satu. Semua yang berada di hospital berkata, saya bertuah sebab saya dapat kesan mengenainya lebih awal dan terus bertindak. Bayangkan, kalau saya simpan sendiri dan anggap bahawa ia adalah ketulan biasa?” tulisnya.
Kanser payudara lebih banyak terjadi di kalangan wanita.
Lebih berumur, lebih berisiko. Anda yang berumur lebih 40 tahun bagi wanita pra-menopaus dan lebih 50 tahun bagi wanita yang telah menopaus.