Masalah ketuat atau seperti lebihan isi dengan bahagian atasnya kasar yang selalu muncul di jari tangan membuatkan kita rasa tidak selesa.
Untuk membuangkannya begitu sahaja ágak menyakitkan dan boleh menyebabkan berdarah.
Rupanya ada cara mudah untuk hilangkan masalah ketuat yang berpunca dari virus Human Papilloma ini menggunakan 4 bahan saja.
Tidak perlu sampai pergi ke klinik cuma paling penting untuk membuang akarnya agar biji ketuat tidak tumbuh semula.
((Cara Hilangkan Ketuat Yang Anda Boleh Buat Sendiri Di Rumah))
Kongsikan untuk kebaikkan semua
Saya pasti ramai yang mengalami masalah ketuat. Ada yang di kaki, ada yang di tangan. Macam mana pun, ketuat ni memang menyemak dan anda pasti lagi suka kalau ia hilang betul tak?
Apakah punca ketuat?
Ketuat berpunca daripada virus HPV. Kebanyakan orang memang menjadi pembawa kepada virus ini. Tak semua orang akan mendapat ketuat, tetapi sesetengah orang yang badannya tak dapat memendam kegiatan virus ini akan mendapat ketuat.
Bagaimana nak hapuskan ketuat?
Ketuat mempunyai “akar” yang mana akar ini jika tidak dihapuskan, akan membolehkan ketuat tumbuh kembali. Kita perlu memusnahkan akar ketuat supaya ketuat tidak datang kembali.
[Bahan-bahan yang diperlukan untuk menghilangkan ketuat]:
Apple Cider Vinegar
Ads
Ini bahan aktif yang akan membunuh ketuat. Asid asetik dalam cuka sangat efektif untuk membunuh akar ketuat. Kalau tak ada Apple Cider Vinegar boleh guna cuka makan yang biasa tu. Balsamic vinegar pun boleh tapi mahal.
Kapas
Kapas akan menyerap dan menyimpan cuka. Gunakan kapas yang daya menyerapnya kuat. Facial cotton pun boleh digunakan.
Plaster atau Duck Tape
Plaster atau duck tape bertujuan untuk memegang kapas yang direndam dalam cuka. Gunakan tape yang kuat daya lekatnya.
Vaseline
Ads
Asid dalam cuka tidak kenal kulit sihat atau kulit ketuat. Dengan menyapukan vaseline pada kulit sihat, ia terlindung dari tindakbalas cuka.
Mari lihat pada gambar dibawah untuk mengikuti langkah RawatanMembuang Ketuat. Selamat mencuba
Barang-barang diperlukan. Cuka, vaseline, kapas dan plaster
Contoh balutan plaster pada jari
Sapu vaseline dekat keliling ketuat (jangan terkena ketuat), basahkan kapas dengan cuka,letak atas ketuat dan plaster & biarkan semalaman
Ads
Ketuat yang tidak disapu vaseline..kulit yang sihat akan turut mengecut apabila terkena cuka.. Jadi pastikan ada menyapu vaseline dikeliling kulit ketuat sebelum meletakkan cuka
Hari ketiga: cuka sudah menembusi lapisan kulit mati pada ketuat dan mula bertindak pada akar..pada hari pertama dan kedua tiada rase pape sebab cuka memakan sel kulit mati..pada hari ketiga bila akar sudah ditembusi akan rasa sedikit pedih
Kelihatan akar ketuat menjadi hitam.. Ini menandakan sel-sel ketuat mula mati dimakan asid
Kelihatan ketuat dah mati
Apabila ketuat jadi macam ini, boleh la korek sikit demi sedikit.
Hari ini Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri kesembilan.
Melihat kepada personaliti, beliau dianggap individu paling layak memegang portfolio orang nombor satu negara.
Walaupun sering dilihat agak serius setiap kali membuat pengumuman di kaca TV, sebenarnya beliau juga insan yang mudah didekati.
Sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat dan beliau juga dikatakan akan meluangkan masa untuk bersarapan pagi bersama isteri tersayang.
Selain itu dalam satu trivia melalui program Borak Kopitiam penghujung tahun lalu, Datuk Ismail Sabri memberitahu sisi peribadinya yang ramai tak tahu.
Suami kepada Datin Seri Muhaini Zainal Abidin dan juga bapa kepada empatcahayamata, Nina Sabrina, penyanyi Dafi, Nashriq dan Iqbal, Datuk Seri ismail Sabri juga cukup sporting ketika ditanya kedua penyampai berkenaan.
