Memang sangat tak selesa bila kita alami masalah lebihan kulit terutama di bahagian leher atau ketiak.

Lebih-lebih jika bergesel dengan baju dipakai pasti akan menimbulkan rasa sakit. Masalah kulit berlebihan atau dikenali dengan skin tag ini dikatakan berpunca daripada masalah kegemukan, gula dalam darah, diabetes dan juga kehamilan.

Biarpun dikatakan tidak merbahaya, namun jika lebihan kulit ini makin membesar akan menyebabkan seseorang rasa tidak selesa dan sekaligus menjejaskan rasa keyakinan untuk tampil di khalayak.

Masalah ini sebenarnya boleh diatasi dengan rawatan dermatologi seperti pancaran laser, tetapi kos agak mahal.

Selain itu untuk lebih bajet, anda boleh gunakan cuka epal untuk menghilangkan masalah kulit ini.

IKLAN

Caranya adalah dengan ambil sedikit cuka epal dan letakkan di mana-mana bahagian skin tag dan urut perlahan-lahan.

Boleh dilakukan berulang kali. Jika lakukan lebih kerap, pastinya skin tag ini lama-kelamaan akan tanggal sendiri.

Panduan:

1. Ambil kapas muka dan tuang cuka epal.

IKLAN

2. Gosokkan perlahan-lahan pada skin tag.

3. Anda mungkin perlu lakukan dua atau tidak kali sehari selama beberaa hari atau minggu sehingga melihat perubahan pada skin tag.

4. Akan berubah warna jadi semakin gelap dan akan jatuh sendiri.

IKLAN

Lihat Video Ini:

Artikel Berkaitan:

Jangan Picit Bintik Kecik Kat Muka, Bukan Jerawat Tapi Milia Seed. Ini Cara Mudah Hilangkannya!

Larangan Campur Makan Durian Dengan Air Bergas Atau Kopi Hanya Mitos. Pakar Kimia Jelaskan Sebabnya!

Turun 13KG Lepas Bersalin. Wanita Kongsi Menu Diet Suku-Suku Separuh Diamalkan 4 Bulan Diet!