Ayuh, kita lihat Trivia Menarik Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob:
1. Menyukai durian Musang King berbanding Udang Merah
2. Memilih persalinan batik daripada suit
3. Memberitahu sepanjang waktu beliau paling produktif kecuali waktu tidur
4. Serangga paling ditakuti adalah ulat.
5. Beliau juga menyukai nasi Lemak berbanding roti canai.
6. Turut memilih helikopter berbanding kereta kebal.
7. Sebagai peminat kelab Chelsea, beliau menyukai Drogba sebagai penyerang.
Sekalung tahniah diucapkan kepada Datuk Seri Ismail Sabri atas perlantikan sebagai Perdana Menteri ke sembilan. Moga terus berkhidmat untuk kesejahteraan rakyat.
Gadis Ini Kongsi Pilihan Foundation Ikut Jenis Kulit | Nak nampak cantik dan berseri, anda kena tahu teknik solekan yang betul dan sempurna dengan penggunaan bedak asas atau foundation.
Namun pelbagai foundation yang ada di pasaran menyebabkan kita keliru yang mana sesuai untuk kulit wajah.
Dalam satu perkongsian di laman sosial facebook, Farhah Jamaluddin berkongi pilihan bedak asas yang sesuai untuk menjadikan mekap on point di pagi aidilfitri nanti.
Pilihan foundation yang disyorkan ini adalah mengikut jenis kulit anda sama ada kering, berminyak atau normal.
Pilihan terbaik drugstore foundation untuk kulit kering.
Pernah atau tidak tiba-tiba saja anda diserang sesak nafas hingga menyebabkan dada terasa sempit. Jika situasi ini berlaku apa yang perlu dilakukan.
Perkongsian dari Dr Zubaidi Ahmad memberitahu sebab terjadinya sesak nafas dan cara rawatan terbaik mengubatinya.
APAKAH PENYEBAB TERJADINYA SESAK NAFAS?
Sesak nafas mempunyai pelbagai punca. Mereka yang mengalami sesak nafas selalunya akan mempunyai pengalaman yang berbeza. Akan ada yang mengatakan susah untuk menarik nafas, ada pula yang mengatakan dadanya ditekan kuat hingga menyusahkan ia untuk menarik nafas dan ada juga yang mengatakan dadanya sakit.
Berikut adalah antara punca-punca yang menyebabkan sesak nafas :
1. Penyakit jantung koronari
Penyakit jantung koronari atau “acute coronary syndrome” merupakan spektrum termasuk serangan jantung. Ini adalah keadaan di mana saluran darah arteri yang membawa oksigen ke organ jantung sudah terlalu sempit. Apabila saluran ini sempit dan jantung akan rasa sakit.
Tahap pertama dalam spektrum ini adalah “angina” di mana sekatan di arteri tersebut masih membenarkan darah berlalu maka anda hanya akan sakit dada tetapi jantung tidak mengalami kerosakan. Serangan atau sakit jantung merupakan tahap terakhir dalam spektrum ini di mana organ jantung akan mengalami kerosakan.
2. “Heart failure”
Fungsi paling penting jantung adalah untuk mengepam darah yang mengandungi oksigen dan bahan lain bagi organ-organ di seluruh badan. Ini adalah situasi di mana jantung tidak berada di prestasi yang optimum. Antara tanda yang anda akan alami ialah sesak nafas, batuk, kaki bengkak dan rasa lesu.
3. Penyakit asma
Seperti yang dinyatakan, asma boleh terjadi kepada kanak-kanak dan dewasa. Antara gejala asma adalah sesak nafas, batuk, dada rasa ketat. Antara perkara yang boleh menyebabkan asma adalah alahan. Antara perkara biasa yang mungkin punca alahan adalah habuk, bulu binatang seperi kuncing atau anjing, cuaca sejuk, pencemaran udara, senaman, stres.
4. COPD
“Chronic obstructive pulmonary disease” atau penyakit sekatan pernafasan kronik merupakan penyakit jangka panjang yang terjadi oleh kerana radang dalam tisu paru-paru yang membawa kerosakan. Ini menyebabkan sekatan dalam pernafasan dan membawa kepada simptom seperti sesak dan batuk. Penyebab utama ini adalah tabiat merokok tetapi pencemaran udara juga memainkan peranan.
4. Jangkitan paru-paru (Pneumonia)
Dalam jangkitan paru-paru, kuman akan menyebabkan keradangan dalam kawasan alveolar. Keradangan ini akan menyebabkan cecair terkumpul di dalam kawasan tersebut. Alveolar merupakan kawasan pertukaran gas. Apabila ia dipenuhi air, gas oksigen akan lebih susah untuk diserap masuk ke dalam salur darah.
Perkara ini akan menyebabkan kandungan oksigen dalam badan berkurangan dan pesakit akan bernafas dengan lebih laju.
5. Pneumothorax
Paru-paru manusia ditutup oleh dua lapisan dan terdapat ruang di antara dua lapisan ini. Pneumothorax adalah penyakit di mana terdapat kebocoran pada lapisan luar paru paru dan menyebabkan udara masuk dan menghimpit paru-paru.
Masalah ini boleh menyebabkan sesak nafas dan sakit apabila bernafas. Pneumothorax boleh disebabkan oleh kecederaan seperti tikaman atau patah tulang rusuk, penyakit seperti COPD atau terjadi tanpa sebab.
6. Tuberculosis (TB)
Ini adalah jangkitan kuman mycobacterium tuberculosis secara amnya. Kebanyakan jangkitan terjadi di paru-paru tetapi boleh juga membabitkan tempat lain seperti nodus limfa, lapisan otak, tulang, sendi dan bahagian abdomen. Antara gejala individu yang menghidap penyakit TB adalah batuk jangka panjang, batuk berdarah, sesak nafas, sakit dada, hilang berat badan, demam, berpeluh pada waktu malam, hilang selera dan lesu.
7. Kanser paru-paru
Kanser paru-paru mempunyai banyak gejala yang sama dengan penyakit TB dan imbasan x-ray boleh membezakan antara kedua-dua penyakit ini dan jika tidak, terdapat pemeriksaan lain yang boleh dibuat. Antara faktor yang memberi risiko tinggi mendapat kanser paru-paru adalah merokok, pendedahan kepada asbestos dan pencemaran udara.
8. Pulmonary embolism
Ini adalah keadaan di mana terdapat darah beku di saluran darah pulmonari arteri. Antara faktor yang menaikkan risiko penyakit ini adalah kanser dan tidak bergerak dalam jangka masa yang lama seperti mana berlaku apabila seseorang patah kaki.
9. Alahan
Alahan boleh menjadi penyebab penyakit asma tetapi terdapat juga alahan yang membawa kepada situasi berbahaya iaitu “anaphylaxis”. “Anaphylaxis” amat berbahaya dan boleh menyebabkan kematian. Simptom termasuk sekatan nafas, bengak bibir dan tekak, tekanan darah rendah dan ruam yang gatal.
10. Sakit tulang rusuk
Jika terdapat kecederaan ke tulang rusuk, rasa sakit akan akan menyebabkan anda tidak menarik nafas sepenuhnya. Perkara ini boleh membawa kepada “lung collapse” di mana paru-paru tidak kembung seperti yang sepatutnya.
11. Anemia
Anemia adalah keadaan di mana darah anda tidak mempunyai haemoglobin yang mencukupi. Haemoglobin adalah komponen darah yang membawa oksigen. Jika haemoglobin terlalu rendah, anda akan rasa sesak nafas kerana tidak cukup oksigen.
Anemia mempunyai banyak penyebab termasuk pendarahan yang berlebihan(contoh adalah haid bagi wanita) dan pemakanan yang tidak mengandungi cukup zat yang diperlukan.
12. Penyakit gastrik
Penyakit gastrik iaitu penyakit yang melibatkan penghasilan jus gastrik yang bersifat asid lebih daripada biasa akan menyebabkan keradangan dibahagian perut.
Ini juga akan menjadi salah satu penyebab pesakit merasa sakit dada dan juga sesak nafas kerana saraf yang bersambung kepada kawasan dada dan perut ini adalah berasal daripada saraf yang sama
13. Penyakit Gastroesophageal Reflux disease
Dalam penyakit ini, asid dalam perut boleh ditolak balik naik ke saluran esofagus. Perkara ini akan menyebabkan sakit di bahagian dada dan jugak sesak nafas terutamanya apabila pesakit berada dalam keadaan baring.
SIMPTOM SESAK NAFAS
• Bernafas laju
• Pernafasan yang berbunyi (wheezing)
• Kuku dan bibir menjadi biru
• Muka menjadi pucat
• Berpeluh dengan banyak
UJIAN PENGESANAN
Untuk mengenal pasti punca sesak nafas, beberapa pemeriksaan akan dijalankan oleh petugas perubatan. Antaranya ialah :
1. Pengambilan darah: Untuk mengetahui bilangan sel darah, kandungan oksigen dalam darah berserta bacaan protein yang terhasil ketika serangan sakit jantung berlaku
2. X-ray dada: X-ray ini boleh melihat keadaan paru-paru dan juga jantung
3. Elektrokardiogram: Mesin ini dapat mengesan gelombang jantung yang tidak normal
4. Echocardiogram: Pemeriksaan yang menggunakan teknik “ultrasound” untuk melihat degupan jantung dan tisu paru-paru.
RAWATAN
Selalunya pesakit akan dirawat seperti biasa bagi mereka yang sesak nafas. Iaitu pesakit akan diberikan gas oksigen melalui tiub. Jika keadaan terlampau teruk berserta bacaan oksigen yang rendah, pesakit akan ditidurkan dan tiub akan dimasukkan ke dalam saluran pernafasan untuk membantu pesakit.
Rawatan spesifik sesak nafas bergantung kepada punca masalah tersebut.